HUBUNGI KAMI

HUBUNGI KAMI
PEJABAT PENTADBIRAN KOR SUKARELAWAN POLIS SISWA/SISWI (SUKSIS) USM

Bangunan L09, Universiti Sains Malaysia,
11800, Minden, Pulau Pinang.

Tel/Fax : 04-6534436

E-mel : suksisusm@yahoo.com.my

Blog : suksisusm.blogspot.com

COMMUNITY POLICING CAMPAIGN

Sunday, June 2, 2013

SUKSIS ANNUAL GRAND DINNER & MAJLIS PERPISAHAN

Tanpa disedari semester II bagi sidang 2013/2013 telah hampir ke penghujungnya. Pada 30 Mei 2013 telah diadakan annual grand dinner di Hotel Eastin Penang. Sinonim dengan itu, majlis ini bagi meraikan skuad senior yang akan mengakhiri latihan sebagai pelatih Kor Suksis USM. Antara VIP yang hadir memeriahkan majlis ialah Dato' Ahmad Shukri Mustapa Kamal, Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa. 

Antara aturcara yang dijalankan ialah, persembahan daripada skuad senior, inter dan junior, cabutan bertuah, penyampaian hadiah kepada pelajar yang mendapat anugerah dekan, pelatih terbaik dan tidak lupa kepada King & Queen bagi majlis makan malam ini. Majlis berakhir dengan pemberian cenderamata kepada VIP oleh pengarah projek.

Ucapan Dato' Ahmad Shukri

Meja hidangan VIP

Semasa esi cabutan bertuah dijalankan

Pegawai penyelaras,Tuan Abdul Ghani dan jurulatih senior Cik Man
bersama-sama pelatih skuad senior

Majlis meraikan skuad senior
Akhir kata, diucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada skuad senior yang telah mengakhiri latihan mereka dan selamat maju jaya pada masa hadapan.

Saturday, April 6, 2013

Sukan SUKSIS Zon Utara (SUTRA) 2013 di UPSI

Bertempat di Kompleks Sukan Sultan Abdul Jalil dan Kompleks Sukan Sultan Azlan Syah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), telah diadakan Sukan SUKSIS Zon Utara (SUTRA) pada 23 Mac 2013 yang disertai oleh anggota Kor Suksis Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang dan Universiti Utara Malaysia (UUM). 

Antara acara yang dipertandingkan ialah bola sepak, futsal wanita, bola baling lelaki/wanita, bola tampar lelaki/wanita, bola jaring, badminton, double discipline dan sepak takraw. Juara keseluruhan telah disandang oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), tempat kedua ialah Universiti Utara Malaysia (UUM), tempat ketiga Universiti Teknologi Mara (UiTM), tempat keempat Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). USM telah merangkul 3 pingat emas,2 pingat perak dan 4 pingat gangsa.USM telah menjadi johan bagi perlawanan bola jaring, double disiplin wanita dan badminton. 

Berikut adalah sekitar gambar semasa perlawanan berlansung.

















Monday, February 25, 2013

KEM PGA DAN KURSUS ETIKA & INTEGRITI

Tarikh: 12 Februari- 16 Februari 2013
Tempat: Markas Latihan Luar Pasukan Gerakan Am Bedong,Tupah, Kedah

Kem dan kursus yang diadakan pada cuti semester ini disertai oleh skuad inter bagi Kem PGA dan junior bagi Kursus Etika & Integriti. Peserta kem PGA diperkenalkan dengan PGA beserta peranan dan fungsinya. Antara aktiviti yang dijalankan dalam kem PGA ialah penggunaan kompas siang/malam, GPS siang/malam, ikhtiar hidup, kawad berpengkalan, kombat tanpa senjata(KTS) dan jungle trekking. Manakala, kursus Etika & Integriti diperkenalkan dengan etika dan integriti dalam dunia kepolisan.







Thursday, February 21, 2013

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT ASEAN - MEDAN, INDONESIA

Program khidmat komuniti merentas ASEAN pada 20 Januari-25 Januari 2013, - merupakan program pengantarabangsaan yang julung kalinya dianjurkan oleh Persatuan  Kor SUKSIS USM. Pengelibatan Kor SUKSIS dengan masyarakat antarabangsa terutamanya dalam kalangan masyarakat ASEAN adalah bertujuan menjalin hubungan antara Kor SUKSIS USM dengan penduduk ASEAN. Justeru, pelatih boleh berinteraksi, mengenali dunia yang lebih luas dan mempamerkan nilai, sikap dan kewibawaan ahli-ahli Kor SUKSIS yang merupakan mahasiswa universiti berstatus APEX.

Seramai 70 peserta termasuk pegawai/jurulatih, pegawai kehormat Kor SUKSIS, pegawai Pusat Sejahtera dan jemputan kepada pelatih PALAPES.

Perjalanan Program:

Ahad, 20 Januari 2013
Peserta bertolak ke Medan pada jam 10.30 pagi di Lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Polonia, Medan pada jam 1.30 petang. Menuju ke Desa Tanah Merah dan sesi pengenalan dengan ketua kampung serta pembahagian keluarga angkat.



Isnin, 21 Januari 2013
Pada waktu pagi, aktiviti senamrobik bersama pelajar sekolah. Selepas itu, pelatih dibahagikan kepada 2 kumpulan untuk mengajar dan bergotong-royong. Pada jam 2.00 petang, pemeriksaan kesihatan bersama penduduk kampung oleh Pusat Sejahtera. Pada jam 9.00 malam diadakan persembahan Budaya Seni Kuda Kepang oleh warga desa.



Selasa, 22 Januari 2013
Diadakan aktiviti pemajakan sawah bersama warga desa dan memancing/menjala ikan. Pada jam 12.00 tghri
peserta melawat sekitar kampung yg terdekat sambil memberi sumbangan kecil. Selepas itu, persiapan kenduri dan 8.30 malam, jamuan makan Malam Kebudayaan.






Rabu, 23 Januari 2013
8.30 pagi, melawat kelestarian alam di Danau Toba dan beriadah sambil menikmati keindahan Danau Toba.


Khamis, 24 Januari 2013
Bersiar  ke Berastagi bersama keluarga angkat dan petang hari menaiki bot ke Pulau Tomok serta lawatan ke Ambrita. 7.30 petang, daftar masuk ke hotel.


Jumaat, 25 Januari 2013
Bertolak balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Polonia, Medan dan tiba ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas.

Keseluruhannya, projek mega ini mampu mendatangkan manfaat yg besar kepada pelatih dan berupaya dlm mempromosikan misi dan visi USM sambil merealisasikan aspek pengantarabangsaan siswa sesebuah universiti bertaraf APEX. Latihan dan pengalaman yg diterima melalui SUKSI USM dapat memupuk jiwa, hati dan fikiran yg dipadukan bagi menterjemahkan gagasan 'kelestarian diri menyumbang kepada pembinaan kampus sejahtera dalam liputan 1 Malaysia'.



Monday, February 18, 2013

KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP SUKSIS USM


Pada 15 Disember 2013 telah diadakan Kejohanan Badminton Tertutup SUKSIS yang bertempat di dewan badminton Kompleks Sukan USM. Pertandingan adalah daripada 3 kategori iaitu perseorangan, beregu dan beregu campuran. Peserta yang terlibat adalah daripada skuad junior, inter dan senior Kor Suksis USM. Kehadiran jurulatih turut memberikan sokongan.