HUBUNGI KAMI

HUBUNGI KAMI
PEJABAT PENTADBIRAN KOR SUKARELAWAN POLIS SISWA/SISWI (SUKSIS) USM

Bangunan L09, Universiti Sains Malaysia,
11800, Minden, Pulau Pinang.

Tel/Fax : 04-6534436

E-mel : suksisusm@yahoo.com.my

Blog : suksisusm.blogspot.com

COMMUNITY POLICING CAMPAIGN

Saturday, December 8, 2012

KEM JATIDIRI 2012 (LATIHAN PERKHEMAHAN TAHUNAN)


Tarikh: 11-15 November 2012
Tempat: Dusun Minda Resort, Kg. Pisang, Kuala Nerang Kedah

Objektif utama kursus adalah untuk membentuk pelatih-pelatih yang mewakili IPTA untuk menjadi “role model” kepada pelajar-pelajar lain terutamanya dalam aspek kepimpinan serta ketahanan diri, mental dan fizikal.

Perkhemahan ini disertai oleh skuad inter dan junior Kor Suksis USM. Dalam kursus tersebut semua pelatih diberi peluang menunjukkan potensi dari segi bakat kepimpinan, disiplin, penghayatan ilmu Kor Suksis apabila berada dalam kumpulan besar. Antara aktiviti yang menarik ialah Flying Fox, Rempuh Halangan, Ronda Pandu Arah, Kembara Rimba, Mara Lasak dan Malam Kebudayaan. Aktiviti-aktiviti tersebut dipertandingkan kepada 8 kumpulan dan hadiah-hadiah yang disediakan amat menarik.






RUNNING MAN CHARITY CHALLENGE 2012


Persatuan Kor Sukarelawan Siswa-Siswi (Suksis) USM telah mengadakan aktitviti Running Man Charity Challenge pada 20  Oktober 2012 bertujuan menganjurkan aktiviti explorace sambil mengutip dana untuk anak-anak yatim. Program ini bertempat di padang kawad USM, manakala aktiviti explorace dibuat dalam sekitar USM. Turut disediakan pameran-pameran daripada Kelab Motor Besar, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Institusi Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) serta aktiviti menderma darah.



Program adalah terbuka kepada semua pelajar USM yang telah mendaftar. Kumpulan lapan, yang terdiri daripada empat orang siswa tahun dua Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan (HBP) telah berjaya merangkul hadiah wang tunai berjumlah RM300 dalam acara explorace. Sementara itu, naib johan dimenangi oleh wakil daripada Desasiswa Aman Damai dengan membawa pulang wang tunai berjumlah RM200 manakala tempat ketiga mendapat wang  tunai sebanyak RM150.


Program ini juga dapat memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar USM dan pelatih-pelatih Kor Suksis USM tentang dunia kepolisan. Dalam pada masa yang sama, Pegawai Penyelaras Latihan Luar, Asisten Superitendan Kor Suksis ASP Zolkifli Yaakub berkata beliau amat berbangga dan mengucapkan tahniah atas kejayaan pelatih-pelatih Kor Suksis dalam mengendalikan program amal seperti ini.






















HARI INTERAKSI KOR SUKSIS JUNIOR SIDANG 2012/2013


Pada 13 Oktober 2012 telah diadakan program interaksi Kor Suksis junior yang bertempat di Desasiswa Aman Damai. Seramai 111 orang pelatih yang Kor Suksis USM yang terdiri daripada skuad inter dan junior. Program ini dirasmikan oleh Pegawai penyelaras, ASP Abdul Ghani B. Mohammad Ali di Dewan Aman pada jam 9.30 pagi.

Program bermula dengan acara senamrobik pada 7.00 pagi yang turut disertai oleh jurulatih-jurulatih. Selain itu, aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah Pulau Impian, Penyelesaian Masalah, Akademi Pengantin dan Malam Kebudayaan. Program ini turut diserikan oleh Skuad Senior pada aktiviti  Malam Kebudayaan. Skuad Senior juga dijemput khas sebagai pengadil  dan pengkritik untuk pemarkahan bagi setiap persembahan.

Pengarah projek, Cik Mohd Arif B. Mohd Yatim berkata, program ini adalah platform kepada junior Kor Suksis untuk saling mengenali antara satu sama lain selain meraikan skuad baru dalam Kor Suksis USM.

Diharap aktiviti sebegini mampu membantu junior menyesuaikan diri dengan kehidupan sebagai anggota Kor Suksis.

Persembahan video pada Majlis Perasmian


Aktiviti-aktiviti yang dijalankan

HARI JALINAN MESRA

(MAJLIS TAHLIL & BACAAN YAASIN DAN JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI)


Pembukaan semester dimulakan dengan Jamuan Hari Raya Aidilfitri pada 16 September 2012 yang dihadiri oleh jurulatih-jurulatih, skuad inter, senior dan bekas pelatih-pelatih Kor Suksis USM. Jamuan didadakan di Kafeteria Desasiswa Aman Damai dan pelbagai  juadah hari raya disediakan kerana kemeriahan hari raya masih terasa. Namun begitu majlis dimulakan dengan solat maghrib dan bacaan tahlil  untuk bekas anggota dan jurulatih Kor Suksis USM yang telah meninggal dunia, KPL Azhar Zulkafli dan pihak keluarga lain yang telah kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah...





Saturday, October 13, 2012

Lawatan ke Unit Simpanan Persekutuan (FRU) 3


Tempat : Pusat Unit Simpanan Persekutuan 3, Ayer Hitam, Pulau Pinang.
Tarikh: 13 Oktober 2012
Masa : 9.00 pagi – 12.00 tengah hari

Pelatih skuad Senior Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi seramai 52 pelatih lelaki dan wanita telah mengadakan lawatan ke pusat Unit Simpanan Persekutuan (FRU) No 3 bersama beberapa orang jurulatih. Kehadiran skuad senior Kor Suksis telah diraikan oleh anggota dan pegawai FRU di padang kawad FRU.
Lawatan ini bertujuan untuk memberikan informasi serta memberikan pengetahuan baru kepada pelatih suksis mengenai gerak kerja pasukan ini yang telah dikenali sebagai pasukan pengaman apabila berlaku rusuhan atau perhimpunan haram. Antara aktiviti yang telah dijalankan dalam lawatan ini ialah persembahan kawad trop oleh pasukan FRU, demonstrasi kenderaan water canon, pameran serta berpeluang untuk mencuba pakaian bertempur FRU sendiri.








 

Tuesday, October 2, 2012

Monday, May 28, 2012

MALAM PERSATUAN KOR SUKSIS USM 2012


Majlis Makan Malam Kor Suksis bertemakan Love is in The Air 
merupakan aktiviti kemuncak yang dilaksanakan oleh Persatuan 
Kor Suksis sidang 2011/2012. Tujuan aktiviti ini ialah untuk 
memberi ruang kepada ahli bagi mengenali antara satu sama 
lain secara lebih dekat di dalam persekitaran yang harmoni,
di samping dapat memupuk semangat kekeluargaan dan sifat
kecintaan kepada organisasi serta mearaikan pelatih tahun akhir
yang bakal ditauliahkan tidak lama lagi.

Pada tahun ini, majlis makan malam telah diadakan pada hari 
Ahad,27 Mei 2012 bertempat di Evergreen Laurel Hotel,
Gurney, Pulau Pinang. Majlis yang bermula jam 8.00 malam 
telah diserikan lagi dengan kehadiran pegawai, jurulatih dan 
pelatih Kor Suksis USM.

Secara keseluruhan Majlis Makan Malam ini telah dianjurkan 
dengan jayanya. Pihak Jawatankuasa memohon ribuan maaf 
atas segala kelemahan yang ada, namun berasa berbangga 
kerana sambutan yang amat menggalakkan dan gembira
dapat berjumpa dengan rakan lain serta berjaya pulang 
dengan satu kenangan yang menarik dan hadiah yang 
istimewa. Ucapan terima kasih juga dirakamkan kepada 
semua penyumbang yang telah memberi sumbangan 
tenaga/kewangan/barangan secara langsung atau tidak 
langsung untuk menjayakan Majlis Makan Malam Persatuan
ini. 




senior









king of the night

king and queen












pengarah projek