HUBUNGI KAMI

HUBUNGI KAMI
PEJABAT PENTADBIRAN KOR SUKARELAWAN POLIS SISWA/SISWI (SUKSIS) USM

Bangunan L09, Universiti Sains Malaysia,
11800, Minden, Pulau Pinang.

Tel/Fax : 04-6534436

E-mel : suksisusm@yahoo.com.my

Blog : suksisusm.blogspot.com

COMMUNITY POLICING CAMPAIGN

Saturday, June 18, 2011

Kursus Asas Pertolongan Cemas Skuad Senior 2010/2011

Skuad Senior 2011 telah menghadiri Kursus Asas Pertolongan Cemas (KAPC) seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 23-27 Mei 2011
Tempat : Markas Latihan Luar
Pasukan Gerakan Am (PGA)
Tupah, Kedah
Bil. Pelatih : 17 lelaki
29 wanita

KAPC telah dikendalikan oleh kumpulan jurulatih Pertolongan Cemas yang dijemput dari Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Muar, Johor diketuai oleh SM Mohd Yusof Talkin.

Antara silibus latihan yang diajar sepanjang KAPC adalah:
1. Jenis-jenis kecederaan
2. Etika dan cabaran seorang penyelamat
3. Teknik balutan dan anduh
4. Teknik mengusung
5. Teknik bantuan pernafasan (CPR)
6. Praktikal bantuan kecemasan

Dalam sesi praktikal, para pelatih diberikan situasi kemalangan dan jenis-jenis kecederaan yang perlu diberikan bantuan. Pelatih dibahagikan kepada tujuh kumpulan dan setiap kumpulan perlu menyelamatkan kesemua mangsa yang terlibat dalam situasi kemalangan.

Kesemua pelatih dinilai dan diberikan komen berdasarkan tindakan yang mereka lakukan bagi menyelamat dan berhadapan dengan situasi cemas.










Terima kasih kepada semua jurulatih yang sanggup membantu dan menjayakan KAPC walaupun didatangkan dari jauh, PULAPOL Muar, Johor.

Saturday, May 21, 2011

KEM JATI DIRI

Kem Jati Diri
Tarikh : 09hb Mei 2011- 13hb Mei 2011
Tempat : Kem Dusun Minda, Kuala Nerang, Kedah
Jumlah peserta : 76 orang

        Kami telah dibahagikan kepada 7 kumpulan kecil untuk menjalankan semua aktiviti yang dijalankan. Antara  aktiviti yang diadakan ialah pertandingan rempuh halangan, mara lasak, jungle trekking, team building, compass game, flying fox,persembahan kebudayaan,  dan banyak lagi. Tujuan kem ini dijalankan adalah untuk membentuk semangat jati diri dalam kalangan peserta. Selain  itu, peserta juga didedahkan dengan sikap tolak ansur, kerjasama, dan memupuk semangat setiakawan. Disamping itu , kem seperti ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara peserta, pegawai dan semua jurulatih.

          Perasmian penutup telah disempurnakan oleh ASP K/S Zolkifli Yaakub, Pegawai Latihan Luar Kor Suksis USM. Pengalaman yang tidak ternilai sepanjang kem ini dijalankan akan kami jadikan sebagai panduan hidup kami. Akhir sekali tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam kem ini.

                                     

                                         

                                           

                                         

                                       

antara aktiviti yang dijalankan...







sebelum berangakat ke destinasi perkhemahan....


penghulu kem....

peralatan perkhemahan...........................