HUBUNGI KAMI

HUBUNGI KAMI
PEJABAT PENTADBIRAN KOR SUKARELAWAN POLIS SISWA/SISWI (SUKSIS) USM

Bangunan L09, Universiti Sains Malaysia,
11800, Minden, Pulau Pinang.

Tel/Fax : 04-6534436

E-mel : suksisusm@yahoo.com.my

Blog : suksisusm.blogspot.com

COMMUNITY POLICING CAMPAIGN

Tuesday, March 23, 2010

SuTRA: Banyak Yang Telah Dipelajari, Banyak Yang Perlu Diperbaiki

Bermula dengan cakap-cakap kosong di kafeteria untuk menganjurkan sukan SUKSIS hinggalah Majlis Perasmian Penutup SuTRA 2010 di Stadium Olahraga, banyak pengajaran yang telah dipelajari dan ini merupakan pengalaman pertama yang sangat menarik untuk dikongsi bersama. 


Kisah kejayaan dan suka duka setiap kontinjen yang bertanding dalam SuTRA di USM sememangnya satu kenangan manis buat semua khususnya buat kontinjen Kor SUKSIS USM yang dinobatkan sebagai johan keseluruhan SuTRA Edisi Pertama ini. Daripada aspek pengurusan pula Kor SUKSIS USM juga mengambil kira semua perkara yang dilihat kurang memuaskan iaitu kelemahan-kelemahan yang timbul sepanjang berlangsungnya temasya ini. 

Bukan mudah untuk mengendalikan suatu acara berskala besar seperti ini tambahan pula ini merupakan acara kali pertama seumpamanya yang melibatkan Kor SUKSIS di Zon Utara. Wujudnya masalah dan kepincangan merupakan satu perkara yang normal dan sememangnya dari awal lagi pihak kami tidak mengharapkan penganjuran yang benar-benar berjaya kerana ini merupakan cubaan pertama Persatuan Kor SUKSIS USM menganjurkan acara terbesar sepanjang enam tahun penubuhannya di USM.


Segala permasalahan, kekurangan dan kelemahan diakui berpunca daripada pihak pengurusan kami sendiri dan sebenarnya kelemahan inilah yang memberikan kami pengajaran dan pembelajaran bagaimana untuk memastikan penganjuran sebarang aktiviti ataupun acara besar selepas ini lebih lancar dan berkesan. Walaupun segala persiapan telah dirancang sebaik mungkin tetapi masih ada beberapa perkara yang terlepas pandang ataupun terjadinya perkara-perkara yang di luar jangkaan.

Kesemua ini secara tidak langsung memberikan kami pengalaman dan harus bersedia sebagai pihak bertanggungjawab untuk menghadapi kritikan dan tentangan daripada mana-mana pihak. Masih banyak yang perlu dibaiki, sama-sama kita jadikan SuTRA akan datang sebagai acara yang lebih menarik dan sistematik agar memberikan kepuasan dan kenangan manis kepad Kor SUKSIS Zon Utara.

- Team SuTRA 2010

Monday, March 22, 2010

Tahniah! Kita Juara

Milik Kita

Kita Juara. Tahniah diucapkan kepada kontinjen Kor SUKSIS USM kerana telah menunjukkan prestasi dan pencapaian di luar jangkaan dengan mengungguli enam daripada tujuh acara yang dipertandingkan dengan memperoleh pingat emas manakala acara tarik tali juga diberi pujian hebat kerana turut menyumbang pingat perak. Kemenangan ini membolehkan KOR SUKSIS USM menjulang piala pusingan SuTRA sebagai juara keseluruhan yang pertama.

Penghargaan dan tahniah juga kepada kontinjen-kontinjen lain yang menyertai SuTRA atas semangat kesukanan yang tinggi di samping memeriahkan lagi temasya ini di USM. Harapan kami agar interaksi dan hubungan yang telah dimulakan ini dapat berterusan dan dimajukan lagi pada masa akan datang.

Jumpa lagi di Temasya SuTRA Edisi Kedua. Persoalannya....Di mana? 

** Sama-sama kita nantikan