Pada hari selasa lepas iaitu bersamaan 10hb november, satu ekspedisi mendaki bukit jambul telah diadakan. Dengan suasana pagi yang indah dan mendamaikan hati, kicauan burung dan unggas memecahkan sunyi pagi hari.. Dengan langkah yang berani dan berkobar2, 3 orang jurulatih iaitu en aziz, en rosli dan en nan serta 4 orang pelatih iaitu mirul,aziz,fauzan dan ainfikri telah mendaki gunung tersebut dgn harapan utk berjumpa puteri bukit jambul di puncak mahligai sana..huhuhu
teruna2 yang kepingin bertemu puteri bukit jambul(hehe)
Langkah kami bermula dengan gaya akrobatik yang ditunjukkan oleh en nan kpada kami.. Malangnya, akibat tersilap langkah en nan tergolek jatuh dari bukit tersebut.hahaha(kami gelak ngan kuat).. namun, atas semangat suksis kami teruskan pendakian menuju puncak yang dihajati.. langkah demi langkah diaatur dengan penuh kekuatan agar tidak pancit di tengah jalan.. (ada jgk yg mengah..hehe)
akhirnya, dalam masa tak sampai setengah jam pun kami semua selamat sampai di puncak bukit jambul..malangnya puteri yang dicari tak ditemui, cuma ada uncle je yang tengah masak air kat sana..hahahaha.. pemandangan yang disajikan di atas puncak bukit memang mengagumkan,,nampaklah juga kawasan2 sekitar bukit jambul dan seanteronya.. ketenangan yang dirasai di puncak bukit menggamit perasaan kami..isk isk..
wajah2 kejayaan terpancar di wajah mereka..
akhirnya tiba di puncak bukit jambul....
setelah puas menikmati pemandangan di atas bukit jambul, kami pun menyusun langkah pulang menuruni nya pulak.. orang yang terakhir sampai di puncak bukit merupakan orang pertama yang sampai di kaki bukit.. huhu..laju sungguh beliau turun, tapi masa nek lambat sungguh.haha(makan cili terasa pedas..hehe)
yang depan sekali ni yang paling laju turun..hehehe
sempat lagi posing..aiyakkk...
selepas sampai di kaki bukit, kami bertolak pulang dan membuat warming down di padang kawad!! En aziz punya idea(katanya supaya lemak senang terbakar)..hehe.. en nan mengajar kami senaman karate beliau..mmg best..selepas itu kami g minum di kafe IK dan di sponsor penuh oleh En Aziz..hehe(tq en)...
p/s: aktiviti ni mmg best dan menyihatkan..so kepada mana2 pelatih lain yang nak join kami nanti boleh lah berbuat demikian k.. nnti en aziz akan bgtahu bile nak daki bukit jambul lagi..harap lepas ni ramai lah leh ikut..boleh kuatkan fizikal kita nnti..suksis kan kena kuat..hehe ok akhir kalam majulah suksis utk smua!! Tegas adil dan berhemah!!!
No comments:
Post a Comment