Majlis Makan Malam Kor
Suksis bertemakan Love is in The Air
merupakan aktiviti kemuncak yang
dilaksanakan oleh Persatuan
Kor Suksis sidang 2011/2012. Tujuan aktiviti ini
ialah untuk
memberi ruang kepada ahli bagi mengenali antara satu sama
lain
secara lebih dekat di dalam persekitaran yang harmoni,
di samping dapat
memupuk semangat kekeluargaan dan sifat
kecintaan kepada organisasi serta
mearaikan pelatih tahun akhir
yang bakal ditauliahkan tidak lama lagi.
Pada tahun ini, majlis makan malam telah diadakan
pada hari
Ahad,27 Mei 2012 bertempat di Evergreen Laurel Hotel,
Gurney, Pulau Pinang. Majlis yang bermula jam 8.00 malam
telah diserikan lagi dengan kehadiran pegawai, jurulatih dan
pelatih Kor Suksis USM.
Secara keseluruhan Majlis
Makan Malam ini telah dianjurkan
dengan jayanya. Pihak Jawatankuasa memohon
ribuan maaf
atas segala kelemahan yang ada, namun berasa berbangga
kerana sambutan yang amat menggalakkan dan gembira
dapat berjumpa dengan rakan lain
serta berjaya pulang
dengan satu kenangan yang menarik dan hadiah yang
istimewa. Ucapan terima kasih juga dirakamkan kepada
semua penyumbang yang
telah memberi sumbangan
tenaga/kewangan/barangan secara langsung atau tidak
langsung untuk menjayakan Majlis Makan Malam Persatuan
ini.
|
senior |
king of the night |
king and queen |
pengarah projek |