HUBUNGI KAMI

HUBUNGI KAMI
PEJABAT PENTADBIRAN KOR SUKARELAWAN POLIS SISWA/SISWI (SUKSIS) USM

Bangunan L09, Universiti Sains Malaysia,
11800, Minden, Pulau Pinang.

Tel/Fax : 04-6534436

E-mel : suksisusm@yahoo.com.my

Blog : suksisusm.blogspot.com

COMMUNITY POLICING CAMPAIGN

Monday, October 12, 2009

Majlis dialog dan jamuan aidilfitri bersama Ketua Polis Pulau Pinang..

    Pada hari jumaat yang lepas telah berlangsung majlis dialog dan jamuan aidilfitri bersama Ketua Polis Pulau Pinang iaitu DCP Dato' Wira Ayub b. Haji Yaakub.. majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran komandan kor suksis usm iaitu ACP/ks Prof Ahmad Shukri bin Mustafa Kamal, para kehormat, para pegawai dari IPK Penang, para jurulatih dan para pelatih yang terdiri dari suksis usm dan juga suksis uitm kampus permatang pauh. majlis yang bermula pada jam 3 petang itu diadakan bertujuan untuk berdialog bersama ketua polis penang dan membincangkan masalah dan cadangan yang berbangkit dari pihak jurulatih dan pelatih sendiri..

     Majlis telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh komandan kor suksis usm dan seterusnya ucapan dari Ketua polis Pulau pinang sendiri.. dalam ucapan nya beliau banyk memberi nasihat dan panduan kepada para pelatih agar lebih bersedia dan berdisiplin dalam menempuh hari yang mendatang.. beliau juga menyarankan beberapa perkara yang perlu diambil serius oleh para pelatih agar dapat memantapkan lagi kor suksis masing-masing...




  Selesai ucapan dari Dato' wira, telah berlangsung sesi berdialog antara pelatih dan beliau.. beberapa persoalan dan cadangan telah dibangkitkan oleh para pelatih usm dan uitm. antara pesoalan yang dibangkitkan seperti kad kuasa pelatih, hari kor suksis semalaysia, jam kredit pelatih, waktu latihan pelatih dan banyak lagi.. semua persoalan ini telah dijawab dan diambil perhatian untuk dibawa ke pihak yang berkenaan..




   Selesai majlis berdialog tersebut, pihak suksis usm mengadakan jamuan aidilfitri yang diadakan di perkarangan kafe indah kembara.. banyak juadah yang disediakan seperti nasi himpit, lemang, kuih raya, mee dan sebagainya disediakan.. para pelatih suksis usm dan uitm bersama-sama menjamu selera dan beramah mesra sesama mereka.. program yang sebegini bukan sahaja dpat mengeratkan silaturahim antara pelatih dari usm dan uitm, malah dapt berkongsi pandangan dan idea secara bersama..

         






p/s: majlis ni memang best terutama sesi dialog.. sedihnya masa tidak mencukupi untuk berdialog.. banyak lagi sebenarnya persoalan yang ingin dibangkitkan.heheeh tpi takpe..harap2 ada lagi majlis macam ni nnti.. tak lupa jutaan terima kasih kepada pegawai, jurulatih dan pelatih dari kor suksis uitm yang sudi datang ke usm.. senang2 datanglah lagi,.hehehe

Monday, October 5, 2009

Pemberitahuan:Sesi Dialog dan Jamuan Aidilfitri SUKSIS USM/UiTM Pulau Pinang Bersama Ketua Polis dan Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam SUKSIS bersatu.

Untuk pengetahuan semua satu program akan diadakan melibatkan gabungan anggota SUKSIS USM dan UiTM Pulau Pinang iaitu Sesi Dialog dan Jamuan Aidilfitri Bersama Ketua Polis dan Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang seperti ketetapan berikut.

                                       Tarikh   : 9 Oktober 2009 (Jumaat)
                                       Masa    : 2.45 petang
                                       Tempat : Dewan Kembara II

                                       Pakaian : Uniform penuh
                                                      (Pelatih Junior : Formal)

 --------------------------------------------------------------------------

                           Aturcara Majlis

2.45 pm : Ketibaan SUKSIS Uitm dan semua pelatih SUKSIS mengambil tempat
3.00 pm : Ketibaan VIP
3.15 pm : Ketibaan Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang
3.30 pm : Ketibaan Ketua Polis Pulau Pinang
                       - ucapan alu-aluan
                       - lapor
                       - bacaan doa
                       - nyanyian lagu Negaraku
                       - Ucapan Komandan SUKSIS USM
                       - Ucapan Ketua Polis Pulau Pinang
4.00 pm : Sesi dialog bermula
4.50 pm : Sesi dialog dihentikan
                       - penyampaian cenderahati
                       - lapor
                       - nyanyian lagu Polis Sedia Berkhidmat
5.00 pm : Jamuan Aidilfitri di Cafe Kembara

-------------------------------------------------------------------------------

                                  Senarai Jemputan

SESI DIALOG

1) Ketua Polis Pulau Pinang
2) Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang
3) Ketua Jabatan Pengurusan PDRM
4) Pegawai Turus Pentadbiran
5) Ketua Cawangan Pembantu
6) Ketua Polis Daerah Timur Laut
7) Para Pegawai Kehormat SUKSIS USM
8) ASP Hal Ehwal Awam PDRM
9) Pengarah Pusat Ko-kurikulum
10) Pegawai Kehormat SUKSIS UiTM Pulau Pinang
11) Pegawai Penyelaras UiTM Pulau Pinang

JAMUAN AIDILFITRI

12) Naib Canselor USM
13) Timbalan Naib Canselor BHEPP USM
14) Pegawai PALAPES DARAT
15) ASP Normah Dun (Bekas Pegawai Penyelaras SUKSIS USM)
16) Pegawai Turus Latihan IPK Pulau Pinang
17) Staff Ko-Kurikulum
18) Pengarah Jabatan Keselamatan
19) Pengarah Jabatan Pembangunan
20) Pengarah PTPM
21) Penggawa Aman Damai
22) Penggawa Indah Kembara

Surat permohonan pelepasan kelas akan diberikan. Para pelatih dikehendaki hadir tepat pada waktu yang telah ditetapkan dan memberikan kerjasama sepenuhnya dalam melancarkan majlis ini. Sila jaga imej dan nama baik SUKSIS dan Universiti Sains Malaysia.

Harap Maklum.