HUBUNGI KAMI

HUBUNGI KAMI
PEJABAT PENTADBIRAN KOR SUKARELAWAN POLIS SISWA/SISWI (SUKSIS) USM

Bangunan L09, Universiti Sains Malaysia,
11800, Minden, Pulau Pinang.

Tel/Fax : 04-6534436

E-mel : suksisusm@yahoo.com.my

Blog : suksisusm.blogspot.com

COMMUNITY POLICING CAMPAIGN

Sunday, February 14, 2010

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT KOR SUKSIS USM.

Salam suksis bersatu...

Pada 16 hingga 20hb februari ini akan berlangsung program khidmat masyarakat kor suksis usm bersama penduduk kampung sungai pinang besar, Pulau Pangkor.. Program yang akan berlangsung selama lima hari ini bertujuan memberi pendedahan dan mendekatkan pelatih kor suksis usm dengan masyarakat.. Program suksis bersama masyarakat ini merupakan program wajib skuad senior sebelum mereka ditauliahkan kelak.. Berikut ialah tentatif program dan agenda yang akan dilaksanakan di sana..

HARI PERTAMA: 16/2/2010.
  • 0700Hrs  -  Berkumpul di padang kawad USM
  • 0710Hrs  -  Bertolak ke jeti Lumut.
  • 1100Hrs  -  Dijangka tiba di jeti Lumut.
  • 1200Hrs  -  Menaiki Feri untuk ke Pulau Pangkor.
  • 1300Hrs  -  Dijangka tiba di Pulau Pangkor.
  • 1400Hrs  -  Persiapan diri/solat/rehat.
  • 1500Hrs  -  Majlis perasmian Program Khidmat Masyarakat di Dewan Kg Sg Pinang Besar.
  • 1700Hrs  -  Penyerahan pelatih kepada keluarga angkat masing2.
  • 2000Hrs  -  Suai kenal dengan keluarga angkat masing2.
HARI KEDUA : 17/2/2010
  • 0730Hrs  :  Senam pagi (J-robik/Poco2)
  • 0830Hrs  :  Program gotong royong (masjid/dewan/sek agama)
  • 1400Hrs  :  Lawatan ke rumah orang tua(Program Bersamamu)
  • 2000Hrs  :  Program bersama Keluarga angkat masing2.
HARI KETIGA : 18/2/2010.
  • 0800Hrs  :  Kelas Bimbingan pelajar tahun 5&6 di S.K Sri Pangkor.
  • 1400Hrs  :  Sukan Rakyat(Futsal/bola jaring/tari tali/lari kayu etc) - dataran pangkor.
  • 2100Hrs  :  Ceramah Keibubapaan(penceramah: Prof Madya Dr Ishak Ramly-Timb komandan)
HARI KEEMPAT : 19/2/2010
  • 0730Hrs  :  Senam pagi (j-robik/poco2)
  • 0830Hrs  :  Program kemasyarakatan/lawatan ke tempat menarik sekitar Pangkor.
  • 1400Hrs  :  Aktiviti bersama Keluarga angkat(mancing/jalan2 nek bot etc)
  • 2100Hrs  :  Malam Kebudayaan (Dewan Kg. Sg. Pinang Besar)
HARI KELIMA : 20/02/2010.
  • 0800Hrs  :  Persiapan Diri(aktiviti bebas)
  • 1400Hrs  :  Persiapan untuk majlis penutup
  • 1500Hrs  :  Majlis Penutup Program( ACP/KS Prof Ahmad Shukri-Komandan suksis usm)
  • 1700Hrs  :  Bertolak pulang ke USM.
P/s: prgram ini disertai seramai 66 orang pelatih skuad senior bersama Penduduk kampung sungai pinang besar pulau pangkor... diharap program ini berjalan dengan baik dan lancar..

Sekian..Tegas, Adil dan Berhemah!!

 
selamat datang ke Pulau Pangkor!!!

Friday, February 12, 2010

Polis Pulau Pinang bakal ada Facebook

PULAU PINANG 11 Feb. - Polis Pulau Pinang akan mewujudkan laman web sosialnya, di Facebook, dalam usaha menjalin hubungan dengan orang ramai bagi memerangi jenayah.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, laman web Facebook itu adalah langkah alternatif pihaknya dalam meningkatkan komunikasi dengan orang awam untuk membanteras jenayah.
"Orang awam memainkan peranan penting dalam memerangi jenayah dan kita seharusnya berkongsi tanggungjawab untuk memastikan keselamatan di kawasan sekeliling kita," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

      Terdahulu, beliau mempengerusikan mesyuarat dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Imigresen negeri dan agensi lain yang berkaitan. "Kami harap dengan adanya rangkaian sosial itu akan membolehkan lebih ramai yang tampil untuk menjadi mata dan telinga polis," katanya.
Ayub berkata, Pulau Pinang dikenal pasti sebagai satu daripada empat kawasan panas dan pihaknya mensasarkan untuk mengurangkan 20 peratus jenayah jalanan menjelang akhir tahun ini.

     "Sejak sebulan lepas, kami berjaya mencatat penurunan 15 peratus kadar jenayah berbanding Januari tahun lepas," katanya. Beliau berkata, kewujudan polis di bawah kempen 'Ops Payung' berhasil mengurangkan kadar jenayah dan kebimbangan orang awam terhadap kemungkinan berlakunya jenayah di kebanyakan daerah di negeri ini. - BERNAMA

p/s: pas ni kita semua leh add polis penang lam fb k...suksis akan jadi mata n telinga polis dlm banteras jenayah..

bersama memerangi jenayah!!