HUBUNGI KAMI

HUBUNGI KAMI
PEJABAT PENTADBIRAN KOR SUKARELAWAN POLIS SISWA/SISWI (SUKSIS) USM

Bangunan L09, Universiti Sains Malaysia,
11800, Minden, Pulau Pinang.

Tel/Fax : 04-6534436

E-mel : suksisusm@yahoo.com.my

Blog : suksisusm.blogspot.com

COMMUNITY POLICING CAMPAIGN

Saturday, October 15, 2011

Lawatan ke Unit Simpanan Persekutuan (FRU) 3

Tempat : Pusat Unit Simpanan Persekutuan 3, Ayer Hitam, Pulau Pinang.
Tarikh: 15 Oktober 2011
Masa : 9.30 pagi – 12.30 tengah hari

Pelatih skuad Senior Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi seramai 54 pelatih lelaki dan wanita telah mengadakan lawatan ke pusat Unit Simpanan Persekutuan (FRU) No 3 bersama penolong pegawai penyelaras Kor Suksis USM, Ins. Ibrahim serta beberapa orang jurulatih. Kehadiran skuad senior Kor Suksis telah diraikan oleh anggota dan pegawai FRU di padang kawad FRU.
 Lawatan ini bertujuan untuk memberikan informasi serta memberikan pengetahuan baru kepada pelatih suksis mengenai gerak kerja pasukan ini yang telah dikenali sebagai pasukan pengaman apabila berlaku rusuhan atau perhimpunan haram. Antara aktiviti yang telah dijalankan dalam lawatan ini ialah persembahan kawad trop oleh pasukan FRU, demonstrasi kenderaan water canon, pameran serta berpeluang untuk mencuba pakaian bertempur FRU sendiri.











Friday, October 14, 2011

Majlis Perjumpaan Bersama Komandan dan Hari Interaksi Suksis 2011/2012

Tempat : Desasiswa Indah Kembara, Desasiswa Aman Damai, Padang Kawat, USM
Tarikh : 08 Oktober 2011
Masa : 6.30 pagi - 12.00 malam

Persatuan KOR SUKSIS USM sidang akademik 2011/2012 telah mengadakan Majlis Perjumpaan Bersama Komandan dan Hari Interaksi Bersama Pelatih bertujuan untuk meneruskan tradisi setiap kali kemasukan sidang akademik yang baru. Selain daripada itu amalan menyambut kedatangan pelatih  baru yang terdiri daripada para siswa-siswi tahun pertama  supaya lebih mengenali dengan keluarga KOR SUKSIS yang sedia ada dapat memupuk sikap mesra dan kerjasama dalam kalangan KOR SUKSIS itu sendiri. 
Antara objektif aktiviti ini diadakan adalah untuk menjalinkan hubungan yang erat antara pelatih baru dengan pelatih yang sedia ada, memperkenalkan barisan Kehormat, pegawai dan jurulatih KOR SUKSIS,  memupuk semangat bekerjasama antara pelatih dalam setiap aktiviti yang dijalankan, dan     melatih disiplin diri dalam sikap ahli.









skuad senior

skuad intermidiate 

skuad junior 





barang amanah...










pertandingan kawat..










riadah












malam kebudayaan