HUBUNGI KAMI

HUBUNGI KAMI
PEJABAT PENTADBIRAN KOR SUKARELAWAN POLIS SISWA/SISWI (SUKSIS) USM

Bangunan L09, Universiti Sains Malaysia,
11800, Minden, Pulau Pinang.

Tel/Fax : 04-6534436

E-mel : suksisusm@yahoo.com.my

Blog : suksisusm.blogspot.com

COMMUNITY POLICING CAMPAIGN

Monday, November 23, 2009

Penang Bridge International Marathon: wakil suksis berjaya menamatkan perlumbaan

salam suksis bersatu..




  Pada 22november lepas telah berlangsung Penang Bridge International Marathon yang diadakan di perkarangan Quensbay Mall bermula jam 2pagi hingga 9pagi.. larian marathon tersbut telah dibahagikan kepada 4 kategori iaitu full marathon(42km), half marathon(21km), quarter marathon(10km) dan fun run(10km).. larian bermula dari perkarangan quensbay sehingga jambatan pulau pinang dan tamat di quensbay.. seorang pelatih senior kor suksis USM telah mnyertai pertandingan tersbut dan masuk di bawah kategori half marathon.. pelatih tersbut iaitu KS25457 Muhammad Nurddin bin Ramli(gambar) telah menyertai pertandingan marathon tersbut dan berjaya menamatkan perlumbaan dalam masa 2jam 30minit di bawah masa sebenar iaitu 3jam...



 Syabas dan tahniah diucapkan kepada nurddin di atas kejayaan beliau dalam marathon tersebut..walaupun tidak berjaya memenangi acara tersebut(sebab dikuasai pelari luar negara), namun beliau telah menunjukkan semngat larian yang tinggi hingga berjaya menamatkan perlumbaan.. diharap pada tahun hadapan lebih ramai lagi pelatih kor suksis akan menyertai pertandingan marathon ini... sekian...

Tegas, Adil dan Berhemah...

(laporan oleh wartawan suksis usm)


pra pesta hoki usm: team suksis membanggakan....

salam suksis bersatu...

    Pada 20hb november yang lepas iaitu hari jumaat satu pertandingan hoki pra pesta hoki usm telah berlangsung di stadium hoki usm.. suksis usm telah menghantar satu pasukan yang dianggotai oleh pemain2 yang hebat2 yang merupakan pelatih kor suksis usm sendiri iaitu nurddin(kapten), ubaidillah,izzat,shahidan,amirul rejab,alaudin(GK),zaki dan razif(pinjaman). pasukan ini telah diuruskan oleh seorang pengurus pasukan yang berpengalamn iaitu ks25451 amirul(presiden suksis)hehehe.. menarik nye tentang pasukan ini ialah ia pertama kali dibentuk dan hanya berlatih sekali je sblm pertndingan(mmg xkonfiden leh menang)hehe..


pasukan hoki suksis usm...

     sebanyak 18 pasukan telah mnyertai pra pesta hoki ini yang terdiri dari kelab2 hoki seluruh kawasan penang dan sekolah2 menengah...pasukan suksis diletakkan dalam kumpulan B bersama2 pasukan lain iaitu PFS 2, PFS 5, JEYAN 2, JABIL , dan SMK LUNAS. format pertandingan adalah secara liga.. pada perlawanan pertama, team suksis telah bertemu dengan team smk lunas.. serangan bertali arus yg dilakukan team suksis memaksa pertahanan smk lunas bertungkus lumus mempertahankan gawangnya dri dibolosi.. sedang permainan rancak, salah sorg permain suksis iaitu shahidan telah ditekal keras oleh kayu hoki psukan lawan menyebabkan lututnya terseliuh.. disebabkan perkara tersbut, permainan menjadi sebaliknya dan team smk lunas berjaya menjaringkan gol pada minit terakhir perlwanan.


pemain dan pengurus yang keletihan slepas perlwanan..

 perlawanan kedua pula membabitkan team suksis bertemu team Jabil.. diawal permainan team suksis mengasak kubu lawan dengan serangan2 pantas dan gerakan menarik.. hasilnya pada minit ke 2 permainan, striker team suksis iaitu ubaidillah berjaya menjaringkan gol pendahuluan...tersentak dengan gol tersebut, team jabil meningkatkan mutu permainan mereka dengan membuat serangan balas.. ini menyebabkan team suksis terpaksa menahan asakan demi asakan.. cubaan demi cubaan dilakukan tetapi dihalang oleh kekebalan keeper suksis iaitu ludin...namun, kesilapan mudah yang dilakukan team suksis membawa padah apabila team jabil berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 8.. pada minit2 terakhir, berlaku keadaan kelam kabut dihadapan pintu gol suksis dan akibatnya jabil berjaya mencuri gol ke2 mereka...


ubai , nurddin dan zaki antara tonggak utama pasukan..

   Perlawanan ketiga pula menemukan suksis dengan PFS 5 atau penang free shool 5.. perlawanan dengan pasukan ini agak seimbang tetapi disebabkan beberapa masalah terutama dari segi kelengkapan yang kurang mnyebabkan team suksis tewas mudah 2-0 kepda PFS 5.. namun team suksis berjaya membuktikan kehebatan mereka untuk bersaing kerana team ini dibarisi oleh pemain2 wakil negeri pulau pinang dan seorang pemain kebangsaan..(fuh)


ketiadaan jersey mnyebabkan team suksis terpaksa memakai 'bip'

    Pda jam 3pagi, team suksis telah bertemu dgn team Jeyan 2..team jeyan 2 merupakan pasukan hoki yang agak hebat di pulau pinang..dengan pengalaman skil dan teknik permainan mereka yang hebat mnyebabkan team suksis terpaksa akur sekali lagi dengan kehebatan mereka.. namun, berpantang maut sebelum ajal..walaupun mereka hebat, team suksis tidak membenarkan mereka membolosi gawang suksis sewenangnya...mereka cuma berjaya menjaringkan 2gol sahaja...hehe


tanpa latihan yang cukup, team suksis tetap mampu bersaing!! syabas!!

  Perlawanan terkhir kumpulan ini menemukan suksis dengan PFS 2 atau penang free scholl 2... permainan menarik yang disajikan kedua2 pasukan ini membuatkan permainan menjadi seimbang.. serangan demi serangan dilancarkan dan kedua2 pasukan saling berbalas serangan.. asakan yang dilakukan team suksis hampir menemui gol tetapi berjaya ditepis pasukan lawan... pada minit kelima, serangan balas pantas yang dilakukan pasukan PFS 2 menghasilkn gol pertama pasukan mereka.. tersentak dengan gol tersebut, suksis membuat serangan balas dan mengatur strategi untuk menembusi kekebalan benteng pertahanan pasukan lawan..akhirnya, hasil semangat dedekasi dan kerja keras, pasukan suksis berjaya juga menyamakan kedudukan di minit terkhir perlawanan..gol emas tersebut dijaringkan oleh Ubai hasil gerakan satu dua bersama amirul rejab...akhirnya setelah lima perlawanan berjaya gak team suksis dapat seri satu..heheheh...



barisan pemain yang hebat bersama pengurus berkaliber..hehe

P/S: walaupun tewas 4 kali dan seri sekali, team suksis amat membanggakan..mereka menunjukkan tahap permainan yang baik..namun, pengalaman membataskan mereka untuk menang...kekurangan kelengkapan hoki juga menyumbang kepada kekalahan pasukan.. namun suksis tetap membanggakan...diharap selepas ini ada muka2 baru yang mewarnai pasukan hoki suksis usm.. buktikan bahwa suksis usm bukan sahaja hebat di padang kawad malah hebat dalam segala bidang..hidup suksis!!!!!!!!!!!!!

sekian

tegas adil dan berhemah..

(laporan oleh wartawan sukan suksis usm)

Friday, November 20, 2009

Pertukaran Pegawai - Selamat Datang, Selamat Jalan

Assalamualaikum wbt. dan salam SUKSIS bersatu.

Untuk makluman, Pemangku Penyelaras KOR SUKSIS USM, Insp. Priya a/l Kiang telah bertukar ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (IPD SPU) berkuatkuasa pada 16 November 2009.



INSP. PRIYA A/L KIANG

Sehubungan itu, berkuatkuasa pada tarikh yang sama, kita telah menerima seorang pegawai baru iaitu Insp. Ibrahim Yahaya yang akan mengambil tugas beliau sebagai Pemangku Pegawai Penyelaras yang baru.



INSP. IBRAHIM YAHAYA

Bagi  pihak persatuan dan pengurusan KOR SUKSIS USM, kami mengucapkan selamat bertukar, selamat menjalankan tugas dan semoga berjaya kepada Insp. Priya yang berkhidmat di tempat baru.

Selamat Datang diucapkan kepada Insp. Ibrahim ke KOR SUKSIS Universiti Sains Malaysia (USM), semoga beliau dapat meneruskan kesinambungan kecemerlangan imej KOR SUKSIS USM ke tahap yang lebih membanggakan.    


Harap maklum.

Tegas, Adil dan Berhemah.

KS30068 Abd Aziz A'zmi


Thursday, November 19, 2009

Makluman Terkini Latihan Musketry dan Menembak

Assalamualaikum wbt dan salam SUKSIS bersatu.

Berikut merupakan butiran terbaru aktiviti penggunaan senjata api Revolver .38 S&W yang akan berlangsung dalam jangka masa terdekat:

1) Musketry
  • Tarikh   : 21-22 Nov. 2009 (Sabtu dan Ahad)
  • Masa    : 7.30 pagi
  • Tempat : Padang belakang kafe Indah Kembara
  • Pakaian : Half uniform (Skuad Junior : Pakaian PT)  
  
2) Menembak
  • Tarikh            : 23 Nov. 2009 (Isnin)
  • Masa             : 6.45 pagi
  • Tempat          : Lapang Sasar IPD Kulim, Kedah
  • Berkumpul     : Padang Kawad
  • Pengangkutan : Bas USM dan trak PDRM
  • Pakaian          : Wesmolen (Skuad Junior : Half uniform)   
Sekiranya anda tidak dapat hadir menjalani latihan, sila serahkan surat tunjuk sebab kepada Skuad Leader masing-masing untuk dihantar ke pejabat pentadbiran. 

Harap Maklum.

Tegas, Adil dan Berhemah.

KS30068 Abd Aziz A'zmi
 

Tuesday, November 17, 2009

Perhatian...

Sebarang perubahan adalah kerana blog ini sedang dalam proses penambahbaikan...
Harap maklum.

Mesyuarat bersama junior inter dan senior Kor Suksis USM..

Salam Suksis Bersatu...

  perhatian kepada semua pelatih kor suksis usm, satu mesyuarat bersama akan diadakan seperti ketetapan berikut..

              Tarikh  :  20hb november 2009
              Tempat:  Dewan Aman..
              Masa   :  2100hrs
             
  antara agenda-agenda mesyuarat pada malam tersebut ialah...
  • Program Khidmat Masyarakat di Pulau Pangkor
  • Kejohanan Sukan Antara Suksis Zon Utara.
  • Majlis Perpisahan Tuan Priya, En Sufri dan En Roslan..
  • Lawatan muhibah ke Kemboja..
  • T-shirt sukan Suksis
  • Dan lain lain agenda....
  Sehubungan itu diharap semua pelatih yang berminat untuk menjadi sebahagian dari ahli jawatankuasa yang bertugas untuk menjadi penyelaras bagi aktiviti2 di atas boleh lah menghadirkan diri di Dewan aman pada ketetapan berikut untuk sama2 berbincang dan membentuk ahli jawatankuasa pelaksana kerja agar semua yang dirancangkan berjalan lancar.. Oleh itu, diminta semua penghulu/wati, MT tertinggi persatuan dan exco, presiden dan timb presiden untuk hadir dan mencari pelatih2 yang berminat menjadi AJK tersebut... Sekian untuk makluman dan tindakan.. segala masalah boleh berhubung dengan penghulu masing2...

Tegas, Adil dan Berhemah....

yang benar,
Ks 25451 Amirul Anwar Rosli
(Presiden Kor Suksis USM)

Mohd Zabri bin Abdul Hamid



      Mohd Zabri bin Abdul Hamid merupakan salah seorang perwira yang paling dikenang dalam Komando 69 Pasukan Gerakan Khas.

Latar Belakang..
   Mohd Zabri dilahirkan pada di Tapah, Perak dan merupakan anak kedua dalam keluarganya.

Kerjaya sebagai Polis.
   Mohd Zabri memulakan kerjayanya sebagai pegawai polis pada 1 Jun 1963 dengan memegang jawatan Inspektor Percubaan. Selepas menamatkan latihan di PULAPOL Jalan Semarak, beliau ditugaskan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang pada 18 Mac 1963 dan beliau kemudiannya ditukarkan ke unit Pasukan Polis Hutan (sekarang Pasukan Gerakan Am) pada 29 Mac 1965 sebagai Komander Platun. Pada bulan Julai 1970, Zabri menyertai pasukan Komando 69 yang baru ditubuhkan ketika itu dan beliau berjaya dalam pemilihan tersebut selama lima bulan. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Ketua Jurulatih Komando pada bulan April hingga Ogos 1971 bagi melatih pegawai dan anggota yang baru menyertai pasukan ini yang dikenali sebagai Platun Ketiga Komando 69, bertempat di Kubu Legap, Perak.

Operasi yang terlibat.

    Zabri juga pernah melibatkan diri dalam satu operasi yang dikenali sebagai Ops Jemput Tiga yang dikendalikan bersama Cawangan Khas PDRM dan perisikan khas Tentera Nasional Indonesia - Angkatan Darat (TNI-AD) dalam memburu dan menggempur Komunis Parti Rakyat Kalimantan Utara (PARAKU) yang terletak disempadan Sarawak-Kalimantan. Dalam operasi yang menggabungkan pasukan Komando 69 PDRM dengan unit KOSTRAD (Komando Strategis Cadangan Angkatan Darat) TNI-AD dan mengambil masa lima bulan ini, kedua-dua pasukan tersebut berjaya menggempur kedua-dua buah kubu kumpulan PARAKU dan ketangkasan serta keberanian pasukan Komando 69 pimpinan Zabri dalam pertempuran yang tercetus serta berjaya menumbangkan beberapa orang ahli PARAKU ini amat mengagumkan pasukan keselamatan Indonesia.
     Selain Ops Jemput Tiga, Zabri juga mengetuai tiga platun Komando 69 ke Hulu Perak pada bulan Ogos 1975 dalam gerakan mencari dan memintas salah satu kumpulan pengganas komunis yang terlibat dalam satu kes pembunuhan ke atas empat orang anggota Konstabel Tambahan Balai Polis Grik dimana empat orang anggota tersebut telah dibunuh dan mayat mereka dikelar oleh komunis dengan pisau. Pada 3 hb September 1975, unit-unitnya berjaya mengesan kedudukan khemah musuh yang terlibat berhampiran dengan Grik dan berlakunya satu pertempuran antara unit Komando 69 pimpinan Zabri dengan pengganas komunis yang mempunyai keanggotaan seramai 30 hingga 40 orang sebelum pengganas-pengganas tersebut berundur.          
       Dalam pertempuran tersebut, dua orang anggota Komando 69 iaitu Koperal Sheikh Ismail serta Koperal Aziz Idris tercedera dalam pertempuran itu dan bantuan ke Unit Tek Tapong melalui perutusan semboyan telah diminta. Hasil pemeriksaan unitnya ke atas kem komunis yang ditinggalkan selepas pertempuran tersebut, mereka berjaya merampas 6 beg galas berisi makanan, pakaian, 2 laras senjata mortar, 18 butir bahan letupan, 15 kotak bekalan makanan, ubat serta beberapa barangan lain lagi. Selain itu, mereka juga turut merampas semula 3 laras senapang patah yang dipercayai milik empat anggota Konstabel Tambahan yang dibunuh ketika itu.

Diambang kematian.
   Pada 3 September 1975, Zabri meninggal dunia akibat terpijak jerangkap samar yang dipasang oleh pengganas komunis semasa membawa dua anggota Komando 69 yang tercedera ke kawasan pendaratan selepas operasi memburu pengganas komunis yang terlibat dalam pembunuhan empat orang anggota polis tambahan selesai dan membawanya ke hospital. Kaki kanan beliau putus dan kecederaan di paha agak parah hingga menyebabkan beliau kehilangan darah yang banyak. Beliau menghembuskan nafas terakhir dengan memberi kata-kata amanat kepada anggotanya. Antara amanat terakhir beliau berbunyai, "Teruskan perjuanganmu... hancurkan petualang negara. Buru dan hancurkan mereka... biarpun diriku tiada lagi!" Jenazah Allahyarham disemadikan di Tapah, Perak dengan penuh istiadat penghormatan pasukan polis. Suasana sedih, sebak, tangisan dan titisan air mata menyelubungi dikalangan sanak saudara, keluarga dan sahabat handai serta warga PDRM, khasnya pegawai-pegawai dan anggota-anggota Komando 69 yang amat rapat dengan Allahyarham.
     Selain itu, Tun Haniff Omar (Ketua Polis Negara ketika itu), Ketua Polis Perak dan pegawai-pegawai polis hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham. Sebagai tanda memperingati jasanya dalam perjuangan menentang petualang negara, beliau dianugerahi pangkat Assisten Superintenden Polis dan sebuah kem latihan Komando 69 PGK di Tasik Banding dinamakan sebagai Kem Zabri.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkannya dikalangan pejuang-pejuang Islam yang mati syahid. Al-Fatihah!
 

Thursday, November 12, 2009

ekspedisi bukit jambul

salam suksis bersatu...

     Pada hari selasa lepas iaitu bersamaan 10hb november, satu ekspedisi mendaki bukit jambul telah diadakan. Dengan suasana pagi yang indah dan mendamaikan hati, kicauan burung dan unggas memecahkan sunyi pagi hari.. Dengan langkah yang berani dan berkobar2, 3 orang jurulatih iaitu en aziz, en rosli dan en nan serta 4 orang pelatih iaitu mirul,aziz,fauzan dan ainfikri telah mendaki gunung tersebut dgn harapan utk berjumpa puteri bukit jambul di puncak mahligai sana..huhuhu


teruna2 yang kepingin bertemu puteri bukit jambul(hehe)

  Langkah kami bermula dengan gaya akrobatik yang ditunjukkan oleh en nan kpada kami.. Malangnya, akibat tersilap langkah en nan tergolek jatuh dari bukit tersebut.hahaha(kami gelak ngan kuat).. namun, atas semangat suksis kami teruskan pendakian menuju puncak yang dihajati.. langkah demi langkah diaatur dengan penuh kekuatan agar tidak pancit di tengah jalan.. (ada jgk yg mengah..hehe)


 
 
  akhirnya, dalam masa tak sampai setengah jam pun kami semua selamat sampai di puncak bukit jambul..malangnya puteri yang dicari tak ditemui, cuma ada uncle je yang tengah masak air kat sana..hahahaha.. pemandangan yang disajikan di atas puncak bukit memang mengagumkan,,nampaklah juga kawasan2 sekitar bukit jambul dan seanteronya.. ketenangan yang dirasai di puncak bukit menggamit perasaan kami..isk isk..




wajah2 kejayaan terpancar di wajah mereka..


akhirnya tiba di puncak bukit jambul....

  setelah puas menikmati pemandangan di atas bukit jambul, kami pun menyusun langkah pulang menuruni nya pulak.. orang yang terakhir sampai di puncak bukit merupakan orang pertama yang sampai di kaki bukit.. huhu..laju sungguh beliau turun, tapi masa nek lambat sungguh.haha(makan cili terasa pedas..hehe)



yang depan sekali ni yang paling laju turun..hehehe



sempat lagi posing..aiyakkk...

   selepas sampai di kaki bukit, kami bertolak pulang dan membuat warming down di padang kawad!! En aziz punya idea(katanya supaya lemak senang terbakar)..hehe.. en nan mengajar kami senaman karate beliau..mmg best..selepas itu kami g minum di kafe IK dan di sponsor penuh oleh En Aziz..hehe(tq en)...

 
 
p/s: aktiviti ni mmg best dan menyihatkan..so kepada mana2 pelatih lain yang nak join kami nanti boleh lah berbuat demikian k.. nnti en aziz akan bgtahu bile nak daki bukit jambul lagi..harap lepas ni ramai lah leh ikut..boleh kuatkan fizikal kita nnti..suksis kan kena kuat..hehe ok akhir kalam majulah suksis utk smua!! Tegas adil dan berhemah!!!

Tuesday, November 10, 2009

PROGRAM LATIHAN SEMASA CUTI KOR SUKSIS USM 2009/2010

salam suksis bersatu...

  Berikut jadual latihan yang akan dijalankan sepanjang cuti pertengahan semester akan datang ini..

  1. Latihan "musketry" senjata api..
  • pada : 21 & 22 november 2009
  • tempat : pejabat kor suksis usm
  • pakaian : separuh uniform
  • pelatih skuad junior, inter dan senior dikehendaki melaporkan diri pada hari sabtu 21/11/2009 jam 0800hrs di pejabat Kor suksis..
     2. Latihan menembak senjata api/revolver .38 special..
  • pada : 23 november 2009
  • tempat : Lapang Sasar IPD, Kulim, Kedah.
  • pakaian : Wesmolen


revolver .38 special smith n wesson






Lapang sasar IPD Kulim Kedah



Acara Revolver .38 S&W



piala pusingan yang akan menjadi rebutan skuad senior,inter n junior(taun lepas skuad inter/skang senior yg menang)huhu



     3.- Kursus Etika dan Pengurusan Integriti PDRM (skuad junior)
        - Kursus latihan Luar asas pasukan gerakan am PGA (skuad inter)
        - Kursus asas pertolongan cemas (skuad senior)
  • pada : 1 - 6 Disember 2009
  • tempat : Markas Latihan Luar, Tupah, Bedong, Kedah.
  • kelengkapan dan alatan yang perlu dibawa akan ditaklimat kemudian.
  • semua pelatih skuad junior,inter dan senior dikehendaki lapor diri pada 30 november 2009 sebelum jam 1700hrs untuk penginapan...
 p/s : diharap semua pelatih dapat menyertai latihan perkhemahan yang dianjurkan ini dan dapat menimba seberapa banyak ilmu semasa berada di sana nnti..sebarang masalah, kesulitan atau pertanyaan boleh lah berhubung dengan pejabat kor suksis/jurulatih masing2/penghulu masing2....sekian Tegas Adil dan Berhemah!!!

Tuesday, November 3, 2009

perhatian!!!!!!!

salam suksis bersatu..

Perhatian kepada presiden,timbalan presiden,penghulu dan penghuluwati, YDP persatuan suksis dan exco-exco persatuan suksis, satu mesyuarat khas bersama timb komandan kor suksis, prof madya Dr Ishak Ramly akan diadakan seprti ketetapan berikut:

                           Hari    : Isnin
                           Tarikh : 9 november 2009
                           waktu  : 1430hrs
                           tempat : Pejabat Kor Suksis USM.


Mesyuarat ini akan membincangkan cadangan, hala tuju dan penambahbaikan Kor Suksis USM pada masa hadapan.. Sehubungan itu, semua yang terlibat dikehendaki bersedia dengan cadangan-cadngan yang bernas dan baik untuk semua..Kepada para pelatih yang mempunyai idea,masalah atau pandangan bolehlah berhubung terus dengan penghulu masing2 agar perkara tersebut dapat dibincangkan pada mesyuarat tersebut nanti.. sekian tegas adil dan berhemah.....