HUBUNGI KAMI

HUBUNGI KAMI
PEJABAT PENTADBIRAN KOR SUKARELAWAN POLIS SISWA/SISWI (SUKSIS) USM

Bangunan L09, Universiti Sains Malaysia,
11800, Minden, Pulau Pinang.

Tel/Fax : 04-6534436

E-mel : suksisusm@yahoo.com.my

Blog : suksisusm.blogspot.com

COMMUNITY POLICING CAMPAIGN

Tuesday, September 29, 2009

Kawad Komandan

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam suksis bersatu.

Untuk pengetahuan warga SUKSIS USM, sila ambil perhatian. Kawad Komandan akan diadakan pada ketetapan berikut:

                              Tarikh   : 3 Oktober 2009 (Sabtu)
                              Masa    : 6.30 pagi
                              Tempat : Padang Kawad
                              Pakaian : Uniform penuh

Sehubungan itu, semua pelatih dikehendaki siap sedia dan berada di tempat yang sepatutnya pada waktu yang telah ditetapkan. Sila pastikan pakaian, aksesori dan segala kelengkapan kawad anda berada dalam keadaan paling baik. Semua pegawai kehormat dan jurulatih akan turun padang pada hari berkenaan.

Kegagalan untuk hadir atau lewat atau sebarang kesalahan akan diambil tindakan oleh para jurulatih.

Sekian, harap maklum.    

Sunday, September 27, 2009

Kembali Ke USM

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam SUKSIS bersatu...

Ramai antara kita sudah selamat pulang semula ke kampus setelah seminggu bercuti di kampung halaman menyambut kemeriahan syawal 1430H.

Masing-masing mungkin masih dalam mood berhari raya, tetapi semangat untuk meneruskan pengajian dan menjalani latihan suksis jangan diketepikan. Ada yang pulang awal dan mungkin juga ada rakan kita yang terpaksa pulang lewat ke kampus kerana menghadapi masalah di luar jangkaan.

Apapun, kita perlu "bersedia untuk tidak bersedia" dengan cabaran yang mendatang. Tidak kiralah dalam hal akademik mahupun persatuan SUKSIS kita. Yang pasti selepas ini, banyak lagi program dan aktiviti yang bakal kita lalui. Sebagai salah seorang anggota Kor SUKSIS kita harus memberi sokongan, bantuan dan kerjasama dalam setiap aktiviti agar ia berjalan lancar dan memberi manfaat kepada semua pihak.

Selamat kembali ke USM. Teruskan agenda perjuangan. Bekerja bukan kerana nama, tetapi bekerja dengan ikhlas demi 'menghidupkan' nama SUKSIS USM.

   

Wednesday, September 16, 2009

Selamat Menyambut Hari Lebaran, Maaf Zahir dan Batin

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam SUKSIS bersatu...

Bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak sampai seminggu lagi, Persatuan Kor SUKSIS, pihak pengurusan serta Pegawai Kehormat SUKSIS USM mengucapkan Selamat Menyambut Hari Lebaran, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh warga SUKSIS IPTA seluruh Malaysia khususnya warga SUKSIS USM.


Selamat pulang beraya ke kampung halaman masing-masing, semoga perjalanan kita semua selamat dan dapat berhari raya bersama keluarga tercinta. Kepada yang tidak pulang ke kampung, mungkin ini merupakan satu pengalaman beraya di tempat orang. Apapun, sambutlah dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan.

Kepada semua teman, kawan, rakan, sahabat handai, para jurulatih, pihak pentadbiran dan para pegawai kehormat....sepuluh jari disusun memohon maaf atas segala kesilapan, keterlanjuran sama ada sengaja atau yang tidak disengajakan. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. 

Tuesday, September 15, 2009

Akhirnya...Majlis Iftar Jama'i dan Solat Tarawih SUKSIS Berjalan Lancar

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam SUKSIS bersatu...
Akhirnya, selesai sudah satu majlis yang telah lama dirangka untuk warga SUKSIS USM. Majlis Iftar Jama'i dan Solat Tarawih telah diadakan dan kelihatan ianya berjaya dan berjalan lancar.
Dalam majlis ini, Buletin Pertama Edisi Ogos 2009 dan Laman Web Rasmi KOR SUKSIS USM turut dilancarkan oleh Komandan, Prof. Ahmad Shukri bin Mustapa Kamal sebagai satu lagi pembaharuan yang dibawa dalam Persatuan SUKSIS USM. Semua dijemput untuk mengintai-intai dan menjenguk-jenguk laman web baru kita di alamat http://www.suksisusm.com.my/.
Satu lagi pembaharuan yang dibawakan ialah mengenai konsep majlis ini. Kali pertama kita melihat Komandan, Timbalan Komandan dan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) makan bersila di atas lantai bersama-sama para jurulatih dan pelatih-pelatih Kor SUKSIS. 
Dari kiri: Insp/KS Hasbi (mantan SUKSIS 1st batch); YDP MPP, Sdr. Muhammad Shafiq Abdul Aziz; Komandan, Prof Ahmad Shukri; Timbalan Komandan, Prof Madya Ishak Ramly.
Majlis ini juga turut menyediakan pentas ala-ala Akademi al-Quran...dan menjemput Qari negeri Pahang. Tak percaya? tengok la kat bawah ni...
Haaa...inilah dia 'Qari negeri Pahang' yang tak payah dijemput, dy sendiri nak berposing di atas stage....cehh...lakonan semata-mata...
berikut gambar-gambar sepanjang majlis Iftar Jama'i dan Solat Tarawih berlangsung...
Skuad Leader Inter, Ahmed Fauzan Ahmed Kamal dan YDP Kor SUKSIS, Abd Aziz A'zmi bersama kepingan-kepingan Buletin yang diceraikan untuk simbolik perasmiannya.
Ayahanda Komandan SUKSIS USM, Prof Ahmad Shukri Mustapa Kamal yang terus bergegas ke majlis dari pejabatnya hingga tak sempat nak tukar pakaian. Terima kasih prof kerana meluangkan masa hingga ke akhir majlis.
Wajah-wajah pelatih junior wanita...
Yang berbaju Melayu biru muda tu Sdr Najib. Dia la yang paling banyak berusaha untuk menyiapkan laman web SUKSIS USM. Kalau takde dia takde la laman web kita. Tahniah atas usaha anda, Najib.
Ini gambar spontan dua orang jejaka senior kita. En. Amirul yang sedang 'membaham' ayam dan En. Hazwan...sempat plak dia pandang kamera....
Gambar-gambar lain akan di 'up load' dalam jangka masa terdekat..jadi, teruskan layari laman blog ini.

Monday, September 14, 2009

BERITA GEMBIRA KEPADA SKUAD SENIOR!!!!

         SUKACITA DIMAKLUMKAN DENGAN GUMBIRANYA DAN BAHAGIANYA BAHAWA ELAUN BAJU UNIFORM BAGI SKUAD SUKSIS TELAH SELAMAT MASUK KE DALAM AKAUN KORANG MASING2...HEHEHEH DENGAN JUMLAH ELAUN SEBANYAK RM200 DIHARAP DAPAT MEMBANTU KITA SEDIKIT SEBNYAK DLAM MEMBUAT PERSIAPAN MENYAMBUT HARI RAYA..HEHEH.. DA DPT DUIT JANGAN BOROS PLAK YEE...



      UNTUK MAKLUMAN JUGA, JUMLAH JAM KREDIT MAKSIMUM UNTUK LATIHAN SEPANJANG BULAN 8 SKUAD SENIOR ADALAH SEBANYAK 52 JAM BERSAMAAN DENGAN RM208. KLAU KURANG DARI RM208 YANG KORANG DPT BERMAKNA KORANG X DTG LATIHAN LAH..HEHEHEEHE   SEKIAN


P/S: peh seronok nya dpt duit..doa ku termakbul..alhamdulillah...:)

Majlis Iftar Jama'i dan Solat Tarawih Kor SUKSIS USM

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Mohon perhatian...

Majlis berbuka puasa Kor Suksis USM akan diadakan seperti ketetapan berikut:

                          HARI           : Isnin

                          WAKTU      : 6.00 petang - 10.00 malam

                          TEMPAT     : Dewan Utama Pelajar (Dewan Peperiksaan A dan B) 
                          PAKAIAN   : Baju Kebangsaan

Berikut merupakan tentatif program...
  
5.15 pm : Para pelatih mengambil tempat

5.30 pm : Bacaan Al-Ma'thurat

6.00 pm : Ketibaan Pegawai Kehormat dan Tetamu Jemputan

6.15 pm : Bacaan ayat suci al-Quran

6.45 pm : Ucapan alu-aluan oleh Pengarah Projek dan VIP

7.00 pm : Pelancaran Laman Web dan Buletin Rasmi Kor Suksis

7.15 pm : Penyampaian cenderahati

7.20 pm : Laungan azan

7.23 pm : Berbuka puasa
                solat maghrib berjamaah

8.45 pm : Solat Isyak
                Solat tarawih (lapan rakaat)
                solat witir (tiga rakaat)

9.50 pm : Pemberian moreh

10.15 pm : Bersurai
 
Diharap semua warga KOR SUKSIS USM dapat hadir bagi memeriahkan lagi majlis ini. Semoga kehadiran semua dapat  mengeratkan lagi silaturrahim antara kita. Bagi pelatih bukan Islam, dijemput hadir selepas solat maghrib.



Harap Maklum.....Terima Kasih.

Saturday, September 12, 2009

Selamat Ulangtahun Kelahiran Komandan Kor SUKSIS USM

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam SUKSIS bersatu....

Untuk pengetahuan semua anggota SUKSIS, hari ini (12 September 2009) merupakan ulangtahun kelahiran Komandan kita, Prof. Ahmad Shukri Mustapa Kamal yang ke-50. Pihak persatuan telah mengambil inisiatif menghantar kad ucapan untuk beliau di Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa. Terima kasih kepada Sdr. Jefriazizul yang juga merupakan Naib Yang Di Pertua II kerana sempat menyiapkan design kad ucapan untuk Komandan kita.



Untuk makluman, satu sambutan kecil-kecilan meraikan ulangtahun kelahiran beliau akan diadakan serentak bersempena dengan Majlis Iftar Jama'i Kor SUKSIS USM pada hari Isnin ini (14 Sept. 2009). semoga semua dapat hadir dan memberi sokongan...

Kami warga Kor SUKSIS USM mengucapkan semoga Prof. terus berjaya dan diberikan kekuatan, kesejahteraan serta barakah dalam kehidupannya....

Majlis mengacau bubur lambuk amal......

salam ramadhan salam aidilfitri...



     pada tarikh 11 september 2009 iaitu pada hari jumaat, desasiswa aman damai iatu tempat anggota kor suksis usm menginap telah mengadakan satu majlis mengacau bubur lambuk amal bersama pihak pengurusan aman damai dan mpdad.. pada majlis ini semua penghuni aman damai termasuk anggota kor suksis telah diberikan bubur lambuk sorang semangkuk.. usaha ini harus dipuji kerana di bln ramadhan yang mulia ni adalah amat baik  untuk melakukan amal terutama memberikan juadah kepada orang ramai...




     terima kasih diucapkan kepada pengurusan aman damai dan mpdad kerana telah menyediakan bubur lambuk yang meemng sedap dan best tu, x cukup semangkuk sya makan semalam. rasa nnak lagi dan lagi..hehehe apa2 pun kepada anggota kor suksis jgn lah risau atau mengidam nak makan bubur lambuk ni.. kerana menurut para jurulatih kor suksis usm, mereka akan meng'sponsor' bubur lambuk sempena majlis berbuka puasa suksis usm yang akan diadakan pada hari isnin ini.. hahaha sedap wei bubur yang jurulatih masak.. macam semester lepas mmg sedap giler bubur nya.. hahaha x sangka jurulatih usm ni mmg pandai masak... nnti jamuan raya kami nak laksa lagi yee jurulatih semua..mmg sempoi!!!!! :)

p/s: bubur lambuk ni mmg sedap, bkn sng nak jumpa.. time bln pose ni je blh makan...mmm sedapnya!!!!!

Friday, September 11, 2009

Mesyuarat Antara Pengurusan Persatuan Bersama Wakil Senior dan Junior

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam SUKSIS Bersatu...

Satu Pertemuan telah diadakan antara Pengurusan Persatuan dan Wakil-wakil Skuad Senior dan Junior pada 10 Sept 2009 bertempat di Bilik Mesyuarat Desasiswa Aman Damai. Antara yang hadir ialah anggota Majlis Tertinggi Persatuan Kor SUKSIS, AJK Majlis Iftar Jama'i 2009, Wakil Senior, Fifi Safia Adnan, Juliah Omar dan Shahrul Hanafi manakala Skuad Junior diwakili oleh Penghulu dan Penghulunitanya, Zaki Omar dan Sukinah Saad. Turut diundang, Mariati Bachok selaku wakil Super Senior yang telah ditauliahkan.  

Tujuan Pertemuan diadakan bagi memberi penerangan mengenai Majlis Iftar yang akan diadakan di samping pembentangan bajet projek oleh Pengarah Projek, AinFikri Ngassri. Dalam pertemuan tersebut juga mereka yang hadir melakukan perbincangan secara terbuka mengenai beberapa masalah yang wujud sepanjang mengendalikan projek ini. Terdapat juga perdebatan hangat antara skuad mengenai isu kepimpinan persatuan dan konsep senioriti dalam unit beruniform. 
Walaubagaimanpun, kesemua yang hadir sepakat untuk menamatkan perselisihan dengan kata putus untuk menerima corak pengurusan persatuan yang berbeza apabila bertukar tampuk kepimpinan.
Seterusnya perbincangan antara wakil Skuad Inter dan Junior mengenai program dan aktiviti yang dirangka dan akan dilaksanakan pada masa akan datang. Walaupun hanya diperingkat cadangan oleh Timbalan Komandan, Prof Ishak Ramly, namun komitmen yang ditunjukkan oleh mereka yang bermesyuarat sangat baik dan mereka bersetuju untuk mewujudkan jawatankuasa pelaksana yang melibatkan semua skuad. 
Perjumpaan tamat kira-kira jam 12.30 tengah malam. Sekalung penghargaan kepada semua yang hadir pada malam tersebut. Terima kasih... 

FOR YOUR INFORMATION....

 
 

Najib nasihat pelajar universiti berhati-hati di jalan raya

Haiii semuaaaa.......

sempena hari raya yang menjelang tiba ini, PM kita nak bg nasihat sikit kat korang2 semua...hahaha
    Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan golongan muda dan pelajar universiti supaya mengutamakan keselamatan semasa berada di jalan raya terutama ketika menuju ke destinasi masing-masing menjelang Aidilfitri ini.
    Perdana Menteri berkata, kumpulan tersebut yang merupakan aset penting masa depan negara, perlu memastikan tahap keselamatan mereka sentiasa diberikan keutamaan.
"Menjelang Hari Raya tidak lama lagi, adalah menjadi harapan saya agar semua pemandu terutamanya pemandu kenderaan awam dan penunggang motosikal memberikan keutamaan terhadap keselamatan sewaktu di jalan raya ketika menuju ke destinasi masing-masing.
"Kepada generasi muda dan para pelajar di institusi pengajian tinggi, ingatlah anda adalah aset penting masa hadapan negara," katanya.
    Najib berkata demikian dalam rakaman video pesanan ringkas beliau sempena program khas 'Mesej Daripada Perdana Menteri' sempena Hari Raya Aidilfitri 2009 di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini hari ini yang disempurnakan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Sebelum mengakhiri pesanan itu, Najib juga menyampaikan pantun empat kerat yang berbunyi:

Satu Malaysia Bersatu Padu,
Bersatu Padu Penuh Semangat,
Pesanan Saya Buat Pemandu,
Pandu Cermat Jiwa Selamat.


p/s: so kpada anggota2 kor suksis yg balik nek moto kete or bas berhati2 lah di jalan raya k.. jgn jadikan raya ni raya terakhir anda.. ingatlah orang tersayang... lepas raya kita boleh jmpa lagiiiii!!!!!!!!!
 (sumber:utusan malaysia)

Thursday, September 10, 2009

Merebut Lailatul Qadar di 10 Malam Terakhir

salam ramadhan.....

Rasanya mmg da lambat nak ucap salam ramadhan..hahaha.. sedar x sedar kita dah sampai ke ramdhan yg ke 20.. ini bermakna kita tinggal 10 hari je lagi nak berpuasa.. minggu depan bermulalah aktiviti2 semua anggota kor suksis mengangkut beg2 mereka utk pulang ke kampung halaman masing2..hahaha apa2 pun dalam kita berpuasa dan x sabar nak tgu raya ni kita jgn lupa yee pada kelebihan 10 malam terkahir di bulan ramadan ni.. yang paling penting ialah mencari lailatur qadar.. di sini saya coretkan sedikit tntg kelebihan 10 malam terakhir di bulan ramadhan ni....semoga hidup kita lebih diberkati..amin...


“Di malam itu (Lailatul Qadr) malaikat dan ruh turun dengan izin Tuhan mereka…” (Al-Quran). Pernah di malam itu Al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz ke langit dunia, Baitul Izzah. (Foto pertama bumi dari angkasa lepas oleh Yuri Gagarin, 1969).
Ramadan 1429H/2008M semakin berakhir. Mukmin sejati semakin menggiatkan ibadah mereka khususnya di seluruh 10 malam terakhirnya, yakin pahala di salah satu dari malam-malam tersebut digandakan pahalanya sebanyak ibadah yang sama dikerjakan selama 1000 bulan! Itulah malam Lailatul Qadar. Pada 10 malam tersebut, demi berebut untuk mendapatkannya, Rasulullah saw mengasingkan dirinya dari isteri-isterinya, beriktikaf di dalam Masjid Nabawi, beribadah dan bermunajat kepada Allah swt sambil diikuti oleh para Sahabat ra.
Firman Allah swt bermaksud, “Sesungguhnya Kami menurunkan (Al-Quran) dalam malam Lailatul Qadr. Tahukah kamu apa itu malam Lailatul Qadr. Malam Lailatul Qadr lebih baik dari 1000 bulan. Malaikat dan ruh turun pada malam itu dengan izin Tuhan mereka dalam semua urusan. Salam (sejahtera) malam tersebut hingga naik fajar” (Al-Quran).
Di antara ibadah-ibadah yang boleh dilakukan semasa Qiyamullail di malamnya dan Iktikaf di siangnya ialah puasa fardhu, berbuka, solat Tarawih, tilawah Al-Quran, berdoa, zikir, istighfar, memuhasabah diri, merancang untuk amalan diri, keluarga dan Dakwah dan sebagainya.
Beberapa tips dalam merebut pahala dan kelebihan malam Lailatul Qadr :
  1. Bersedia untuk merebutnya dari sekarang terutama di segi keyakinan, kesungguhan merebut peluang tahunan ini dan merancang kalendar harian agar mengosongkan 10 malam-malam terakhir tersebut untuk tujuan itu semata-mata, tidak untuk kesibukan lain.
  2. Memahami bahawa dimana jawatan, kedudukan dan kesibukan  kita di dunia ini, tujuan utama manusia dijadikan ialah untuk beribadah kepada Allah swt dengan penuh keikhlasan, bersedia untuk “Hari (Akhirat) yang tiada gunanya lagi harta dan anak-anak, melainkan orang yang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera” (Al-Quran).
  3. Putuskan dari sekarang masjid mana yang akan kita gunakan untuk Iktikaf, siang dan malam, samada sebahagian atau 24 jam sehari. Pastikan AJK masjid tersebut memahami ibadah Iktikaf dan Qiyamullail 10 Malam terakhir agar tidak berlaku masalah pengurusan dengan mereka yang tidak memahaminya.
  4. Dapatkan teman agar sama-sama dapat melakukan ibadah tersebut secara berjemaah.
  5. Jika anda bekerja di bawah majikan, kenalpasti hari-hari yang akan dimohon cuti agar dapat lebih hari untuk beriktikaf di masjid. Jika anda tidak dapat mengambil cuti kerja, anda boleh cuba beriktikaf di masjid sepenuhnya dalam cuti hujung minggu pada hari Sabtu 27/9/2008 dan Ahad 28/9/2008.
  6. Jika anda seorang pelajar, cuba habiskan kerja-kerja rumah atau assignment dari sekarang agar tidak tertimbun pada 10 malam terakhir Ramadan. Beli tiket balik kampung lebih awal agar tidak disibukkan mencari tiket nanti.
  7. Bersedia untuk Aidil Fitri lebih awal, sebelum 10 Malam Terakhir, agar kita tidak disibukkan nanti dengan membeli belah, memasang langsir, membuat kuih muih, menyiap atau menjahit pakaian Raya dan sebagainya seperti yang sering berlaku pada ramai orang yang kurang memahami dan menghayati kelebihan 10 malam terakhir Ramadan.
  8. Memahami bahawa asas perubahan ke arah kebaikan pada seseorang bahkan pada sesebuah umat ialah pembaikan jiwa yang ada di dalam diri masing-masing. Madrasah 10 Malam Terakhir Ramadan yang bakal dilalui boleh turut membantu mencapai ke arah perubahan tersebut.
Semoga Allah mengurniakan ketaqwaan kepada kita setelah menjalani ibadah di bulan Ramadan ini. Kita keluar darinya nanti dengan beroleh rahmah, keampunan dan selamat dari api neraka. Ameen.

Lirik lagu tegas adil dan berhemah...

Tegas,adil dan berhemah
Ikrar pasukan bermaruah
Sentiasa sepakat mengatur langkah
Pertahan bumi bertuah

Dibawah naungan DiRaja
Lambang Kedaulatan nusa dan bangsa
Sumpah Setia Khidmat untuk negara
Pengaman adil saksama

Berkorban demi pertiwi
Kepada rakyat dicurah bakti
Berjiwa murni berintegriti
Berhemah tinggi

Berkorban demi pertiwi
Kepada rakyat dicurah bakti
Berjiwa murni berintegriti
Berhemah tinggi
Sedia curah bakti
Perwira paksi pertiwi

Tegas,adil dan berhemah
Ikrar pasukan bermaruah
Sentiasa sepakat mengatur langkah
Pertahan bumi bertuah

P/S: So kepada semua anggota kor yang x hafal lagi lagu nih leh lah menghayati lirik lagu nih yee... hahaha aku pun xtahu cmane nak nyanyi..sbo je lah...hahha

Wednesday, September 9, 2009

Majlis Berbuka Puasa Bersama Timbalan Perdana Menteri

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam suksis bersatu....

Satu penghormatan apabila Kor SUKSIS dijemput untuk meghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Timbalan Perdana Menteri dan Pemimpin IPT se-Malaysia di Dewan Merdeka, PWTC Kuala Lumpur pada 8 September 2009. Tiga pemimpin Kor SUKSIS telah memenuhi jemputan tersebut iaitu Yang Dipertua, Sdr. Abd Aziz A'zmi, Penghulu Skuad Inter, Sdr, Ainfikri Ngassri dan Skuad Leader Skuad Inter, Sdr. Ahmed Fauzan Ahmed Kamal. Turut serta termasuklah seorang wakil wanita skuad Junior, Sdri. Nurul Atikah Halimi yang merupakan ahli 'Sahabat MPP' dijemput sendiri oleh Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar, Sdr. Shafiq Abd Aziz.


Majlis ini menghimpunkan pemimpin-pemimpin pelajar dari semua IPTA/IPTS untuk mendengar amanat, dan berdiskusi bersama TPM. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato' Mustapha Mohamed, Menteri Pengajian Tinggi , Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin dan Timbalannya, Dato' Saifuddin Abdullah.
USM juga menghantar pemimpin-pemimpin pelajar yang terdiri daripada Anggota Majlis Tertinggi (MT) dan Exco MPP dan setiap Majlis Penghuni Desasiswa (MPD) dan SUKSIS (tak pasal2 dijemput). Berikut beberapa gambar yang sempat diambil ketika mereka berada di majlis tersebut...


Team USM pulang semula ke kampus selepas selesai berbuka puasa dan tiba pada jam 4.30 pagi...

Monday, September 7, 2009

BTN Skuad Senior 2009 - Balik Pulau

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam suksis bersatu...
Khusus untuk Skuad Senior, memandangkan anda tidak dibenarkan mengambil sebarang gambar, maka di sini kam siarkan gambar-gambar ketika Skuad Senior menjalani kursus BTN yang diperoleh daripada sumber yang dipercayai...peace..
Ini sahaja gambar-gambar yang sempat di 'upload' sepanjang tiga hari mereka berada di sana. sekurang-kurangnya ada juga gambar kenang-kenangan...