HUBUNGI KAMI

HUBUNGI KAMI
PEJABAT PENTADBIRAN KOR SUKARELAWAN POLIS SISWA/SISWI (SUKSIS) USM

Bangunan L09, Universiti Sains Malaysia,
11800, Minden, Pulau Pinang.

Tel/Fax : 04-6534436

E-mel : suksisusm@yahoo.com.my

Blog : suksisusm.blogspot.com

COMMUNITY POLICING CAMPAIGN

Sunday, January 31, 2010

Mesyuarat bersama kor suksis usm dan AJK kmpg sg. pinang besar pulau pangkor..

salam suksis bersatu..

    Pada 29 januari lalu, satu rombongan dari kor suksis usm yang terdiri dari Timb Komandan Prof Madya Dr Ishak Ramly, Insp Ibrahim, Sjn ismail, Sjn Aziz, Sjn Rosli, L/kpl Nor dan 5 orang pelatih skuad senior Suksis Usm telah mengadakan satu mesyuarat bersama wakil2 penduduk dan jabatan yang berkenaan di dewan orang ramai kg sg pinang besar di pulau pangkor.. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan tentang program khidmat masyarakat Suksis bersama penduduk kg sg pinang besar yang dijangka akan diadakan ada 16 hingga 20 februari.. Mesyuarat berlangsung dengan lancar dan hasil perbincangan dipersetujui dan diperhalusi dengan baik..Berikut serba sedikit foto2 kenangan semasa berada di sana...

 


 

  

  

  

  

  

  

  

  

  

  

P/s: program khidmat masayrakat akan diadakan pada 16-20hb feb 2010..so kepada skuad senior diminta bersedia kerana kita akan menempuh pengalaman hidup bersama keluarga nelayan di pulau pangkor..di harap program ini berjalan lancar dan meninggalkan kenangan indah dalam diari hidup kita..sekian
tegas adil dan berhemah..

Saturday, January 30, 2010

KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP KOR SUKSIS USM MENGHIBURKAN..

Salam suksis bersatu...

   kejohanan badminton tertutup kor suksis usm telah berjaya dilangsungkan dengan lancar dan baik.. tahniah diucapkan kepada para pemenang yang berjaya terutama sekali kepada Prof Madya Dr Ishak Ramly dan Sjn ismail kerana memenangi tempat pertama dan kedua bagi kategori single lelaki..hehe pelatih semua kalah ngan kehebatan diorang ni..tahniah juga kepada pasangan beregu ain fikri dan hasman yang menjuarai kategori double lelaki dan membawa pulang piala pusingan yang disumbangkan oleh timb komandan kita..berikut sedutan2 atau detik2 manis ketika kejohanan berlangsung...

 

  

  

  

  

  

  

  

  

  

  

  

 

   Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kejohanan badminton ini..diharap yang tewas dapat menebus kembali kekalahan anda pada kejohanan yang akan datang kerana kejohanan ini akan dijadikan acara tahunan dan akan diadakan pada setiap tahun..akhir kata majulah sukan untuk suksis usm!!!\

tegas adil dan berhemah!!!

Friday, January 22, 2010

KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP KOR SUKSIS USM..

Salam suksis bersatu..

      Esok akan berlangsung satu kejohanan badminton tertutup kor suksis usm di dewan badminton USM.. perlawanan  yang diadakan adalah untuk mengcungkil bakat2 terpendam pelatih2 kor suksis usm dan seterusnya mengamalkan gaya hidup sihat..perlawanan akan berlangsusng dalam beberapa kategori iaitu perseorangan lelaki dan wanita serta beregu lelaki dan wanita.. Antara peserta2 yang menyertai kejohanan ini ialah timbalan komandan kita Prof Madya Dr. Ishak Ramli, pegawai penyelaras kita iaitu Insp Ibrahim, para jurulatih dan pelatih2 kor suksis..

     Kepada para pelatih kor suksis USM diwajibkan hadir ke dewan badminton USM pada hari sabtu jam 0745Hrs dan ketidakhadiran akan dikenakan tindakan 'double kawad'. Diharap kejohanan ini dapat dijalankan dengan jayanya dan selamat bejuang diucapkan kepada semua peserta yang bertanding..

MAjulah sukan untuk Suksis USM!!!!!!


mampukah suksis usm melahirkan pemain spt ini??hehe


pemain no satu dunia datuk lee chong wei..

p/s: esok semua pelatih dikehendaki memakai pakaian PT dan berada di dewan badminton sepanjang perlawanan berlangsung..harap maklum..

Tuesday, January 12, 2010

Suksis USM mengiringi kemenangan USM FC!!!

salam suksis bersatu...

  Malam semalam telah berlangsung perlawanan liga perdana 2010 yang pertama yang menemukan pasukan USM fc dengan POS Malaysia fc di stadium Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang.. Perlawanan berlangsung dengan begitu sengit dan menghiburkan dengan kedua-dua pasukan saling berbalas-balas serangan..asakan demi asakan yang dilakukan telah membuahkan hasil kepada usm fc apabila pemain muda usm iaitu Mohamad baser mohamad napae berjaya menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke 84.. Gol tersebut sudah cukup untuk mengesahkan kemenangan usm fc ke atas pos malaysia.. 3 mata penuh berjaya diraih usm fc dan meletakkan mereka di tangga ke3 dalam liga perdana...


antara babak2 dalam perlawanan tersebut..

     Mengiringi kejayaan skuad bola sepak usm ialah Kor suksis usm apabila 12 pelatih dari skuad senior telah ditugaskan untuk mengawal dan memastikan keamanan dan keselamatan di stadium usm terjamin.. mereka bertugas dengan penuh dedikasi dan bersemangat sambil bersama2 memberikan sokongan padu kepada pasukan usm.. syabas dan tahniah kepada para pelatih kor suksis usm yang bertugas pada malam tersebut kerana dapat mengwal keadaan dengan baik...len kali leh jaga lagi..hahaha.. berikut antara wajah2 di sebalik perlawanan tersebut...


 
pemain kedua-dua pasukan melakukan line up..


antara penonton yang hadir memberikan sokongan..



pelatih kor suksis yang sedang membuat kawalan..



sempat lagi posing..hehehe



anggota polis dari IPK turut membantu..



barisan pelatih, jurulatih dan pegawai bergambar kenangan sejurus tamat perlawanan.

p/s: selepas ini akan ada banyak perlwanan bola sepak yang akan berlangsung di stadium usm..so, kepada pelatih2 diharap bersedia apabila dipanggil bertugas..hehe...sekian

tegas adil dan berhemah....

Wednesday, January 6, 2010

USM fc cipta sejarah!!

    


salam suksis bersatu...
    UNIVERSITI Sains Malaysia (USM) akan menjadi institusi pengajian tinggi awam (IPTA) pertama dalam sejarah bola sepak Malaysia dengan pasukan bola sepaknya menyertai Liga Perdana.

    Naib Canselor USM, Prof Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak berkata ini adalah sebahagian dari usaha universiti itu bagi mempromosi sukan di kampus. “Ini adalah saat cukup bersejarah dan kami mempunyai rekod bahawa kami adalah IPTA pertama bertanding dalam liga dan mengadakan ‘home game’ di universiti juga,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan pemain Kelab Bola Sepak USM (USM FC), semalam.

   Beliau berkata pasukan itu sudah membuat persiapan bagi pertandingan itu, dijadual bermula Isnin depan, sejak hujung tahun lalu lagi dengan sebilangan pemain dari pelbagai pasukan seperti Kedah, Pulau Pinang, Kelantan yang telah bermain di Liga Super dan dilatih oleh bekas ketua jurulatih Pulau Pinang, S Veloo. 


p/s: jom sama2 kita memenuhi stadium usm pada hari isnin depan(11jan) pada pukul 8:45pm untuk menyaksikan perlawanan pertama liga perdana antara usm fc vs pos malaysia fc.. mari kita skong team usm kita!! yeah..

Sunday, January 3, 2010

Jadual latihan suksis semester 2 2009/2010

salam suksis bersatu..

  Latihan kawad akan bermula pada 4 januari 2010 pada jam 1700hrs di padang kawad usm.. smua pelatih skuad junior09, inter08 dan senior07 dikehendaki hadir untuk mengikuti latihan harian kita.. semua pelatih hendaklah mematuhi segala larangan dan peraturan berikut:

  1. Datang tepat pada masanya..kelewatan akan didenda.
  2. berpakaian kemas dan bersih.(half uniform)
  3. memakai beret dan bagi lelaki pakai ankeled dgn kemas.
  4. lelaki mesti berambut pendek, cukur misai dan janggut.
  5. patuh arahan pegawai, jurulatih, dan skuad leader.
  6. berdisiplin dan bersedia dari segi fizikal dan mental..
  Diharap semua pelatih dapat menghadirkan diri dan tiada alasan untuk tidak hadir..ketidakhadiran akan diambil tindakan tegas dan sebarang masalah hendaklah terus berhubung dengan pejabat Suksis atau berjumpa dengan penghulu skuad masing-masing..sekian..

TEGAS ADIL DAN BERHEMAH


BERSEDIA BERKHIDMAT!!!

Friday, January 1, 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010!!!

Salam suksis bersatu...

 Hari ni kita menyambut ketibaan tahun baru 2010 dan tahun 2009 baru sahaja meninggalkan kita.. Banyak kenangan, suka duka, pahit manis yang berlaku sepanjang 2009 akan kita ingati dan jadikan batu loncatan untuk kita terus berjaya..hehe.. semoga tahun 2010 ni kita lebih baik dari 2009..tanam kan azam, kuatkan semangat untuk kita terus maju kehadapan dan lupakan perkara2 buruk yang berlaku pada tahun lepas dan kita buka buku baru yang lebih bersinar pada masa hadapan..hehe

  Dari pihak Kor Suksis USM ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua warga polis diraja malaysia dan semua warga kor suksis amnya dengan ucapan selamat maju jaya dan semoga kita dapat mencapai lebih banyak kegemilangan dan kejayaan yang berterusan pada tahun 2010 ini.. baiki lah yang mana yang rosak dan teruskan lah yang mana yang baik..semoga kita menjadi insan yang berguna kepada agama bangsa dan tanah air...semoga suksis terus gemilang di mata dunia!!! hehehee

p/s: Sya KS25451 Amirul Anwar bin Rosli ingin memohon maaf kepada semua jika sepanjang 2009 ada yang terasa hati, tersepak sana sini, terkasar bahasa, tertegur tak semene mene dan semua yang ter lah pada semua warga kor suksis usm.. semoga tahun ni kor suksis usm lebih cemerlangg dan terus gemilang dengan kerjasama utuh dari warga suksis usm semua...HApPy nEw YEaR!!!!!!!