Salam suksis bersatu...
Mulai tahun ini, semua kursus dan latihan asas kepolisan yang wajib dilalui pelatih Polis Diraja Malaysia (PDRM) di pusat latihan polis (Pulapol) seluruh negara akan dipendekkan kepada tiga bulan. Ini disebabkan, tempoh kursus dan latihan yang memakan masa enam bulan sebelum ini akan dipercepatkan bagi menampung keperluan PDRM mencapai penambahan 60,000 anggota polis. Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan, Datuk Mortadza Nazarene berkata, langkah mempercepatkan tempoh latihan itu selaras dengan usaha PDRM menyokong agenda utama kerajaan dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).
"PDRM melihat tidak timbul soal singkat atau pendek kerana kita akan memperkemaskan lagi kursus dan latihan sedia ada di seluruh Pulapol sepanjang tempoh tiga bulan itu. "Selain memantapkan pasukan, kaedah seperti 'bertugas dalam latihan' akan dipantau oleh para pegawai untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelatih berkhidmat secara tegas serta berhemah," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Konstabel Lelaki Siri 2/2009 di Pulapol Air Hitam di sini hari ini.
Majlis berkenaan dirasmikan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Koh Hong Sun dan turut dihadiri Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd. Rodwan Mohd. Yusof, Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Manan Mohd. Hassan dan Komandan Pulapol berkenaan, Supritendan Mud Shukri Jusoh. Sementara itu, Hong Sun berkata, pihaknya berharap lebih banyak penyertaan golongan bukan Melayu terutama Cina dan India dalam bidang kepolisan yang dianggap turut amat diperlukan dalam membantu beberapa perkara terutama berkaitan isu komunikasi.
"Sebagai contoh, di jabatan saya (JSJK), kita sememangnya mahu menambah bilangan anggota bagi memantapkan pengurusan dan hal ini telah dimaklumkan kepada Pulapol untuk tindakan selanjutnya," kata beliau.Pada sesi latihan kali ini, seramai 429 pelatih berjaya menamatkan latihan di pusat berkenaan yang bermula sejak Oktober lalu.
p/s: ini berita baik untuk kita semua..so kepada pelatih2 kor suksis yang berminat untuk menjadi pegawai polis boleh lah memohon sebab latihan dah disingkatkan..Alhamdulillah..memang terbaikk!!!! kita pun dah training 3tahun baru dapat I/SP..haha
sekian tegas adil dan berhemah
"saya anti rasuah"
HUBUNGI KAMI
PEJABAT PENTADBIRAN KOR SUKARELAWAN POLIS SISWA/SISWI (SUKSIS) USM
Bangunan L09, Universiti Sains Malaysia,
11800, Minden, Pulau Pinang.
Tel/Fax : 04-6534436
E-mel : suksisusm@yahoo.com.my
Blog : suksisusm.blogspot.com
Bangunan L09, Universiti Sains Malaysia,
11800, Minden, Pulau Pinang.
Tel/Fax : 04-6534436
E-mel : suksisusm@yahoo.com.my
Blog : suksisusm.blogspot.com
Sunday, February 28, 2010
Saturday, February 27, 2010
Program-program yang Melibatkan Kor SUKSIS USM
Untuk makluman, beberapa program telah dan akan berlangsung sepanjang bulan Februari dan Mac 2010 yang melibatkan pelatih Kor SUKSIS USM. Antaranya adalah seperti berikut:
2. Perasmian Kempen Rakan Trafik (KRT)
3. Hari Kokurikulum 2010
4. 6th Crimes and Policing Forum
5. Forum Bersama Pemimpin SPRM
6. Perjanjian Persefahaman (MoU) Antara USM dan Ketua Polis Negara
7. Temasya Sukan SUKSIS IPTA Zon Utara (SuTRA)
8. Temasya Olahraga Tahunan (TOT) kali ke-36
TEGAS, ADIL DAN BERHEMAH
KS30068 Abd Aziz bin A'zmi
- Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pulau Pinang 2010
- Tarikh : 26 Februari 2010
- Tempat : Padang Kota Lama/Dewan Sri Pinang
- Masa : 8-10 pg
- Penglibatan : Perarakan dan ceramah melibatkan Staf USM dan 10 pelatih Kor SUKSIS
2. Perasmian Kempen Rakan Trafik (KRT)
- Tarikh : 27 Februari 2010
- Tempat : Tapak ConvEx
- Masa : 9-11 pg
- Kenamaan : Timbalan Menteri Pengangkutan, Dato' Abdul Rahim Bakri
- Penglibatan : 20 pelatih Kor SUKSIS
3. Hari Kokurikulum 2010
- Tarikh : 3-4 Mac 2010
- Tempat : Dewan Budaya/Permatang Pelajar/Dataran Bintang
- Masa : 9.00 pg - 5.30 ptg
- Penglibatan : AJK Teknikal dan Fizikal (5 pelatih) , Pameran FRU (Persatuan), Persembahan T-Baton Malam Kebudayaan (15 pelatih)
4. 6th Crimes and Policing Forum
- Tarikh : 11 Mac 2010
- Tempat : Dewan Budaya
- Masa : 8.30 pg - 5.00 ptg
- Kenamaan : Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Seri Musa bin Tan Sri Hj Hassan
- Penglibatan : akan dimaklumkan kelak
5. Forum Bersama Pemimpin SPRM
- Tarikh : 6 Mac 2010
- Tempat : Dewan Budaya
- Masa : 8.30 - 11.00 mlm
- Penglibatan : 15 pelatih
6. Perjanjian Persefahaman (MoU) Antara USM dan Ketua Polis Negara
- Tarikh : 4 Mac 2010
- Tempat : Balai Persiban, Pusat Penagajian Seni
- Penglibatan : Beberapa pelatih Inter dan Junior sebgai pengiring para pegawai dan Tan Sri KPN
7. Temasya Sukan SUKSIS IPTA Zon Utara (SuTRA)
- Tarikh : 19-21 Mac 2010
- Tempat : Stadium Olahraga, Padang Minden, Dewan badminton
- Penglibatan : Semua pelatih (atlet dan urusetia)
8. Temasya Olahraga Tahunan (TOT) kali ke-36
- Tarikh : 26-28 Mac 2010
- Tempat : Stadium Olahraga
- Penglibatan : Kontinjen perbarisan, kawad formasi, urusetia dan atlet
Nota : Sebarang penambahan atau perubahan maklumat akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Penglibatan pelatih Kor SUKSIS yang menyertai sebarang program sama ada anjuran universiti atau mana-mana organisasi tidak melibatkan keseluruhan pelatih dan bergantung kepada arahan yang dikeluarkan daripada pihak pengurusan Kor SUKSIS USM (pejabat pentadbiran).
Sekian, sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada Sarjan Ismail Hashim.
TEGAS, ADIL DAN BERHEMAH
KS30068 Abd Aziz bin A'zmi
Subscribe to:
Posts (Atom)