HUBUNGI KAMI

HUBUNGI KAMI
PEJABAT PENTADBIRAN KOR SUKARELAWAN POLIS SISWA/SISWI (SUKSIS) USM

Bangunan L09, Universiti Sains Malaysia,
11800, Minden, Pulau Pinang.

Tel/Fax : 04-6534436

E-mel : suksisusm@yahoo.com.my

Blog : suksisusm.blogspot.com

COMMUNITY POLICING CAMPAIGN

Monday, December 28, 2009

SELAMAT KEMBALI SEMUA!!!!

Salam suksis bersatu..

selamat kembali, selamat datang dan salam perjuangan untuk smua...bermula isnin ni kita akan menempuh semester 2 bagi sesi 2009/2010.. bagi skuad senior inilah taun terkahir bersama suksis..isk isk sedeynya nak tinggal kan suksis..bnyak kngan yg best2 kat sini..isk isk.. dan bagi skuad inter n junior, teruskan perjuangan anda sebagai mahasiswa dan sebagai pelatih kor suksis dengan penuh semngat.. jadikan semester 2 ni sebgai medan membalas dendam jika result sem 1 xberapa baik..hehe

Kepada persatuan suksis pula, kita masih bnyak agenda dan projek yg perlu diteruskan..ingt jangan "hangat2 tahi ayam pula".. kita perlu kotakan segala rancangan kita.. insyaallah kalau tiada aral melintang kita akan berjaya melaksanakan segala yang dirancang.. Latihan suksis xtau lagi bile bermula..dan apabila latihan bermula, mohon smua untuk memperbaiki disiplin diri dan lebih patuh pada arahan..baiki mana2 yg lemah supaya kita menjadi seorang pelatih yang berdisiplin untuk agama bangsa dan tanah air..cheewah...hahaha

Akhir kata mulakan semester ni dengan langkah kanan anda..tekadkan usaha bulatkan semangat agar kita berjaya kelak di masa hadapan..haha.. hidup suksis!!!

Thursday, December 10, 2009

latihan menembak revolver 0.38 suksis usm...

Salam suksis bersatu...

latihan menembak yang diadakan pada 23hb november yang lpas di lapang sasar pdrm kulim kedah.. berikut ialah gambar2 semasa latihan menembak tersebut...



 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

p/s: tahniah kepada yang berjaya. yang tak berjaya cuba lagi taun depan k..hehe.. terima kasih kepada smua yg terlibat terutama dari unit persenjataan IPK Penang..dan tahniah kepada skuad 2007 senior yg berjaya mempertahankan piala pusingan buat kali ke2 berturut2..hahaa

Monday, December 7, 2009

Kursus Latihan Luar Asas PGA (Skuad Intermediate)

Assalamualaikum wbt dan salam SUKSIS bersatu.

Berikut merupakan ringkasan Program Latihan Luar yang telah dijalankan oleh Skuad Intermediate:

Kursus : Latihan Luar (Modul Asas PGA)
Tarikh : 1-6 Disember 2009
Tempat : Markas Latihan Luar, Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am (PLPGA), Tupah, Bedong, Kedah
Keanggotaan : 49 orang (Skuad Inter)

Aktiviti : Kelas Pengenalan PGA
              Teori Ronda Pandu Arah (RPA)
              Praktikal RPA (peta dan muka bumi)
              Kelas Mengesan
              Praktikal Mengesan
              Kursus Ikhtiar Hidup
              Praktikal Ikhtiar Hidup
              Petunjukan makanan dan tumbuhan hutan, perangkap dan jerat
              Praktikal Keadaan Darurat
              'Final Off' - Kawad Pengkalan (Hutan Tupah)
              Malam Ramah Mesra



Ucapan dan amanat daripada Timbalan Komandan dalam Majlis Penyerahan Pelatih Kor SUSKSIS kepada jurulatih PGA



Kelas pengenalan PGA - disampaikan oleh Pegawai Latihan PLPGA, Insp. Dzaiful Azrin



Kelas Ronda Pandu Arah (RPA)



Praktikal RPA



Kemahiran menggunakan kompas prismatik



Sebelum memulakan memasak makanan sendiri



Para jurulatih yang sentiasa memerhati setiap aktiviti yang dijalankan





Bersama barang-barang kelengkapan anggota PGA

  
Demonstrasi penggunaan jerat dan perangkap dalam amali ikhtiar hidup



Hidangan eksotik yang disediakan jurulatih PGA


Platun 1


Platun 2




Perjalanan masuk ke dalam hutan sejauh lebih kurang 4KM


Semangat waja walaupun keletihan



Tiba di lokasi - Hutan Tupah


Tamat 'final-off' - Pulang semula ke markas menaiki trak PDRM


 
Penyampaian sijil kepada wakil pelatih


Penyampaian cenderahati daripada Kor SUKSIS USM kepada pihak PLPGA


Sesi bergambar selepas tamat Majlis Perasmian Penutup


PEGAWAI DAN JURULATIH PGA


Insp. Dzaiful Azrin



Sjn. Razak @ Singa Putih



Sjn. Hussain



Sjn. Jefflee


Sjn. Salim


Kpl. Inyian

Sekalung penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada Pegawai dan semua jurulatih dari Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am (PLPGA) Tupah, Kedah atas segala tunjuk ajar dan ilmu yang telah disampaikan kepada Kor SUKSIS USM Pulau Pinang.