HUBUNGI KAMI

HUBUNGI KAMI
PEJABAT PENTADBIRAN KOR SUKARELAWAN POLIS SISWA/SISWI (SUKSIS) USM

Bangunan L09, Universiti Sains Malaysia,
11800, Minden, Pulau Pinang.

Tel/Fax : 04-6534436

E-mel : suksisusm@yahoo.com.my

Blog : suksisusm.blogspot.com

COMMUNITY POLICING CAMPAIGN

Monday, September 7, 2009

Satu Perkara yang Wajar Kita Puji...

Assalamualaikum dan salam suksis bersatu.

Sabtu lalu (5 Sept. 2009) bertempat di Dewan Kuliah V, kuliah undang-undang tambahan diadakan dari jam 2.30 hingga 4.45 petang untuk pelatih Inter yang tidak menghadiri kelas tersebut minggu sebelumnya kerana menyertai raptai perbarisan Hari Kemerdekaan ke-52. Kelas tersebut turut disertai beberapa pelatih Junior yang juga tidak hadir dalam kuliah sebelumnya.

Kuliah disampaikan oleh Pemangku Pegawai Penyelaras kita, Insp. Priya a/l Kiang. Apa yang ingin disampaikan di sini ialah ketika beliau sedang menyampaikan kuliahnya, azan Asar berkumandang. Dengan serta-merta beliau terdiam dan menghentikan sebentar kuliahnya. Walaupun beliau bukan beragama Islam tapi beliau faham dan menghormati laungan azan.

Inilah, satu perkara yang wajar kita puji dan hargai. Situasi sebegini melibatkan sensitiviti kita sebagai masyarakat Islam manakala tanggungjawab beliau sebagai orang yang bukan beragama Islam ialah menghormati dan memahami agama kita walaupun beliau merupakan seorang pegawai kanan polis.

Satu pujian untuk beliau kerana bersikap profesional...

Saturday, September 5, 2009

WAJAH BARU

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam perpaduan.


Hari ini, laman blog KOR SUKSIS USM secara drastiknya telah berubah wajah kepada satu bentuk blog yang lebih formal dan berinfomasi. Hal ini selaras dengan status USM sebagai Universiti Apex dan KOR SUKSIS juga seharusnya mengikut jejak perubahan ke arah yang lebih dinamik dan elegan.

Insya-Allah setiap perkembangan KOR SUKSIS akan dikemaskini dalam laman blog ini dari semasa ke semasa. Diharapkan perubahan ini mampu mendorong pelatih-pelatih KOR SUKSIS USM supaya lebih kerap mengunjungi blog ini untuk mendapatkan infomasi terkini. Selain itu hebahan perlu dilakukan kepada warga SUKSIS untuk memberi ruang publisiti tentang kewujudan blog ini khususnya kepada Skuad Junior. 


Sesungguhnya setiap perubahan perlulah dilaksanakan secara istiqamah dan berperingkat. Sebarang komen, kritikan, ulasan dan respon amat dialu-alukan agar kita dapat membaiki kesilapan dan kealpaan yang lalu.
Sekian.

-Aziz A'zmi
(YDP Persatuan KOR SUKSIS USM)