HUBUNGI KAMI

HUBUNGI KAMI
PEJABAT PENTADBIRAN KOR SUKARELAWAN POLIS SISWA/SISWI (SUKSIS) USM

Bangunan L09, Universiti Sains Malaysia,
11800, Minden, Pulau Pinang.

Tel/Fax : 04-6534436

E-mel : suksisusm@yahoo.com.my

Blog : suksisusm.blogspot.com

COMMUNITY POLICING CAMPAIGN

Saturday, April 6, 2013

Sukan SUKSIS Zon Utara (SUTRA) 2013 di UPSI

Bertempat di Kompleks Sukan Sultan Abdul Jalil dan Kompleks Sukan Sultan Azlan Syah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), telah diadakan Sukan SUKSIS Zon Utara (SUTRA) pada 23 Mac 2013 yang disertai oleh anggota Kor Suksis Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang dan Universiti Utara Malaysia (UUM). 

Antara acara yang dipertandingkan ialah bola sepak, futsal wanita, bola baling lelaki/wanita, bola tampar lelaki/wanita, bola jaring, badminton, double discipline dan sepak takraw. Juara keseluruhan telah disandang oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), tempat kedua ialah Universiti Utara Malaysia (UUM), tempat ketiga Universiti Teknologi Mara (UiTM), tempat keempat Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). USM telah merangkul 3 pingat emas,2 pingat perak dan 4 pingat gangsa.USM telah menjadi johan bagi perlawanan bola jaring, double disiplin wanita dan badminton. 

Berikut adalah sekitar gambar semasa perlawanan berlansung.