Salam suksis bersatu..
selamat kembali, selamat datang dan salam perjuangan untuk smua...bermula isnin ni kita akan menempuh semester 2 bagi sesi 2009/2010.. bagi skuad senior inilah taun terkahir bersama suksis..isk isk sedeynya nak tinggal kan suksis..bnyak kngan yg best2 kat sini..isk isk.. dan bagi skuad inter n junior, teruskan perjuangan anda sebagai mahasiswa dan sebagai pelatih kor suksis dengan penuh semngat.. jadikan semester 2 ni sebgai medan membalas dendam jika result sem 1 xberapa baik..hehe
Kepada persatuan suksis pula, kita masih bnyak agenda dan projek yg perlu diteruskan..ingt jangan "hangat2 tahi ayam pula".. kita perlu kotakan segala rancangan kita.. insyaallah kalau tiada aral melintang kita akan berjaya melaksanakan segala yang dirancang.. Latihan suksis xtau lagi bile bermula..dan apabila latihan bermula, mohon smua untuk memperbaiki disiplin diri dan lebih patuh pada arahan..baiki mana2 yg lemah supaya kita menjadi seorang pelatih yang berdisiplin untuk agama bangsa dan tanah air..cheewah...hahaha
Akhir kata mulakan semester ni dengan langkah kanan anda..tekadkan usaha bulatkan semangat agar kita berjaya kelak di masa hadapan..haha.. hidup suksis!!!
HUBUNGI KAMI
PEJABAT PENTADBIRAN KOR SUKARELAWAN POLIS SISWA/SISWI (SUKSIS) USM
Bangunan L09, Universiti Sains Malaysia,
11800, Minden, Pulau Pinang.
Tel/Fax : 04-6534436
E-mel : suksisusm@yahoo.com.my
Blog : suksisusm.blogspot.com
Bangunan L09, Universiti Sains Malaysia,
11800, Minden, Pulau Pinang.
Tel/Fax : 04-6534436
E-mel : suksisusm@yahoo.com.my
Blog : suksisusm.blogspot.com
COMMUNITY POLICING CAMPAIGN
Monday, December 28, 2009
Thursday, December 10, 2009
latihan menembak revolver 0.38 suksis usm...
Salam suksis bersatu...
latihan menembak yang diadakan pada 23hb november yang lpas di lapang sasar pdrm kulim kedah.. berikut ialah gambar2 semasa latihan menembak tersebut...
latihan menembak yang diadakan pada 23hb november yang lpas di lapang sasar pdrm kulim kedah.. berikut ialah gambar2 semasa latihan menembak tersebut...
p/s: tahniah kepada yang berjaya. yang tak berjaya cuba lagi taun depan k..hehe.. terima kasih kepada smua yg terlibat terutama dari unit persenjataan IPK Penang..dan tahniah kepada skuad 2007 senior yg berjaya mempertahankan piala pusingan buat kali ke2 berturut2..hahaa
Monday, December 7, 2009
Kursus Latihan Luar Asas PGA (Skuad Intermediate)
Assalamualaikum wbt dan salam SUKSIS bersatu.
Berikut merupakan ringkasan Program Latihan Luar yang telah dijalankan oleh Skuad Intermediate:
Kursus : Latihan Luar (Modul Asas PGA)
Tarikh : 1-6 Disember 2009
Tempat : Markas Latihan Luar, Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am (PLPGA), Tupah, Bedong, Kedah
Keanggotaan : 49 orang (Skuad Inter)
Aktiviti : Kelas Pengenalan PGA
Teori Ronda Pandu Arah (RPA)
Praktikal RPA (peta dan muka bumi)
Kelas Mengesan
Praktikal Mengesan
Kursus Ikhtiar Hidup
Praktikal Ikhtiar Hidup
Petunjukan makanan dan tumbuhan hutan, perangkap dan jerat
Praktikal Keadaan Darurat
'Final Off' - Kawad Pengkalan (Hutan Tupah)
Malam Ramah Mesra
Berikut merupakan ringkasan Program Latihan Luar yang telah dijalankan oleh Skuad Intermediate:
Kursus : Latihan Luar (Modul Asas PGA)
Tarikh : 1-6 Disember 2009
Tempat : Markas Latihan Luar, Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am (PLPGA), Tupah, Bedong, Kedah
Keanggotaan : 49 orang (Skuad Inter)
Aktiviti : Kelas Pengenalan PGA
Teori Ronda Pandu Arah (RPA)
Praktikal RPA (peta dan muka bumi)
Kelas Mengesan
Praktikal Mengesan
Kursus Ikhtiar Hidup
Praktikal Ikhtiar Hidup
Petunjukan makanan dan tumbuhan hutan, perangkap dan jerat
Praktikal Keadaan Darurat
'Final Off' - Kawad Pengkalan (Hutan Tupah)
Malam Ramah Mesra
Ucapan dan amanat daripada Timbalan Komandan dalam Majlis Penyerahan Pelatih Kor SUSKSIS kepada jurulatih PGA
Kelas pengenalan PGA - disampaikan oleh Pegawai Latihan PLPGA, Insp. Dzaiful Azrin
Kelas Ronda Pandu Arah (RPA)
Praktikal RPA
Kemahiran menggunakan kompas prismatik
Sebelum memulakan memasak makanan sendiri
Para jurulatih yang sentiasa memerhati setiap aktiviti yang dijalankan
Bersama barang-barang kelengkapan anggota PGA
Demonstrasi penggunaan jerat dan perangkap dalam amali ikhtiar hidup
Hidangan eksotik yang disediakan jurulatih PGA
Platun 1
Platun 2
Perjalanan masuk ke dalam hutan sejauh lebih kurang 4KM
Semangat waja walaupun keletihan
Tiba di lokasi - Hutan Tupah
Tamat 'final-off' - Pulang semula ke markas menaiki trak PDRM
Penyampaian sijil kepada wakil pelatih
Penyampaian cenderahati daripada Kor SUKSIS USM kepada pihak PLPGA
Sesi bergambar selepas tamat Majlis Perasmian Penutup
PEGAWAI DAN JURULATIH PGA
Insp. Dzaiful Azrin
Sjn. Razak @ Singa Putih
Sjn. Hussain
Sjn. Jefflee
Sjn. Salim
Kpl. Inyian
Sekalung penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada Pegawai dan semua jurulatih dari Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am (PLPGA) Tupah, Kedah atas segala tunjuk ajar dan ilmu yang telah disampaikan kepada Kor SUKSIS USM Pulau Pinang.
Monday, November 23, 2009
Penang Bridge International Marathon: wakil suksis berjaya menamatkan perlumbaan
salam suksis bersatu..
Pada 22november lepas telah berlangsung Penang Bridge International Marathon yang diadakan di perkarangan Quensbay Mall bermula jam 2pagi hingga 9pagi.. larian marathon tersbut telah dibahagikan kepada 4 kategori iaitu full marathon(42km), half marathon(21km), quarter marathon(10km) dan fun run(10km).. larian bermula dari perkarangan quensbay sehingga jambatan pulau pinang dan tamat di quensbay.. seorang pelatih senior kor suksis USM telah mnyertai pertandingan tersbut dan masuk di bawah kategori half marathon.. pelatih tersbut iaitu KS25457 Muhammad Nurddin bin Ramli(gambar) telah menyertai pertandingan marathon tersbut dan berjaya menamatkan perlumbaan dalam masa 2jam 30minit di bawah masa sebenar iaitu 3jam...
Syabas dan tahniah diucapkan kepada nurddin di atas kejayaan beliau dalam marathon tersebut..walaupun tidak berjaya memenangi acara tersebut(sebab dikuasai pelari luar negara), namun beliau telah menunjukkan semngat larian yang tinggi hingga berjaya menamatkan perlumbaan.. diharap pada tahun hadapan lebih ramai lagi pelatih kor suksis akan menyertai pertandingan marathon ini... sekian...
Tegas, Adil dan Berhemah...
(laporan oleh wartawan suksis usm)
pra pesta hoki usm: team suksis membanggakan....
salam suksis bersatu...
Pada 20hb november yang lepas iaitu hari jumaat satu pertandingan hoki pra pesta hoki usm telah berlangsung di stadium hoki usm.. suksis usm telah menghantar satu pasukan yang dianggotai oleh pemain2 yang hebat2 yang merupakan pelatih kor suksis usm sendiri iaitu nurddin(kapten), ubaidillah,izzat,shahidan,amirul rejab,alaudin(GK),zaki dan razif(pinjaman). pasukan ini telah diuruskan oleh seorang pengurus pasukan yang berpengalamn iaitu ks25451 amirul(presiden suksis)hehehe.. menarik nye tentang pasukan ini ialah ia pertama kali dibentuk dan hanya berlatih sekali je sblm pertndingan(mmg xkonfiden leh menang)hehe..
Pada 20hb november yang lepas iaitu hari jumaat satu pertandingan hoki pra pesta hoki usm telah berlangsung di stadium hoki usm.. suksis usm telah menghantar satu pasukan yang dianggotai oleh pemain2 yang hebat2 yang merupakan pelatih kor suksis usm sendiri iaitu nurddin(kapten), ubaidillah,izzat,shahidan,amirul rejab,alaudin(GK),zaki dan razif(pinjaman). pasukan ini telah diuruskan oleh seorang pengurus pasukan yang berpengalamn iaitu ks25451 amirul(presiden suksis)hehehe.. menarik nye tentang pasukan ini ialah ia pertama kali dibentuk dan hanya berlatih sekali je sblm pertndingan(mmg xkonfiden leh menang)hehe..
pasukan hoki suksis usm...
sebanyak 18 pasukan telah mnyertai pra pesta hoki ini yang terdiri dari kelab2 hoki seluruh kawasan penang dan sekolah2 menengah...pasukan suksis diletakkan dalam kumpulan B bersama2 pasukan lain iaitu PFS 2, PFS 5, JEYAN 2, JABIL , dan SMK LUNAS. format pertandingan adalah secara liga.. pada perlawanan pertama, team suksis telah bertemu dengan team smk lunas.. serangan bertali arus yg dilakukan team suksis memaksa pertahanan smk lunas bertungkus lumus mempertahankan gawangnya dri dibolosi.. sedang permainan rancak, salah sorg permain suksis iaitu shahidan telah ditekal keras oleh kayu hoki psukan lawan menyebabkan lututnya terseliuh.. disebabkan perkara tersbut, permainan menjadi sebaliknya dan team smk lunas berjaya menjaringkan gol pada minit terakhir perlwanan.
pemain dan pengurus yang keletihan slepas perlwanan..
perlawanan kedua pula membabitkan team suksis bertemu team Jabil.. diawal permainan team suksis mengasak kubu lawan dengan serangan2 pantas dan gerakan menarik.. hasilnya pada minit ke 2 permainan, striker team suksis iaitu ubaidillah berjaya menjaringkan gol pendahuluan...tersentak dengan gol tersebut, team jabil meningkatkan mutu permainan mereka dengan membuat serangan balas.. ini menyebabkan team suksis terpaksa menahan asakan demi asakan.. cubaan demi cubaan dilakukan tetapi dihalang oleh kekebalan keeper suksis iaitu ludin...namun, kesilapan mudah yang dilakukan team suksis membawa padah apabila team jabil berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 8.. pada minit2 terakhir, berlaku keadaan kelam kabut dihadapan pintu gol suksis dan akibatnya jabil berjaya mencuri gol ke2 mereka...
ubai , nurddin dan zaki antara tonggak utama pasukan..
Perlawanan ketiga pula menemukan suksis dengan PFS 5 atau penang free shool 5.. perlawanan dengan pasukan ini agak seimbang tetapi disebabkan beberapa masalah terutama dari segi kelengkapan yang kurang mnyebabkan team suksis tewas mudah 2-0 kepda PFS 5.. namun team suksis berjaya membuktikan kehebatan mereka untuk bersaing kerana team ini dibarisi oleh pemain2 wakil negeri pulau pinang dan seorang pemain kebangsaan..(fuh)
ketiadaan jersey mnyebabkan team suksis terpaksa memakai 'bip'
Pda jam 3pagi, team suksis telah bertemu dgn team Jeyan 2..team jeyan 2 merupakan pasukan hoki yang agak hebat di pulau pinang..dengan pengalaman skil dan teknik permainan mereka yang hebat mnyebabkan team suksis terpaksa akur sekali lagi dengan kehebatan mereka.. namun, berpantang maut sebelum ajal..walaupun mereka hebat, team suksis tidak membenarkan mereka membolosi gawang suksis sewenangnya...mereka cuma berjaya menjaringkan 2gol sahaja...hehe
tanpa latihan yang cukup, team suksis tetap mampu bersaing!! syabas!!
Perlawanan terkhir kumpulan ini menemukan suksis dengan PFS 2 atau penang free scholl 2... permainan menarik yang disajikan kedua2 pasukan ini membuatkan permainan menjadi seimbang.. serangan demi serangan dilancarkan dan kedua2 pasukan saling berbalas serangan.. asakan yang dilakukan team suksis hampir menemui gol tetapi berjaya ditepis pasukan lawan... pada minit kelima, serangan balas pantas yang dilakukan pasukan PFS 2 menghasilkn gol pertama pasukan mereka.. tersentak dengan gol tersebut, suksis membuat serangan balas dan mengatur strategi untuk menembusi kekebalan benteng pertahanan pasukan lawan..akhirnya, hasil semangat dedekasi dan kerja keras, pasukan suksis berjaya juga menyamakan kedudukan di minit terkhir perlawanan..gol emas tersebut dijaringkan oleh Ubai hasil gerakan satu dua bersama amirul rejab...akhirnya setelah lima perlawanan berjaya gak team suksis dapat seri satu..heheheh...
barisan pemain yang hebat bersama pengurus berkaliber..hehe
P/S: walaupun tewas 4 kali dan seri sekali, team suksis amat membanggakan..mereka menunjukkan tahap permainan yang baik..namun, pengalaman membataskan mereka untuk menang...kekurangan kelengkapan hoki juga menyumbang kepada kekalahan pasukan.. namun suksis tetap membanggakan...diharap selepas ini ada muka2 baru yang mewarnai pasukan hoki suksis usm.. buktikan bahwa suksis usm bukan sahaja hebat di padang kawad malah hebat dalam segala bidang..hidup suksis!!!!!!!!!!!!!
sekian
tegas adil dan berhemah..
(laporan oleh wartawan sukan suksis usm)
Friday, November 20, 2009
Pertukaran Pegawai - Selamat Datang, Selamat Jalan
Assalamualaikum wbt. dan salam SUKSIS bersatu.
Untuk makluman, Pemangku Penyelaras KOR SUKSIS USM, Insp. Priya a/l Kiang telah bertukar ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (IPD SPU) berkuatkuasa pada 16 November 2009.
Untuk makluman, Pemangku Penyelaras KOR SUKSIS USM, Insp. Priya a/l Kiang telah bertukar ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (IPD SPU) berkuatkuasa pada 16 November 2009.
INSP. PRIYA A/L KIANG
Sehubungan itu, berkuatkuasa pada tarikh yang sama, kita telah menerima seorang pegawai baru iaitu Insp. Ibrahim Yahaya yang akan mengambil tugas beliau sebagai Pemangku Pegawai Penyelaras yang baru.
INSP. IBRAHIM YAHAYA
Bagi pihak persatuan dan pengurusan KOR SUKSIS USM, kami mengucapkan selamat bertukar, selamat menjalankan tugas dan semoga berjaya kepada Insp. Priya yang berkhidmat di tempat baru.
Selamat Datang diucapkan kepada Insp. Ibrahim ke KOR SUKSIS Universiti Sains Malaysia (USM), semoga beliau dapat meneruskan kesinambungan kecemerlangan imej KOR SUKSIS USM ke tahap yang lebih membanggakan.
Harap maklum.
Tegas, Adil dan Berhemah.
KS30068 Abd Aziz A'zmi
Subscribe to:
Posts (Atom)