Salam suksis bersatu..
PULAU PINANG 4 Mac - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalin kerjasama dengan Universiti Sains Malaysia (USM) mengenai penyelidikan bagi menangani kegiatan jenayah sekali gus memperbaiki persepsi masyarakat terhadap pasukan itu. Kerjasama itu dimeterai melalui satu memorandum persefahaman (MoU) di antara kedua-dua pihak yang ditandatangani oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Naib Canselor USM, Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak di sini hari ini.
Musa berkata, kerjasama dalam membuat kajian berkaitan trend jenayah di antara polis dan pihak akademik adalah penting memandangkan isu membabitkan perkara itu sering menjadi perhatian masyarakat.
Menurut beliau, terdapat segelintir pihak di negara ini yang suka menggunakan persepsi sebagai satu produk supaya orang ramai tidak mempunyai keyakinan terhadap polis dan usaha seumpama itu diharap mampu mengurangkan persepsi sedemikian.''Masih ada lagi di kalangan masyarakat yang tidak mempunyai keyakinan dengan polis, sebagai contoh bila kita umum statistik jenayah menurun mereka masih kata ia masih meningkat.''Jadi, dengan kerjasama pihak akademik mereka akan membuat kajian bukan sahaja dari segi statistik tetapi meliputi pelbagai aspek pada masa sama dapat turunkan kadar jenayah," katanya kepada pemberita selepas majlis berkenaan.
Musa berkata, perjanjian lima tahun dengan laporan pertama dikeluarkan dalam tempoh enam bulan itu juga untuk memperkukuhkan kerjasama di antara kedua-dua pihak bagi meningkatkan pencapaian negara dalam aspek keselamatan. Terdahulu, dalam ucapannya, beliau berkata, dengan kerjasama itu juga segala statistik dikeluarkan polis akan dianalisis oleh pihak universiti sebelum pengumuman mengenainya dibuat.
''Kita juga bercadang untuk pihak ketiga iaitu universiti ini atau ada pihak lain yang akan membuat pengumuman berhubung perkara itu supaya tiada lagi mana-mana pihak mempersoalkannya," ujar beliau.
p/s: ni satu pengiktirafan kepada universiti kita..baguslah..kita sebagai anggota suksis berbangga dengan agenda ini...teruskan usaha membenteras jenayah!!
Jenayah Membawa Padah!!
HUBUNGI KAMI
PEJABAT PENTADBIRAN KOR SUKARELAWAN POLIS SISWA/SISWI (SUKSIS) USM
Bangunan L09, Universiti Sains Malaysia,
11800, Minden, Pulau Pinang.
Tel/Fax : 04-6534436
E-mel : suksisusm@yahoo.com.my
Blog : suksisusm.blogspot.com
Bangunan L09, Universiti Sains Malaysia,
11800, Minden, Pulau Pinang.
Tel/Fax : 04-6534436
E-mel : suksisusm@yahoo.com.my
Blog : suksisusm.blogspot.com
Friday, March 5, 2010
Pertemuan Khas Persatuan Kor SUKSIS bersama Naib Canselor USM
Tarikh : 4 Mac 2010
Masa : 9.00 - 10.00 pagi
Tempat : Pejabat Naib Canselor USM, Bangunan Canselori
Kehadiran : Sarjan Ismail Hashim (Jurulatih)
Abd Aziz A'zmi (Yang Di Pertua Persatuan)
Ahmed Fauzan Ahmed Kamal (Pengarah Projek SuTRA)
Lim Lead Ching (Naib Yang Di Pertua 1 Persatuan/Bendahari
SuTRA)
SuTRA)
Perkara : - Memberi penerangan mengenai projek SuTRA yang
bakal dianjurkan
bakal dianjurkan
- Pembentangan bajet projek
- Memohon peruntukan bagi menampung kos makanan
sepanjang berlangsungnya SuTRA
sepanjang berlangsungnya SuTRA
Respon NC : - Yuran penyertaan sebanyak RM 1,200 perlu dikaji
semula kerana amaun tersebut sangat kecil
semula kerana amaun tersebut sangat kecil
- Penganjuran SuTRA sewajarnya memperoleh keuntungan
dan bukannya mengalami kerugian
dan bukannya mengalami kerugian
- Kos perbelanjaan harus dikurangkan terutamanya yang
melibatkan makanan
melibatkan makanan
- Penerapan nilai integriti dan semangat kesukanan, bukan
mengejar kemenangan semata-mata
mengejar kemenangan semata-mata
- Kesilapan dalam penganjuran sesuatu projek harus
diminimumkan agar tidak terus melakukan kesilapan
dalam penganjuran pada masa akan datang
diminimumkan agar tidak terus melakukan kesilapan
dalam penganjuran pada masa akan datang
- Harus mencipta satu kelainan dalam pelaksanaan sesuau
projek
projek
- dan beberapa perkara lain yang melibatkan dasar-dasar
universiti
universiti
Kata putus : NC bersetuju agar pihak universiti menanggung kos
perbelanjaan makanan sahaja manakala kos-kos lain
akan diuruskan sendiri oleh Kor SUKSIS
perbelanjaan makanan sahaja manakala kos-kos lain
akan diuruskan sendiri oleh Kor SUKSIS
Terima kasih diucapkan kepada Naib Canselor, Prof. Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak atas kesudian meluangkan masa, menyampaikan idea-idea bermanfaat dan memberi bantuan dalam bentuk kewangan kepada Kor SUKSIS USM.
Subscribe to:
Posts (Atom)