HUBUNGI KAMI

HUBUNGI KAMI
PEJABAT PENTADBIRAN KOR SUKARELAWAN POLIS SISWA/SISWI (SUKSIS) USM

Bangunan L09, Universiti Sains Malaysia,
11800, Minden, Pulau Pinang.

Tel/Fax : 04-6534436

E-mel : suksisusm@yahoo.com.my

Blog : suksisusm.blogspot.com

COMMUNITY POLICING CAMPAIGN

Tuesday, March 23, 2010

SuTRA: Banyak Yang Telah Dipelajari, Banyak Yang Perlu Diperbaiki

Bermula dengan cakap-cakap kosong di kafeteria untuk menganjurkan sukan SUKSIS hinggalah Majlis Perasmian Penutup SuTRA 2010 di Stadium Olahraga, banyak pengajaran yang telah dipelajari dan ini merupakan pengalaman pertama yang sangat menarik untuk dikongsi bersama. 


Kisah kejayaan dan suka duka setiap kontinjen yang bertanding dalam SuTRA di USM sememangnya satu kenangan manis buat semua khususnya buat kontinjen Kor SUKSIS USM yang dinobatkan sebagai johan keseluruhan SuTRA Edisi Pertama ini. Daripada aspek pengurusan pula Kor SUKSIS USM juga mengambil kira semua perkara yang dilihat kurang memuaskan iaitu kelemahan-kelemahan yang timbul sepanjang berlangsungnya temasya ini. 

Bukan mudah untuk mengendalikan suatu acara berskala besar seperti ini tambahan pula ini merupakan acara kali pertama seumpamanya yang melibatkan Kor SUKSIS di Zon Utara. Wujudnya masalah dan kepincangan merupakan satu perkara yang normal dan sememangnya dari awal lagi pihak kami tidak mengharapkan penganjuran yang benar-benar berjaya kerana ini merupakan cubaan pertama Persatuan Kor SUKSIS USM menganjurkan acara terbesar sepanjang enam tahun penubuhannya di USM.


Segala permasalahan, kekurangan dan kelemahan diakui berpunca daripada pihak pengurusan kami sendiri dan sebenarnya kelemahan inilah yang memberikan kami pengajaran dan pembelajaran bagaimana untuk memastikan penganjuran sebarang aktiviti ataupun acara besar selepas ini lebih lancar dan berkesan. Walaupun segala persiapan telah dirancang sebaik mungkin tetapi masih ada beberapa perkara yang terlepas pandang ataupun terjadinya perkara-perkara yang di luar jangkaan.

Kesemua ini secara tidak langsung memberikan kami pengalaman dan harus bersedia sebagai pihak bertanggungjawab untuk menghadapi kritikan dan tentangan daripada mana-mana pihak. Masih banyak yang perlu dibaiki, sama-sama kita jadikan SuTRA akan datang sebagai acara yang lebih menarik dan sistematik agar memberikan kepuasan dan kenangan manis kepad Kor SUKSIS Zon Utara.

- Team SuTRA 2010

Monday, March 22, 2010

Tahniah! Kita Juara

Milik Kita

Kita Juara. Tahniah diucapkan kepada kontinjen Kor SUKSIS USM kerana telah menunjukkan prestasi dan pencapaian di luar jangkaan dengan mengungguli enam daripada tujuh acara yang dipertandingkan dengan memperoleh pingat emas manakala acara tarik tali juga diberi pujian hebat kerana turut menyumbang pingat perak. Kemenangan ini membolehkan KOR SUKSIS USM menjulang piala pusingan SuTRA sebagai juara keseluruhan yang pertama.

Penghargaan dan tahniah juga kepada kontinjen-kontinjen lain yang menyertai SuTRA atas semangat kesukanan yang tinggi di samping memeriahkan lagi temasya ini di USM. Harapan kami agar interaksi dan hubungan yang telah dimulakan ini dapat berterusan dan dimajukan lagi pada masa akan datang.

Jumpa lagi di Temasya SuTRA Edisi Kedua. Persoalannya....Di mana? 

** Sama-sama kita nantikan    

Sekalung Penghargaan dan Jutaan Terima Kasih


Persatuan Kor SUKSIS USM dan Jawatankuasa Pelaksana SuTRA 2010 USM dengan takzimnya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan SuTRA Edisi Pertama di Universiti Sains Malaysia.

1) Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang
    YDH SAC I Dato' Hj. Tun Hisan Dato' Hj. Tun Hamzah 

2) Naib Canselor USM
    Prof. Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak 

3) Timb. Naib Canselor Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar
     Prof. Omar Osman

4) Komandan Kor SUKSIS USM
     Prof. Ahmad Shukri Mustapa Kamal

5) Timb. Komandan Kor SUKSIS USM
     Prof. Madya Dr. Ishak Ramly

6) Para Pegawai Kehormat, Pegawai Penyelaras, Pegawai Latihan, Pentadbiran, Jurulatih, Presiden/YDP dan Pelatih Kor SUKSIS IPTA Zon Utara: 
- Universiti Sains Malaysia
- Universiti Utara Malaysia
- Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang
- Universiti Malaysia Perlis
    
7) Pusat Rancangan Kokurikulum USM

8) Unit Sukan USM

9) Jabatan Keselamatan USM

10) Jabatan Pembangunan USM

11) Unit Perumahan dan Penginapan Universiti, USM

12) Bulan Sabit Merah USM

13) Berita Kampus USM

dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung memberi sumbangan dalam bentuk kewangan, tenaga, kepakaran, idea dan sebagainya sepanjang sebelum, semasa dan selepas berlangsungnya SuTRA 2010.

Sunday, March 21, 2010

Keputusan Keseluruhan SuTRA 2010




Johan Keseluruhan SuTRA 2010 : Universiti Sains Malaysia

Thursday, March 11, 2010

6th Forum on Crime and Policing In Malaysia

Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia dan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, USM telah menganjurkan Forum Jenayah dan Kepolisan di Malaysia kali keenam seperti butiran berikut:

                Tarikh     :  11 Mac 2010 (Khamis)
                Masa      :   8.30 pagi - 2.00 petang
                Tempat     :   Dewan Budaya, USM
                

Program yang merupakan acara tahunan di USM ini diadakan bagi mencapai objektifnya iaitu:
  1. Memberi maklumat mengenai cabaran dan realiti PDRM dalam menjalankan penyiasatan jenayah
  2. Meningkatkan tahap kesedaran dan pemahaman mengenai realiti sebenar penyiasatan jenayah
  3. Membekalkan pemahaman menyeluruh mengenai proses penyiasatan jenayah
  4. Memberi penerangan cabaran dan halangan yang dihadapi PDRM ketika menjalankan penyiasatan
  5. Menjelaskan salah faham dan tohmahan masyarakat terhadap penyiasatan jenayah di Malaysia
Forum dan sesi soal jawab pula dikendalikan oleh Dr. Azeen Fazwan Ahmad Farouk, Pensyarah Sains Politik Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan sebagai moderator dan menampilkan beberapa ahli panel yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan PDRM seperti berikut: 

  • YDH DCP Dato' Hadi Ho bin Abdullah (Timbalan Pengarah Risikan dan Operasi JSJ)
  • YDH SAC I Datuk Mazlan bin Mansor (Timbalan Pengarah Perancangan Strategik JSJ)
  • YDH SAC  II Dato' Ku Chin Wah (Officer-in-Charge JSJ Kuala Lumpur)
  • Prof Madya Dr. P Sundramoorthy (Kriminologis/Pensyarah PP Sains Kemasyarakatan)
Majlis disempurnakan dengan perasmian penutup oleh Ketua Polis Pulau Pinang, Dato' Wira Ayub Hj Yaakob dan diakhiri dengan jamuan tengahari.

Berikut beberapa gambar yang sempat diambil pada hari berkenaan.
             
Ketibaan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, YDH CP Dato' Seri Mohd Bakri Zinin disambut tabik hormat daripada pelatih Kor SUKSIS USM


Ucapan Komandan Kor SUKSIS USM, ACP K/S Prof. Ahmad Shukri Mustapa Kamal 


 
Dato' Mohd Bakri bin Zinin sebelum menyampaikan syarahannya


 
Panelis forum


Ucapan penutup daripada Ketua Polis Pulau Pinang, Dato' Wira Ayub Hj. Yaakob

Friday, March 5, 2010

Penghormatan Buat Kor SUKSIS Mengiringi KPN ke Majlis MoU PDRM dan USM

Ketika sedang berlangsunganya Hari Ko-kurikulum dan aktiviti jualan kursus keusahawanan, kehadiran ramai anggota dan pegawai kanan PDRM mencuri tumpuan para pelajar yang berada di sekitar Dewan Budaya. 

Kemunculan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Naib Canselor, Prof. Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak mendapat perhatian ramai dan mereka berdua dilihat berjalan melalui gerai-gerai jualan menuju ke Balai Persiban, Pusat Pengajian Seni untuk menghadiri majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara PDRM dan USM untuk menangani jenayah. 

Kor SUKSIS USM diberi penghormatan untuk mengiringi para pegawai kanan dan Tan Sri KPN ke lokasi majlis dan kesempatan ini digunakan sebaiknya untuk mempamerkan imej dan keterampilan Kor SUKSIS USM di mata warga USM dan PDRM. 

Deretan kereta polis yang membawa pegawai kanan PDRM


Kelihatan serius perbincangan antara anggota Kor SUKSIS, jurulatih dan pegawainya sementara menunggu ketibaan Tan Sri KPN

Antara pegawai kanan PDRM yang hadir menanti ketibaan Tan Sri KPN


Ketibaan Naib Canselor, Prof. Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak disambut Pegawai Latihan 1 Kor SUKSIS, Insp. Ibrahim Yahaya


Ketua Polis Pulau Pinang, Dato' Wira Ayub Hj Yaakob (tiga dari kiri) dan Ajutan Kor SUKSIS, Prof. Madya P. Sundramoorthy (sedang telefon)


Tan Sri KPN tiba dan menerima tabik hormat daripada jurulatih Kor SUKSIS, Kpl. Fuaad Mohd Salleh


Tan Sri KPN bersama TNC BHEPP, Prof. Omar Osman sedang berjalan melalui gerai jualan keusahawanan pelajar USM


Tan Sri KPN diiringi keluar dari Pusat Pengajian Seni untuk berangkat pulang

Terima kasih kepada anggota Kor SUKSIS dan para jurulatih yang membantu melancarkan pergerakan pegawai-pegawai kanan dan KPN pada hari berkenaan. Penghargaan juga kepada semua anggota yang terlibat menyumbang tenaga sepanjang berlangsungnya Hari Kokurikulum USM. 

Nota : Tan Sri Musa Hassan akan berada di USM sekali lagi pada 11 Mac 2010 dalam 6th Crimes and Policing Forum di Dewan Budaya. Arahan selanjutknya akan diberitahu kelak.   

Persembahan T-Baton Menggegarkan Dewan Budaya USM

Bersempena dengan Hari Kokurikulum, Kor SUKSIS telah mempersembahkan demonstrasi seni mempertahankan diri T-Baton pada 4 Mac 2010 di Dewan Budaya USM. Untuk makluman,  pada malam tersebut semua unit beruniform mempersembahkan tarian, nyanyian dan lakonan, tetapi Kor SUKSIS membawa kelainan apabila mempersembahkan demonstrasi T-Baton dan aksi petarungan.

Tahniah diucapkan kepada semua yang telibat.


Sebelum persembahan


Persembahan pembukaan, 'combat'


Pertunjukan asas

Demonstrasi penggunaan T-Baton


Aksi pertarungan anggota Kor SUKSIS


Penghujung persembahan




Pameran Unit Simpanan Persekutuan (FRU) Sempena Hari Kokurikulum USM

Hari Kokurikulum USM telah selamat berlangsung mengikut jadual aktiviti universiti pada 3-4 Mac 2010 di Dewan Budaya, Pematang Pelajar dan Dataran Bintang. Salah satu daripada aktiviti yang diadakan ialah pameran unit beruniform iaitu Kor SUKSIS, PALAPES Darat, PALAPES Laut, St. John Ambulance, Bulan Sabit Merah, dan Kelanasiswa.

Persatuan Kor SUKSIS untuk pertama kalinya membawa masuk pameran FRU ke USM bagi memberikan satu konsep dan daya tarikan baru kepada warga USM untuk berkunjung ke booth Kor SUKSIS dan usaha ini tidak sia-sia kerana sambutan yang diterima amat menggalakkan. 

Anggota Kor SUKSIS turut memberi penerangan kepada pengunjung yang hadir


Sebahagian anggota FRU yang dijemput untuk mengadakan pameran


Timbalan Naib Canselor BHEPP, Prof. Omar Osman sedang bergaya bersama T-Baton dan shield


Pengarah Pusat Rancangan Kokurikulum, Prof. Madya Ahmad Tajuddin Othman juga sempat berposing


Antara kelengkapan dan peralatan FRU yang dipamerkan

Terima kasih kepada Unit 3 FRU Pulau Pinang, pihak pengurusan Kor SUKSIS dan semua yang terlibat dalam menjayakan pameran ini. 

PDRM, USM tangani jenayah

Salam suksis bersatu..

PULAU PINANG 4 Mac - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalin kerjasama dengan Universiti Sains Malaysia (USM) mengenai penyelidikan bagi menangani kegiatan jenayah sekali gus memperbaiki persepsi masyarakat terhadap pasukan itu. Kerjasama itu dimeterai melalui satu memorandum persefahaman (MoU) di antara kedua-dua pihak yang ditandatangani oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Naib Canselor USM, Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak di sini hari ini.

       Musa berkata, kerjasama dalam membuat kajian berkaitan trend jenayah di antara polis dan pihak akademik adalah penting memandangkan isu membabitkan perkara itu sering menjadi perhatian masyarakat.
Menurut beliau, terdapat segelintir pihak di negara ini yang suka menggunakan persepsi sebagai satu produk supaya orang ramai tidak mempunyai keyakinan terhadap polis dan usaha seumpama itu diharap mampu mengurangkan persepsi sedemikian.''Masih ada lagi di kalangan masyarakat yang tidak mempunyai keyakinan dengan polis, sebagai contoh bila kita umum statistik jenayah menurun mereka masih kata ia masih meningkat.''Jadi, dengan kerjasama pihak akademik mereka akan membuat kajian bukan sahaja dari segi statistik tetapi meliputi pelbagai aspek pada masa sama dapat turunkan kadar jenayah," katanya kepada pemberita selepas majlis berkenaan.

      Musa berkata, perjanjian lima tahun dengan laporan pertama dikeluarkan dalam tempoh enam bulan itu juga untuk memperkukuhkan kerjasama di antara kedua-dua pihak bagi meningkatkan pencapaian negara dalam aspek keselamatan. Terdahulu, dalam ucapannya, beliau berkata, dengan kerjasama itu juga segala statistik dikeluarkan polis akan dianalisis oleh pihak universiti sebelum pengumuman mengenainya dibuat.
''Kita juga bercadang untuk pihak ketiga iaitu universiti ini atau ada pihak lain yang akan membuat pengumuman berhubung perkara itu supaya tiada lagi mana-mana pihak mempersoalkannya," ujar beliau.

p/s: ni satu pengiktirafan kepada universiti kita..baguslah..kita sebagai anggota suksis berbangga dengan agenda ini...teruskan usaha membenteras jenayah!!

Jenayah Membawa Padah!!

Pertemuan Khas Persatuan Kor SUKSIS bersama Naib Canselor USM

Tarikh        :  4 Mac 2010
Masa         :  9.00 - 10.00 pagi
Tempat      :  Pejabat Naib Canselor USM, Bangunan Canselori

Kehadiran  :  Sarjan Ismail Hashim (Jurulatih)
                    Abd Aziz A'zmi (Yang Di Pertua Persatuan)
                    Ahmed Fauzan Ahmed Kamal (Pengarah Projek SuTRA)
                    Lim Lead Ching (Naib Yang Di Pertua 1 Persatuan/Bendahari
                    SuTRA) 

Perkara      :  - Memberi penerangan mengenai projek SuTRA yang
                        bakal dianjurkan
                     - Pembentangan bajet projek
                     - Memohon peruntukan bagi menampung kos makanan
                        sepanjang berlangsungnya SuTRA

Respon NC :  -  Yuran penyertaan sebanyak RM 1,200 perlu dikaji
                          semula kerana amaun tersebut sangat kecil
                      -  Penganjuran SuTRA sewajarnya memperoleh keuntungan
                          dan bukannya mengalami kerugian   
                      -  Kos perbelanjaan harus dikurangkan terutamanya yang
                          melibatkan makanan
                      -  Penerapan nilai integriti dan semangat kesukanan, bukan
                          mengejar kemenangan semata-mata
                      -  Kesilapan dalam penganjuran sesuatu projek harus
                         diminimumkan agar tidak terus melakukan kesilapan
                         dalam penganjuran pada masa akan datang
                      -  Harus mencipta satu kelainan dalam pelaksanaan sesuau
                         projek 
                      -  dan beberapa perkara lain yang melibatkan dasar-dasar
                          universiti 

Kata putus  :  NC bersetuju agar pihak universiti menanggung kos
                     perbelanjaan makanan sahaja manakala kos-kos lain
                    akan diuruskan sendiri oleh Kor SUKSIS 

Terima kasih diucapkan kepada Naib Canselor, Prof. Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak atas kesudian meluangkan masa, menyampaikan idea-idea bermanfaat dan memberi bantuan dalam bentuk kewangan kepada Kor SUKSIS USM.