HUBUNGI KAMI

HUBUNGI KAMI
PEJABAT PENTADBIRAN KOR SUKARELAWAN POLIS SISWA/SISWI (SUKSIS) USM

Bangunan L09, Universiti Sains Malaysia,
11800, Minden, Pulau Pinang.

Tel/Fax : 04-6534436

E-mel : suksisusm@yahoo.com.my

Blog : suksisusm.blogspot.com

COMMUNITY POLICING CAMPAIGN

Thursday, June 23, 2011

Latihan Pra Pentauliahan Skuad Senior 2010/2011

Tarikh: 23 Jun 2011 (Khamis)
Masa : 8.00 pg - 12.30 tgh, 2.30 - 5.00 ptg
Tempat: Padang kawad, USM
Bil. Pelatih: 35 orang

Bermula 20 Jun 2011 yang lalu Skuad Senior telah menjalani latihan kawad untuk Majlis Perbarisan Tamat Latihan dan Pentauliahan Pegawai Kor SUKSIS IPTA Malaysia yang akan berlangsung di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai kelak. 
Latihan kawad telah berjalan selama empat hari dan pada tarikh  hari ini , pelatih Skuad Senior yang akan ditauliahkan tidak lama lagi telah diarahkan untuk menjalani latihan dengan berpakaian lengkap seperti majlis sebenar yang akan berlangsung nanti. 
Walaupun latihan baru berjalan selama empat hari, banyak peningkatan telah dipamerkan dan latihan kawad akan diteruskan lagi selama dua minggu di UTM selepas ini. 

Pada 25 Jun 2011 (Sabtu) Skuad Senior akan bertolak ke UTM, Skudai, Johor Bahru untuk menjalani latihan bersama rakan-rakan pelatih Kor SUKSIS dari 20 buah IPTA. 
Berikut disertakan beberapa gambar yang sempat dirakamkan sekitar jam 3.00 petang tadi...
          





Perkembangan latihan kawad dan Majlis Perbarisan Tamat Latihan dan Pentauliahan Pegawai Kor SUKSIS IPTA Malaysia akan dikemaskini dari masa ke masa.

Sunday, June 19, 2011

Usaha membaikpulih dan memulihara tugu 1Malaysia di Felda Bersia, Grik, Perak

Kor SUKSIS USM (Skuad Senior) telah menjalankan Program Khidmat Masyarakat di Felda Bersia, Grik, Perak pada 20-24 Disember 2010 dengan menjalankan pelbagai program dan aktiviti di kampung berkenaan. Dalam program tersebut, beberapa pelatih telah berusaha keras membina sebuah tugu peringatan dalam masa yang singkat sebagai tanda memperingati program yang telah dijalankan ini.

Setelah enam bulan berlalu, beberapa wakil Kor SUKSIS USM telah hadir sekali lagi ke Felda Bersia untuk membaikpulih dan mengecat semula tugu berkenaan supaya ia terus kelihatan menarik dan tidak dibiarkan usang. 

 Hari terakhir Program Khidmat Masyarakat di Felda Bersia - bergambar beramai-ramai


Sebelum usaha membaikpulih - tugu yang telah dibina enam bulan yang lalu




Usaha memasang papan tanda peringatan




Selepas selesai usaha membaikpulih dan mengecat semula tugu

Para pelatih Skuad Senior diharapkan tidak melupakan keluarga angkat masing-masing di Felda Bersia. Teruskan hubungan dan kekalkan ikatan keluarga yang telah dibina.

Saturday, June 18, 2011

Kursus Asas Tugas Am dan Asas Trafik Skuad Senior 2010/2011

Selepas berakhirnya Kursus Asas Pertolongan Cemas (KAPC) di Markas Latihan Luar Pasukan Gerakan Am (PGA), Tupah, Kedah, Skuad Senior 2010/2011 meneruskan siri kursus seperti yang telah ditetapkan. Minggu seterusnya para pelatih dikehendaki mengikuti Kursus Asas Tugas Am dan Asas Trafik seperti butiran berikut. 

Tarikh : 30 Mei - 3 Jun 2011
Tempat : Pusat Rancangan Kokurikulum, USM
Bil. Pelatih : 43 orang
.
Kursus ini dimulakan dengan siri ceramah daripada para pegawai PDRM yang dijemput dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang dan Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut. Antara ceramah yang telah disampaikan ialah: 
1. Ceramah Narkotik - ASP Cheng Guan Ching (JSJN IPK PP)
2. Ceramah Kepimpinan dan Kendiri - Supt. Che Hamzah Che Ismail (BAKA IPK PP)
3. Ceramah Asas Penguatkuasaan Undang-undang jalan raya - Sarjan Shuhaimi Mahmud (Caw. Trafik IPD Timur Laut)
4. Ceramah Pelaksanaan Waran Tangkap - Insp. Najib Zulkifli (Caw. Trafik IPD Timur Laut) 

Kursus diteruskan dengan siri praktikal kawalan lalu lintas dan sekatan jalan raya. Praktikal diadakan di persimpangan lampu isyarat pintu masuk USM, Bukit Gambir. Setiap pelatih perlu mengawal lalulintas di persimpangan dengan diawasi dan dibantu anggota trafik dari Cawangan Trafik IPD Timur Laut. 

Seterusnya sekatan jalan raya dilakukan 100 meter dari persimpangan lampu isyarat tersebut. Para pelatih berpeluang membantu pasukan trafik IPD Timur Laut menjalankan tugasan menahan, memeriksa dan mengesan kesalahan pemandu. 

Dalam tugasan ini, sebanyak 29 saman telah dikeluarkan merangkumi pelbagai kesalahan jalan raya yang telah dilakukan para pengguna jalan raya.










Majlis Perasmian Penutup disempurnakan oleh Komandan Kor SUKSIS USM, ACP/KS Prof. Ahmad Shukri Mustapa Kamal. Jutaan terima kasih kepada pegawai-pegawai dari IPK Pulau Pinang dan pegawai serta anggota dari Cawangan Trafik IPD Timur Laut yang telah menjayakan kursus ini. 

 

Kursus Asas Pertolongan Cemas Skuad Senior 2010/2011

Skuad Senior 2011 telah menghadiri Kursus Asas Pertolongan Cemas (KAPC) seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 23-27 Mei 2011
Tempat : Markas Latihan Luar
Pasukan Gerakan Am (PGA)
Tupah, Kedah
Bil. Pelatih : 17 lelaki
29 wanita

KAPC telah dikendalikan oleh kumpulan jurulatih Pertolongan Cemas yang dijemput dari Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Muar, Johor diketuai oleh SM Mohd Yusof Talkin.

Antara silibus latihan yang diajar sepanjang KAPC adalah:
1. Jenis-jenis kecederaan
2. Etika dan cabaran seorang penyelamat
3. Teknik balutan dan anduh
4. Teknik mengusung
5. Teknik bantuan pernafasan (CPR)
6. Praktikal bantuan kecemasan

Dalam sesi praktikal, para pelatih diberikan situasi kemalangan dan jenis-jenis kecederaan yang perlu diberikan bantuan. Pelatih dibahagikan kepada tujuh kumpulan dan setiap kumpulan perlu menyelamatkan kesemua mangsa yang terlibat dalam situasi kemalangan.

Kesemua pelatih dinilai dan diberikan komen berdasarkan tindakan yang mereka lakukan bagi menyelamat dan berhadapan dengan situasi cemas.










Terima kasih kepada semua jurulatih yang sanggup membantu dan menjayakan KAPC walaupun didatangkan dari jauh, PULAPOL Muar, Johor.