HUBUNGI KAMI

HUBUNGI KAMI
PEJABAT PENTADBIRAN KOR SUKARELAWAN POLIS SISWA/SISWI (SUKSIS) USM

Bangunan L09, Universiti Sains Malaysia,
11800, Minden, Pulau Pinang.

Tel/Fax : 04-6534436

E-mel : suksisusm@yahoo.com.my

Blog : suksisusm.blogspot.com

COMMUNITY POLICING CAMPAIGN

Thursday, July 21, 2011

Majlis Perbarisan Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Kor SUKSIS IPTA Se-Malaysia Kali Ke-7 Tahun 2011

Setelah tiga tahun menjalani latihan asas kepolisan sepanjang di USM, akhirnya saat yang dinantikan tiba dan proses untuk menantikan hari tersebut amat mencabar ketahanan mental dan fizikal. 

Para pelatih yang akan ditauliahkan menjalani latihan kawad setiap hari tanpa hari berehat dan suasana yang dirasakan seolah-olah sedang menjalani latihan di PULAPOL.

USM terdiri daripada 12 lelaki dan 24 wanita (36 orang pelatih) beserta tiga pegawai dan kesemua  jurulatih. Turut menghadiri majlis ini ialah DSP/KS Prof. Madya Dr. Sundramoorthy, Ajutan dan ASP/KS Ahmad Zulman Mohd Zain, Pegawai Latihan Akademik Kor SUKSIS USM. 

Enam orang pelatih lelaki telah berjaya dipilih menyertai Kawalan Kehormatan manakala seorang pelatih lelaki dan seorang pelatih wanita terpilih untuk menjalani latihan sebagai pegawai detachment (pembawa pedang). Walaubagaimanapun, di peringkat akhir pemilihan, nasib tidak menyebelahi mereka berdua. Apapun, tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat, bertahan sehingga ke hari terakhir latihan.    
25 Jun : tiba di UTM 
26 Jun : berehat dan melawat sekitar JB
27 Jun - 8 Julai : Latihan kawad (kawalan kehormatan dan formasi detachment)
9 Julai : Raptai penuh
10 Julai : D-Day

Hari latihan (2 minggu)








 
  

 


Perbarisan Tamat Latihan (Padang kawad, UTM)


 










Penyampaian Sijil (Dewan Sultan Iskandar, UTM)








Tahniah untuk semua yang telah bergelar Inspektor/KS, setelah melalui susah payah dan cabaran menjalani latihan pentauliahan, inilah hasil yang layak diterima. Terima kasih kepada semua pegawai dan jurulatih sepanjang tiga tahun menjalani latihan di SUKSIS USM. 

Selamat maju jaya kepada skuad Senior yang baru, semoga terus gigih menempuh  tahun akhir latihan dan seterusnya menamatkan latihan di UNIMAS. 

Thursday, June 23, 2011

Latihan Pra Pentauliahan Skuad Senior 2010/2011

Tarikh: 23 Jun 2011 (Khamis)
Masa : 8.00 pg - 12.30 tgh, 2.30 - 5.00 ptg
Tempat: Padang kawad, USM
Bil. Pelatih: 35 orang

Bermula 20 Jun 2011 yang lalu Skuad Senior telah menjalani latihan kawad untuk Majlis Perbarisan Tamat Latihan dan Pentauliahan Pegawai Kor SUKSIS IPTA Malaysia yang akan berlangsung di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai kelak. 
Latihan kawad telah berjalan selama empat hari dan pada tarikh  hari ini , pelatih Skuad Senior yang akan ditauliahkan tidak lama lagi telah diarahkan untuk menjalani latihan dengan berpakaian lengkap seperti majlis sebenar yang akan berlangsung nanti. 
Walaupun latihan baru berjalan selama empat hari, banyak peningkatan telah dipamerkan dan latihan kawad akan diteruskan lagi selama dua minggu di UTM selepas ini. 

Pada 25 Jun 2011 (Sabtu) Skuad Senior akan bertolak ke UTM, Skudai, Johor Bahru untuk menjalani latihan bersama rakan-rakan pelatih Kor SUKSIS dari 20 buah IPTA. 
Berikut disertakan beberapa gambar yang sempat dirakamkan sekitar jam 3.00 petang tadi...
          





Perkembangan latihan kawad dan Majlis Perbarisan Tamat Latihan dan Pentauliahan Pegawai Kor SUKSIS IPTA Malaysia akan dikemaskini dari masa ke masa.