HUBUNGI KAMI

HUBUNGI KAMI
PEJABAT PENTADBIRAN KOR SUKARELAWAN POLIS SISWA/SISWI (SUKSIS) USM

Bangunan L09, Universiti Sains Malaysia,
11800, Minden, Pulau Pinang.

Tel/Fax : 04-6534436

E-mel : suksisusm@yahoo.com.my

Blog : suksisusm.blogspot.com

COMMUNITY POLICING CAMPAIGN

Tuesday, December 27, 2011

BBQ AKHIR TAHUN

Pada 23 Disember 2011, Persatuan Kor Suksis , USM telah mengadakan Majlis Makan Malam Dan Barbeque Akhir Tahun bertempat di perkarangan  Pejabat Kor Suksis, USM. Program ini disertai oleh semua pegawai, jurulatih dan semua pelatih Kor Suksis USM yang terdiri daripada skuad junior, intermediate, dan senior. 
Program ini bermula pada jam 7.30 pagi dan berakhir pada 11.00 malam.Majlis tersebut adalah untuk mengeratkan lagi hubungan sesama antara pelatih dan memupuk sikap kerjasama. Antara aktiviti yang dijalankan pada malam itu ialah makan-makan dan karaoke.
Persatuan Kor Suksis  ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat untuk menjayakan majlis ini. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan.















BACAAN YASSIN DAN SOLAT HAJAT

Tarikh: 22hb Disember 2011 (Khamis)
Masa: 06.30 petang-09.00 malam
Tempat: Dewan Aman
Objektif: Keberkatan untuk hari peperiksaan yang bakal menjelang

Sunday, December 4, 2011

Hari Kokurikulum Universiti Sains Malaysia

Tarikh: 02 Disember 2011
Tempat Perasmian: Padang Kawad Palapes, USM

Hari Kokurikulum ini dirasmikan oleh ACP/ KS Prof. Ahmad Shukri Mustapa Kamal dan disertai oleh semua unit beruniform iaitu Kor Suksis, PALAPES, PBSM, St. John dan SISPA. Acara ini dimulakan pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada 11.00 pagi.

Kronologi peristiwa
8.00 pagi: Acara bermula
8.15 pagi: Pemeriksaan pembarisan oleh ACP/KS Prof. Ahmad Shukri Mustapa Kamal
8.30pagi: Ucapan Perasmian
8.45pagi: Laungan Kami Memimpin
9.00pagi: Bacaan doa
9.15 pagi : Persembahan daripada Badan Unit Beruniform

10.30pagi: Jamuan makan
11.00pagi: Tamat


































CYCLING THROUGH ISLAND

Tempat Pelancaran: Stadium USM kampus Induk
Tarikh:19 November 2011 (Sabtu)
 Masa: 8.00 pagi - 6.00 petang

Acara yang dianjurkan oleh Kelab Cycling Through Life bertujuan untuk menjelajah Pulau Pinang sambil beramal. Acara ini turut disertai oleh kelab Kor Suksis yang diwakili oleh skuad senior , intermidiate dan junior. Di samping menjelajah, peserta juga dapat mengeratkan hubungan sesama masyarakat dan mengamalkan gaya hidup sihat.