HUBUNGI KAMI

HUBUNGI KAMI
PEJABAT PENTADBIRAN KOR SUKARELAWAN POLIS SISWA/SISWI (SUKSIS) USM

Bangunan L09, Universiti Sains Malaysia,
11800, Minden, Pulau Pinang.

Tel/Fax : 04-6534436

E-mel : suksisusm@yahoo.com.my

Blog : suksisusm.blogspot.com

COMMUNITY POLICING CAMPAIGN

Saturday, October 31, 2009

Jenis-jenis Pistol Dalam PDRM

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam SUKSIS bersatu.

23 November 2009 merupakan tarikh yang ditunggu-tunggu semua pelatih SUKSIS USM kerana kita akan menjalani latihan menembak di Lapang Sasar Kulim, Kedah. Jadi, dalam mood peperiksaan ini apa kata kita menjenguk-jenguk pelbagai jenis pistol yang digunakan dalam pasukan PDRM termasuklah revolver .38 yang akan kita gunakan nanti.


REVOLVER SMITH & WESSON .38 M15

S&W M15 adalah model pertama dalam perolehan pertama PDRM dan masih digunakan hingga hari ini. terdapat beberapa jenis model dan kelongsong peluru. model dalam gambar ialah model 4 inci yang boleh diisi enam peluru dalam chambernya. terdapat juga model 3 inci dan 2 inci yang boleh memuatkan 5 peluru dalam chambernya.  



HK P9S


Dikeluarkan oleh firma Heckler & Koch pada tahun 1960. menggunakan kaliber .22 yang agak kecil kerana saiz pistol ini juga kecil, lebih kurang sebesar tapak tangan. kebiasaannya digunakan oleh pegawai/anggota Cawangan Khas (SB) kerana mudah disembunyikan. juga digunakan oleh pegawai wanita.


FK BROWNING HP MK2


Dikeluarkan oleh firma Browning dari Belgium. Ia merupakan antara pistol semi-auto pertama dalam perolehan PDRM. Pernah digunakan pada zaman komunis dan insugensi. Sekarang tidak lagi digunakan kerana masalah teknikal dan sedang dalam proses pelupusan.



VEKTOR SP1


Dikeluarkan oleh firma Vektor dari Afrika Selatan. PDRM memiliki dua model iaitu SP1 dan SP1 GANERAL (compact). Masih digunakan hingga sekarang.



SIG SAUER P226


----{ maklumat tidak dapat diperoleh}----



S&W5906


Dikeluarkan oleh firma Smith & Wesson. Diperoleh lebih kurang sama waktu dengan Vektor SP1. Masih digunakan hingga sekarang tetapi penggunaannya semakin berkurangan.


GLOCK 19

Dikeluarkan oleh firma Glock dari Austria.



STEYR M9


Dikeluarkan oleh firma Steyr dari Austria. Telah dihentikan penggunaannya pada 1999 kerana menghadapi masalah teknikal dan digantikan dengan model baru.



YAVUZ 16

Pistol pertama yang diperoleh dari Turki dan buatannya mirip kepada buatan Barreta dari Italy.



SIG SAUER SIG PRO SP/SPC 2022


Dikeluarkan oleh firma Sig Sauer. antara model perolehan terbaru PDRM SPC2022 tanpa kunci keselamatan. digunakan oleh kebanyakan pegawai PDRM.



WALTHER P99AS/P99QA/P99C


Dikeluarkan oleh firma Walther. Model terbaru perolehan PDRM. P99as dibekalkan kepada frontliner. P99QA dibekalkan kepada unit khas. P99C dibekalkan kepada pegawai penyiasat.



TERIMA KASIH kepada Pegawai Penyiasat Jenayah  IPD Sentul, Insp. Faizul kerana memberi kebenaran menerbitkan semula bahan-bahan daripada blognya faizuljournal.blogspot.com. Anda digalakkan melawati blog beliau sekiranya ingin mengetahui pelbagai maklumat mengenai dunia kepolisan.

Thursday, October 29, 2009

PENYELIDIK USM CIPTA MI KUNING ALTERNATIF



PULAU PINANG, 28 Okt – Para pengamal diet kesihatan yang berpantang dalam pengambilan mi kuning kini boleh menarik nafas lega kerana masih berpeluang merasai kenikmatan mi tersebut tanpa bimbang dengan risiko penyakit.

Ia berikutan kejayaan penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) mencipta mi kuning kering alternatif yang sihat dan tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan masyarakat khasnya kepada penghidap diabetis dan obesiti.

Selain itu, mi berkenaan juga diuji dapat membendung masalah kegemukan dan boleh menurunkan berat badan manusia kerana ia berupaya memberikan rasa kenyang yang berpanjangan dan memudahkan proses penyahtinjaan manusia.

Ketua penyelidik merangkap pensyarah Pusat Pengajian Teknologi Industri (PPTI), Prof Madya Azhar Mat Easa berkata, mi berkenaan yang dikenali sebagai neodles adalah produk mi pertama di Malaysia yang diuji secara klinikal untuk penentuan Index Glisemik (GI) in-vivo sebelum dikomersialkan.

Katanya, GI neodles juga satu-satunya mi kuning yang dihantar untuk ujian klinikal bagi menentukan GI dan neodles terbukti lebih rendah iaitu pada kadar 61 GI (tahap medium) berbanding mi kuning biasa, 85 GI (tinggi).

`` Semakin rendah kandungan GI di dalam sesuatu makanan memberi petunjuk bahawa ia satu produk yang lebih sihat dan tidak membahayakan kesihatan.

``Neodles juga melepaskan gula dengan kadar lebih perlahan berbanding mi biasa, justeru ia sangat sesuai kepada mereka yang mengalami masalah kegemukan dan sensitif terhadap kandungan gula dalam makanan.

Azhar turut berkata, produk itu direka menggunakan formulasi khas dan kaedah penyediaan yang menggalakkan pembentukan silang paut protein yang mampu memerangkap kanji dan ia dikuatkan lagi dengan penambahan campuran kanji rintang penghadaman.

``Kombinasi tersebut (silang paut protein + campuran kaji rintang) merupakan yang pertama diaplikasikan dalam dunia khasnya dalam penghasilan mi kuning.

``Sifat rintang-penghadaman membolehkan neodles bertahan lama dalam sistem penghadaman dan memberikan rasa kenyang yang lama kepada pengamal diet,’’katanya pada sidang media di USM di sini hari ini.

Turut hadir pada sidang media itu, Dekan PPTI, Profesor Rozman Din serta tiga lagi penyelidik bersama termasuk Saifullah Ramli, Yeoh Shin Yong dan Dr. Abbad F.M Alkarkhi.

Azhar turut berkata, produk yang dijalankan di bawah geran Innofund dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bernilai RM900,000 itu telah mula diusahakan sejak setahun yang lalu.

Katanya, produk yang dibuat 100 peratus daripada sayur-sayuran itu dijangka akan mula berada dalam pasaran selewat-lewatnya Februari tahun depan dengan harga RM2 hingga RM2.50 bagi setiap 200 gram.

Tambah beliau, USM pada ketika ini sedang dalam proses akhir perbincangan dengan beberapa pihak tertentu untuk tujuan pengkormesialan.

Mengulas mengenai rasa mi kuning alternatif itu, beliau berkata:``Rasanya hampir sama dengan mi biasa dan boleh dimasak mengikut citarasa pengguna. Ia juga boleh dihasilkan ke dalam bentuk yang lain termasuk bihun, kuew tiaw dan sebagainya.’’

Beliau berkata, neodles juga boleh dikeluarkan dalam bentuk tepung mentah dan ia amat sesuai untuk tujuan eksport ke luar negara sebelum dijadikan produk akhir oleh pengimport.


Keterangan gambar: Prof. Rozman (paling kiri) dan Prof. Madya Azhar (dua dari kiri) bersama penyelidik lain menunjukkan produk mi kuning kering yang siap dimasak pada sidang media di USM hari ini.



p/s: mi nih leh wat sarapan time tauliah kat um nnti..haha so xde lah dak2 yg sakit perut masa kawad nnti..haha
(sumber:laman web rasmi usm)

Tuesday, October 27, 2009

rumah terbuka Ketua Polis Penang meriah!!

salam suksis bersatu..

maaf sangat2 sebab post lambat gambar2 ni..sbb diorang x bagi pun kat aku gambar ni.. so xdpt lah nak post..skrang da dapt curi dari FB so leh lah tgk puas2 gambar mereka2 yang pi rumah terbuka hari raya di kediaman rasmi Ketua Polis Penang ni.. sama2 kita lihat wajah2 kegembiraan bak kanak2 riang ini..hahaha


bersama dato' KP dan pelatih kor suksis sekalian..



antara wanita yg masih menunggu calon suami..haha



4org gadis yang sanggup bermadu..huhu



watty menunggu putera kayangan datang menjemputnya..haha



rombongan cik kiah!!



muka2 kekenyangan..blurppp!!!



pengantin baru datang..hahaha

p/s: ni ler gambor2 yang ada.. semua penuh warna warni dan keceriaan..hehe.. so kepada sesapa yg ada gambor2 yang ingin dikongsi bagilah kat saya k.. saya akan masukkan dalm blog nih.. baru happening..haha klu xkenal saya cuba lah cari sape..haha(ayat2 di gambar hanya bertujuan gurauan,tiada kena mengena ngan hidup atau mati)haha


Monday, October 26, 2009

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN!!!

Salam suksis bersatu dan salam peperiksaan akhir....

dah lama xupdate blog nih..haha..yelah masing2 bz dgn peperiksaan akhir yang akan bermula pada 2hb ni sehingga 20hb kan.. so, kepada semua pelatih skuad senior, inter dan junior kor suksis usm diharap anda semua dapat bersedia dari segi fizikal mental dan rohani dalam mengharungi peperiksaan akhir ini.. untuk meredakan tekanan yang anda semua hadapi, di sini saya sediakan beberapa tips menghadapi peperiksaan khusus utk anda semua..haha

Ketika anda menghadapi peperiksaan, anda sedang memperlihatkan kemampuan anda memahami apa yang telah anda pelajari.
Peperiksaan memberikan gambaran terhadap perkembangan pelajaran anda.
Terdapat beberapa aspek, seperti sikap dan keadaan anda akan mempengaruhi anda dalam peperiksaan.

Sepuluh Tip Untuk Membantu Anda Dalam Peperiksaan:
 
1)Datanglah dengan cukup bersedia dan lebih awal.
Bawalah semua alat tulis yang anda perlukan, seperti pensel, pen, jam (tangan), pemadam, pembaris, dan lain-lainnya. Kelengkapan ini akan membantu anda untuk memberi sepenuh tumpuan sepanjang masa peperiksaan. 


2)Tenang dan percayakan diri anda.
Ingatkan diri anda bahawa anda sudah siap sedia dan akan menghadapi peperiksaan dengan baik.


3)Bersantailah tapi berhati-hati.
Pastikan meja dan kerusi anda dalam keadaan baik dan selesa untuk anda menulis. Duduk dalam keadaan menegak.


4)Prebiu soalan-soalan terlebih dahulu.
Luangkan 10% dari keseluruhan waktu peperiksaan untuk membaca soalan secara mendalam, tanda kata-kata kunci dan tetapkan berapa lama masa yang diperlukan untuk menjawab setiap soalan. Rancangkan untuk menjawab soalan yang mudah dulu, baru soalan yang sukar. Ketika anda membaca soalan, catatkan juga idea-idea yang muncul yang mungkin akan digunakan sebagai jawapan.


5)Jawab soalan secara strategik.
Mulai dengan menjawab soalan mudah yang anda tahu, kemudian dengan soalan yang mempunyai markah banyak. Soalan terakhir yang seharusnya anda jawab adalah:

  • soalan paling sukar,
  • yang memerlukan masa yang lebih panjang untuk menulis jawapannya,
  • tetapi mempunyai markah sedikit.

6)Semasa menjawab soalan aneka pilihan, ketahuilah jawapan yang patut dipilih.  
Mula-mula, abaikan jawaban yang anda tahu salah. Tekalah pilihan jawapan ketika tidak ada pilihan jawapan yang dapat anda abaikan. Jangan mengubah suatu pilihan jawapan jika anda tidak pasti kerana pilihan pertama jawapan anda biasanya betul, jangan menggantinya kecuali anda yakin dengan pembetulan yang anda lakukan.

7)Semasa menjawab soalan esei, fikirkan dulu jawapannya sebelum menulis. 
 Buat rangka karangan untuk esei dengan mencatat dulu beberapa idea yang akan ditulis. Kemudian susun isi-isi itu mengikut susunan yang mana penting atau perlu dibincangkan dulu.

8)Semasa menjawab soalan esei, jawab pada persoalannya. 
Tulis frasa pokok pada frasa pertama. Gunakan perenggan pertama sebagai pengenalan esei anda. Gunakan perenggan seterusnya untuk membincangkan isi-isi utama secara terperinci. Sokong isi anda dengan penerangan yang jelas, contoh, atau petikan dari buku atau media lain jika perlu.

9)Sisihkan 10% waktu anda untuk memeriksa jawapan.  
Periksa jawapan; elakkan keinginan untuk cepat meninggalkan dewan atau bilik setelah anda menjawab semua soalan ujian. Pastikan anda telah menjawab semua soalan. Baca sekali lagi jawapan anda untuk memeriksa ejaan, struktur bahasa dan tanda baca. Untuk jawapan matematik, pastikan tidak ada kesilapan (misalnya salah meletakkan tanda titik perpuluhan). Bandingkan jawapan matematik anda yang sebenarnya dengan pengiraan ringkas.


10)Analisa jawapan anda. 
Setiap peperiksaan akan membantu anda dalam mempersipakan diri untuk peperiksaan berikutnya. Tetapkan strategi mana yang sesuai dengan anda. Tentukan strategi mana yang tidak menjadi dan ubahlah. Gunakan pengalaman kertas peperiksaan sebelumnya ketika belajar untuk peperiksaan akhir.







  Jadii, dengan berpandukan tips2 yang diberikan ini diharap semua pelatih kor suksis dapat menjawab peperiksaan dengan baik, tenang dan seterusnya memperoleh kejayaan kela.. meh kita ramai2 target untuk mendapat dekan sem ni.. nnti leh dpt penghargaan dari suksis..haha caiyok caiyok!!!!!



Monday, October 19, 2009

tupah oh tupah....

he saje2 xtau nak post apa2 kan..jadi kat sini nak selit lah sikit cite tntg kem tupah yang kita bakal berkampung nnti.. mungkin inter n senior dah pnah tgk..cuma junior belum lagi..dan ini kali ketiga senior pergi ke tupah..isk isk kesian..haha ok enjoy the pic!!!!




 


 


 

 


 

 


 


 


p/s: ni je gambo2 tupah yang ada..haha tempat mmg best..malam2 sejuk je..hahaha...tgu dan lihat nnti...callow bete..

Saturday, October 17, 2009

Happy Deepavali...

KOR SUKSIS USM mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada Ketua Jurulatih, Sarjan Mejar Ragunathan dan semua pelatih Kor SUKSIS beragama Hindu.





dan selamat bercuti kepada semua pelatih...diingatkan kembali, tiada latihan pada Isnin (19 Oktober 2009) dan Khamis (22 Oktober 2009) tetapi latihan terakhir akan diadakan pada Sabtu (24 Oktober 2009) seperti biasa.

Wajah-wajah 1Malaysia Walk

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam suksis bersatu.

Atas permintaan daripada peserta 1Malaysia Walk, saya ikutkan je la kehendak mereka. Saya tak nak tulis panjang-panjang, anda tengok je la gambar-gambar berikut:









team Desasiswa Aman Damai - SUKSIS jugak...


laaa...keterujaan melampau...





Skuad junior yang mewakili Desasiswa Aman Damai



Skuad senior pun ada....









'makcik2' SUKSIS yang sedang berjoget....





Cuba tengok 3 gambar kat bawah ni...ape la budak2 ni wat...











Dari kiri: Penggawa Bakti Permai, Penggawa Fajar Harapan, TNCBHEPP, YDPMPP...


Pasukan Pancaragam ATM...lagu dangdut pun boleh layan...

Abg Trafik...sedia berkhidmat.







Dh takde kerja lain....gambar ni pun sempat ditangkap...




Yang ni kontinjen dari Kolej Kejururawatan Pulau Pinang...








Majlis Penutup...

Apapun, terima kasih kepada semua warga SUKSIS yang terlibat dalam menjayakan 1Malaysia Walk. Komitmen dan semangat anda sememangnya dihargai dalam usaha menyokong program-program universiti khususnya Perkampungan 1Siswa 1Malaysia IPT ini.