HUBUNGI KAMI

HUBUNGI KAMI
PEJABAT PENTADBIRAN KOR SUKARELAWAN POLIS SISWA/SISWI (SUKSIS) USM

Bangunan L09, Universiti Sains Malaysia,
11800, Minden, Pulau Pinang.

Tel/Fax : 04-6534436

E-mel : suksisusm@yahoo.com.my

Blog : suksisusm.blogspot.com

COMMUNITY POLICING CAMPAIGN

Sunday, February 28, 2010

Kursus dan latihan polis kini hanya tiga bulan-utusan malaysia.

Salam suksis bersatu...

      Mulai tahun ini, semua kursus dan latihan asas kepolisan yang wajib dilalui pelatih Polis Diraja Malaysia (PDRM) di pusat latihan polis (Pulapol) seluruh negara akan dipendekkan kepada tiga bulan. Ini disebabkan, tempoh kursus dan latihan yang memakan masa enam bulan sebelum ini akan dipercepatkan bagi menampung keperluan PDRM mencapai penambahan 60,000 anggota polis. Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan, Datuk Mortadza Nazarene berkata, langkah mempercepatkan tempoh latihan itu selaras dengan usaha PDRM menyokong agenda utama kerajaan dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).
     "PDRM melihat tidak timbul soal singkat atau pendek kerana kita akan memperkemaskan lagi kursus dan latihan sedia ada di seluruh Pulapol sepanjang tempoh tiga bulan itu. "Selain memantapkan pasukan, kaedah seperti 'bertugas dalam latihan' akan dipantau oleh para pegawai untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelatih berkhidmat secara tegas serta berhemah," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Konstabel Lelaki Siri 2/2009 di Pulapol Air Hitam di sini hari ini.

       Majlis berkenaan dirasmikan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Koh Hong Sun dan turut dihadiri Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd. Rodwan Mohd. Yusof, Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Manan Mohd. Hassan dan Komandan Pulapol berkenaan, Supritendan Mud Shukri Jusoh. Sementara itu, Hong Sun berkata, pihaknya berharap lebih banyak penyertaan golongan bukan Melayu terutama Cina dan India dalam bidang kepolisan yang dianggap turut amat diperlukan dalam membantu beberapa perkara terutama berkaitan isu komunikasi.

      "Sebagai contoh, di jabatan saya (JSJK), kita sememangnya mahu menambah bilangan anggota bagi memantapkan pengurusan dan hal ini telah dimaklumkan kepada Pulapol untuk tindakan selanjutnya," kata beliau.Pada sesi latihan kali ini, seramai 429 pelatih berjaya menamatkan latihan di pusat berkenaan yang bermula sejak Oktober lalu.

p/s: ini berita baik untuk kita semua..so kepada pelatih2 kor suksis yang berminat untuk menjadi pegawai polis boleh lah memohon sebab latihan dah disingkatkan..Alhamdulillah..memang terbaikk!!!! kita pun dah training 3tahun baru dapat I/SP..haha

sekian tegas adil dan berhemah

"saya anti rasuah"

Saturday, February 27, 2010

Program-program yang Melibatkan Kor SUKSIS USM

Untuk makluman, beberapa program telah dan akan berlangsung sepanjang bulan Februari dan Mac 2010 yang melibatkan pelatih Kor SUKSIS USM. Antaranya adalah seperti berikut:

  1. Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pulau Pinang 2010 
  • Tarikh          : 26 Februari 2010
  • Tempat        : Padang Kota Lama/Dewan Sri Pinang
  • Masa           : 8-10 pg 
  • Penglibatan  : Perarakan dan ceramah melibatkan Staf USM dan 10 pelatih Kor SUKSIS  

    2.   Perasmian Kempen Rakan Trafik (KRT)
  • Tarikh         : 27 Februari 2010
  • Tempat       : Tapak ConvEx
  • Masa          : 9-11 pg
  • Kenamaan  : Timbalan Menteri Pengangkutan, Dato' Abdul Rahim Bakri 
  • Penglibatan : 20 pelatih Kor SUKSIS  

   3.   Hari Kokurikulum 2010
  • Tarikh         : 3-4 Mac 2010
  • Tempat       : Dewan Budaya/Permatang Pelajar/Dataran Bintang
  • Masa          : 9.00 pg - 5.30 ptg
  • Penglibatan : AJK Teknikal dan Fizikal (5 pelatih) , Pameran FRU (Persatuan), Persembahan T-Baton Malam Kebudayaan (15 pelatih) 

   4.   6th Crimes and Policing Forum
  • Tarikh         : 11 Mac 2010
  • Tempat       : Dewan Budaya
  • Masa          : 8.30 pg - 5.00 ptg
  • Kenamaan  : Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Seri Musa bin Tan Sri Hj Hassan
  • Penglibatan : akan dimaklumkan kelak

   5.   Forum Bersama Pemimpin SPRM
  • Tarikh         : 6 Mac 2010
  • Tempat       : Dewan Budaya
  • Masa          : 8.30 - 11.00 mlm
  • Penglibatan : 15 pelatih

   6.   Perjanjian Persefahaman (MoU) Antara USM dan Ketua Polis Negara
  • Tarikh         : 4 Mac 2010
  • Tempat       : Balai Persiban, Pusat Penagajian Seni
  • Penglibatan : Beberapa pelatih Inter dan Junior sebgai pengiring para pegawai dan Tan Sri KPN

   7.   Temasya Sukan SUKSIS IPTA Zon Utara (SuTRA)
  • Tarikh         : 19-21 Mac 2010
  • Tempat       : Stadium Olahraga, Padang Minden, Dewan badminton
  • Penglibatan : Semua pelatih (atlet dan urusetia)

   8.   Temasya Olahraga Tahunan (TOT) kali ke-36
  • Tarikh         : 26-28 Mac 2010  
  • Tempat       : Stadium Olahraga
  • Penglibatan : Kontinjen perbarisan, kawad formasi, urusetia dan atlet

Nota : Sebarang penambahan atau perubahan maklumat akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Penglibatan pelatih Kor SUKSIS yang menyertai sebarang program sama ada anjuran universiti atau mana-mana organisasi tidak melibatkan keseluruhan pelatih dan bergantung kepada arahan yang dikeluarkan daripada pihak pengurusan Kor SUKSIS USM (pejabat pentadbiran).

Sekian, sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada Sarjan Ismail Hashim.


TEGAS, ADIL DAN BERHEMAH

KS30068 Abd Aziz bin A'zmi

Thursday, February 25, 2010

berkayak mengelilingi pulau jerejak hingga pulau korea mencabar!!!

salam suksis bersatu..

   Pada 21hb feb yg lepas seramai 5 orang pelatih Kor suksis usm telah menyertai ekspidisi berkayak mengelilingi pulau jerejak hingga ke pulau korea..ekspidisi anjuran Kelab Rekreasi USM ini diadakan untuk menguji ketahanan fizikal dan mental peserta utk berkayak dengan anggaran jarak sejauh 15km.. ekspedisi ini bermula dari pantai seagate kemudian melalui belakang pulau jerejak sebelum lalu di bawah jambatan pulau pinang dan singgah di pulau korea.. selepas makan tghari, peserta bertolak pulang menyusuri laluan antara pulau jerejak dan pesisir pantai(queensbay) hingga ke seagate semula..berikut antara babak menarik sepanjang ekspedisi berlangsung..enjoyyy....

 

  

  

  

  

  

  

p/s: Berkayak ni best..tpi cuaca terik mmg hangus kulit..apa2 pun memang terbaeekk!!!
sekian tegas adil dan berhemah!!

Tuesday, February 23, 2010

Sang Saka Biru di Puncak Kinabalu

Enam anggota Kor SUKSIS USM telah dijemput untuk bersama-sama Persatuan Sains Fizik menyertai Ekspedisi ke Puncak Gunung Kinabalu pada 17-21 Februari 2010. 34 peserta telah menyertai program ini dan 28 daripadanya telah selamat sampai ke puncak Kinabalu.

Pendakian sejauh 8.5 KM dari kaki gunung hingga ke puncak perlu dilalui peserta mengikut masa sendiri. Pendakian ke puncak dilakukan secara berperingkat iaitu melalui dua fasa. Fasa pertama dimulakan pada jam 10.45 pagi dan peserta terakhir yang tiba di Penginapan Laban Rata pada ketinggian 3,322.2 M pada pukul 5.50 petang.   

Dari kiri: Fauzan, Aziz, Adibah, Hafiza, SM Johan (Batalion 14, PGA Briged Sabah) yang sempat kami kenali ketika sama-sama mendaki Kinabalu. 

Jam 2.00 pagi restoran Laban Rata sebelum memulakan pendakian fasa 2.

Fasa 2 pendakian bermula jam 2.40 pagi dan pada ketika itu suhu di Laban Rata 8  celcius. Pendakian fasa dua lebih mencabar kerana para peserta akan mendaki dalam keadaan gelap, suhu yang rendah, pergerakan yang terhad, kadar oksigen yang semakin berkurangan serta bentuk muka bumi yang curam dan berbatu-batu.

Para peserta akhirnya selamat tiba di puncak seawal jam 6.00 pagi dengan suhu 5 darjah celcius manakala peserta terakhir tiba pada jam 7.30 pagi. Suhu yang sangat sejuk memaksa kami untuk tidak berada terlalu lama di puncak. 
   
Saat matahari terbit...

Perjalanan menuruni gunung pula bukanlah mudah. Setelah berada di puncak untuk seketika kami turun kembali ke Laban Rata untuk berkemas, makan dan bersedia untuk turun ke kaki gunung. Kumpulan pertama yang menuruni gunung bergerak pada jam 10.30 pagi dan peserta terakhir yang selamat sampai pada jam 6.30 petang.

Berikut gambar-gambar sepanjang ekspedisi ke Kinabalu...







Kepada Sdri Salmah walaupun tidak berjaya sampai ke puncak atas faktor kesihatan, semangat dan usahanya untuk tiba di Laban Rata wajar diberi pujian.


Setelah semua peserta tiba di kaki gunung Kinabalu, sesi bergambar sudah menjadi kemestian...

Terima kasih kepada Persatuan Sains Fizik yang menjemput dan mengendalikan program ini dengan berjaya sekali. Tahniah kepada semua peserta yang berjaya tiba di puncak Kinabalu walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan rasa penat yang amat sangat tetapi dengan izin Allah dan keazamaan yang tinggi dapat juga menamatkan ekspedisi dengan tiba di puncak yang paling tinggi di Asia Tenggara.  


Mesyuarat Pertama Temasya Sukan SUKSIS IPTA Zon Utara (SuTRA)

Persatuan Kor SUKSIS USM telah merangka dan sedang dalam persediaan untuk menganjurkan Temasya Sukan SUKSIS IPTA Zon Utara (SuTRA) yang julung kalinya akan diadakan di USM selaku tuan rumah. 

Sehubungan itu, pihak penganjur telah mengatur dan mengadakan mesyuarat bersama wakil dari universiti terlibat iaitu para Pegawai Penyelaras, jurulatih dan beberapa pelatih dari Univeriti Utara Malaysia (UUM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Pulau Pinang dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) seperti butiran berikut: 

                        Tarikh    : 12 Februari 2010 (Jumaat)
                        Masa     : 3.00 - 5.30 pm
                        Tempat  : Bilik Mesyuarat Pusat Ko-kurikulum

  
Mesyuarat dipengerusikan oleh Timbalan Komandan Kor SUKSIS USM, Supt. KS Prof. Madya Ishak Ramly, dibantu Pengarah Projek, Sdr. Ahmed Fauzan Ahmed Kamal berserta Anggota Majlis Tertinggi Persatuan dan AJK projek.

Pegawai-pegawai Penyelaras, dan wakil universiti Zon Utara yang hadir


 
Wakil pelatih dari UniMAP

Mesyuarat ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada pengerusi dan diteruskan dengan pembentangan kertas kerja oleh Pengarah Projek. Di samping itu penerangan yang lebih jelas turut disampaikan oleh beberapa anggota jawatankuasa pelaksana mengenai perjalanan program ini.

Pelbagai isu telah diketengahkan dan terdapat juga beberapa cadangan dari universiti lain bagi menambah baik perjalanan program ini. 

Bagi pihak Kor SUKSIS USM, kami mengucapkan jutaan terima kasih atas komitmen dan kerjasama yang yang sangat baik dari setiap unersiti yang mengambil bahagian. 

Semoga SuTRA menjadi kenyataan hasil usaha warga Kor SUKSIS USM yang mahu menjadikan edisi pertamanya berlangsung di USM bersesuaian dengan motto universiti "Kami Memimpin".  

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT KOR SUKSIS USM TERBAIK!!!

Salam suksis bersatu..

     Cuti pertengahan semester yang lepas telah dimanfaatkan sebaiknya oleh skuad senior suksis dengan mengadakan program khidmat masyarakat di kg sg pinang besar pulau pangkor.. program yg berlangsung selama 5 hari telah berjalan dengan lancar dan baik. banyak manfaat dan pengalaman yang berguna telah diperolehi dari program ini.. terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program khidmat masyarakat ini dan terima kasih kepada keluarga2 angkat yang sudi melayan kami dengan baik dan ramah..
    Jutaan terima kasih juga kepada semua penduduk kg sg pinang besar atas kerjasama dan sokongan anda sehingga program ini selesai..kami berharap hubungan yg terjalin selama lima hari di pangkor akan berkekalan hingga ke akhirnya dan kami juga ingin memohon maaf jika sepanjang lima hari kami ada melakukan perkara2 yang tidak disenangi dan meyinggung perasaan penduduk2 kampung.. berikut sedikit gambaran kenangan terindah kami di pangkor..layan!!!!!

 

  

  

  

  

  

  

  

  

  

  

  

  



 

  

  

  

  

  

  

  

  

  

  

  

  

  

  

  

  

  

p/s: ni je gambar yg mampu diupload sebab ada bnyak lagi..hehe so  kalau nak gmbar bgtau lah yee..atau leh bukak fb suksis utk dptkan gambar2..apa2 pun pangkor mmg kenangan terindah dan program khidmat masyarakat yang terbaik bagi kami semua..hidup suksis!!!!!
sekian..TEGAS ADIL DAN BERHEMAH