HUBUNGI KAMI

HUBUNGI KAMI
PEJABAT PENTADBIRAN KOR SUKARELAWAN POLIS SISWA/SISWI (SUKSIS) USM

Bangunan L09, Universiti Sains Malaysia,
11800, Minden, Pulau Pinang.

Tel/Fax : 04-6534436

E-mel : suksisusm@yahoo.com.my

Blog : suksisusm.blogspot.com

COMMUNITY POLICING CAMPAIGN

Saturday, December 8, 2012

KEM JATIDIRI 2012 (LATIHAN PERKHEMAHAN TAHUNAN)


Tarikh: 11-15 November 2012
Tempat: Dusun Minda Resort, Kg. Pisang, Kuala Nerang Kedah

Objektif utama kursus adalah untuk membentuk pelatih-pelatih yang mewakili IPTA untuk menjadi “role model” kepada pelajar-pelajar lain terutamanya dalam aspek kepimpinan serta ketahanan diri, mental dan fizikal.

Perkhemahan ini disertai oleh skuad inter dan junior Kor Suksis USM. Dalam kursus tersebut semua pelatih diberi peluang menunjukkan potensi dari segi bakat kepimpinan, disiplin, penghayatan ilmu Kor Suksis apabila berada dalam kumpulan besar. Antara aktiviti yang menarik ialah Flying Fox, Rempuh Halangan, Ronda Pandu Arah, Kembara Rimba, Mara Lasak dan Malam Kebudayaan. Aktiviti-aktiviti tersebut dipertandingkan kepada 8 kumpulan dan hadiah-hadiah yang disediakan amat menarik.






RUNNING MAN CHARITY CHALLENGE 2012


Persatuan Kor Sukarelawan Siswa-Siswi (Suksis) USM telah mengadakan aktitviti Running Man Charity Challenge pada 20  Oktober 2012 bertujuan menganjurkan aktiviti explorace sambil mengutip dana untuk anak-anak yatim. Program ini bertempat di padang kawad USM, manakala aktiviti explorace dibuat dalam sekitar USM. Turut disediakan pameran-pameran daripada Kelab Motor Besar, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Institusi Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) serta aktiviti menderma darah.



Program adalah terbuka kepada semua pelajar USM yang telah mendaftar. Kumpulan lapan, yang terdiri daripada empat orang siswa tahun dua Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan (HBP) telah berjaya merangkul hadiah wang tunai berjumlah RM300 dalam acara explorace. Sementara itu, naib johan dimenangi oleh wakil daripada Desasiswa Aman Damai dengan membawa pulang wang tunai berjumlah RM200 manakala tempat ketiga mendapat wang  tunai sebanyak RM150.


Program ini juga dapat memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar USM dan pelatih-pelatih Kor Suksis USM tentang dunia kepolisan. Dalam pada masa yang sama, Pegawai Penyelaras Latihan Luar, Asisten Superitendan Kor Suksis ASP Zolkifli Yaakub berkata beliau amat berbangga dan mengucapkan tahniah atas kejayaan pelatih-pelatih Kor Suksis dalam mengendalikan program amal seperti ini.






















HARI INTERAKSI KOR SUKSIS JUNIOR SIDANG 2012/2013


Pada 13 Oktober 2012 telah diadakan program interaksi Kor Suksis junior yang bertempat di Desasiswa Aman Damai. Seramai 111 orang pelatih yang Kor Suksis USM yang terdiri daripada skuad inter dan junior. Program ini dirasmikan oleh Pegawai penyelaras, ASP Abdul Ghani B. Mohammad Ali di Dewan Aman pada jam 9.30 pagi.

Program bermula dengan acara senamrobik pada 7.00 pagi yang turut disertai oleh jurulatih-jurulatih. Selain itu, aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah Pulau Impian, Penyelesaian Masalah, Akademi Pengantin dan Malam Kebudayaan. Program ini turut diserikan oleh Skuad Senior pada aktiviti  Malam Kebudayaan. Skuad Senior juga dijemput khas sebagai pengadil  dan pengkritik untuk pemarkahan bagi setiap persembahan.

Pengarah projek, Cik Mohd Arif B. Mohd Yatim berkata, program ini adalah platform kepada junior Kor Suksis untuk saling mengenali antara satu sama lain selain meraikan skuad baru dalam Kor Suksis USM.

Diharap aktiviti sebegini mampu membantu junior menyesuaikan diri dengan kehidupan sebagai anggota Kor Suksis.

Persembahan video pada Majlis Perasmian


Aktiviti-aktiviti yang dijalankan

HARI JALINAN MESRA

(MAJLIS TAHLIL & BACAAN YAASIN DAN JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI)


Pembukaan semester dimulakan dengan Jamuan Hari Raya Aidilfitri pada 16 September 2012 yang dihadiri oleh jurulatih-jurulatih, skuad inter, senior dan bekas pelatih-pelatih Kor Suksis USM. Jamuan didadakan di Kafeteria Desasiswa Aman Damai dan pelbagai  juadah hari raya disediakan kerana kemeriahan hari raya masih terasa. Namun begitu majlis dimulakan dengan solat maghrib dan bacaan tahlil  untuk bekas anggota dan jurulatih Kor Suksis USM yang telah meninggal dunia, KPL Azhar Zulkafli dan pihak keluarga lain yang telah kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah...