HUBUNGI KAMI

HUBUNGI KAMI
PEJABAT PENTADBIRAN KOR SUKARELAWAN POLIS SISWA/SISWI (SUKSIS) USM

Bangunan L09, Universiti Sains Malaysia,
11800, Minden, Pulau Pinang.

Tel/Fax : 04-6534436

E-mel : suksisusm@yahoo.com.my

Blog : suksisusm.blogspot.com

COMMUNITY POLICING CAMPAIGN

Sunday, June 2, 2013

SUKSIS ANNUAL GRAND DINNER & MAJLIS PERPISAHAN

Tanpa disedari semester II bagi sidang 2013/2013 telah hampir ke penghujungnya. Pada 30 Mei 2013 telah diadakan annual grand dinner di Hotel Eastin Penang. Sinonim dengan itu, majlis ini bagi meraikan skuad senior yang akan mengakhiri latihan sebagai pelatih Kor Suksis USM. Antara VIP yang hadir memeriahkan majlis ialah Dato' Ahmad Shukri Mustapa Kamal, Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa. 

Antara aturcara yang dijalankan ialah, persembahan daripada skuad senior, inter dan junior, cabutan bertuah, penyampaian hadiah kepada pelajar yang mendapat anugerah dekan, pelatih terbaik dan tidak lupa kepada King & Queen bagi majlis makan malam ini. Majlis berakhir dengan pemberian cenderamata kepada VIP oleh pengarah projek.

Ucapan Dato' Ahmad Shukri

Meja hidangan VIP

Semasa esi cabutan bertuah dijalankan

Pegawai penyelaras,Tuan Abdul Ghani dan jurulatih senior Cik Man
bersama-sama pelatih skuad senior

Majlis meraikan skuad senior
Akhir kata, diucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada skuad senior yang telah mengakhiri latihan mereka dan selamat maju jaya pada masa hadapan.

Saturday, April 6, 2013

Sukan SUKSIS Zon Utara (SUTRA) 2013 di UPSI

Bertempat di Kompleks Sukan Sultan Abdul Jalil dan Kompleks Sukan Sultan Azlan Syah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), telah diadakan Sukan SUKSIS Zon Utara (SUTRA) pada 23 Mac 2013 yang disertai oleh anggota Kor Suksis Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang dan Universiti Utara Malaysia (UUM). 

Antara acara yang dipertandingkan ialah bola sepak, futsal wanita, bola baling lelaki/wanita, bola tampar lelaki/wanita, bola jaring, badminton, double discipline dan sepak takraw. Juara keseluruhan telah disandang oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), tempat kedua ialah Universiti Utara Malaysia (UUM), tempat ketiga Universiti Teknologi Mara (UiTM), tempat keempat Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). USM telah merangkul 3 pingat emas,2 pingat perak dan 4 pingat gangsa.USM telah menjadi johan bagi perlawanan bola jaring, double disiplin wanita dan badminton. 

Berikut adalah sekitar gambar semasa perlawanan berlansung.