HUBUNGI KAMI

HUBUNGI KAMI
PEJABAT PENTADBIRAN KOR SUKARELAWAN POLIS SISWA/SISWI (SUKSIS) USM

Bangunan L09, Universiti Sains Malaysia,
11800, Minden, Pulau Pinang.

Tel/Fax : 04-6534436

E-mel : suksisusm@yahoo.com.my

Blog : suksisusm.blogspot.com

COMMUNITY POLICING CAMPAIGN

Wednesday, January 6, 2010

USM fc cipta sejarah!!

    


salam suksis bersatu...
    UNIVERSITI Sains Malaysia (USM) akan menjadi institusi pengajian tinggi awam (IPTA) pertama dalam sejarah bola sepak Malaysia dengan pasukan bola sepaknya menyertai Liga Perdana.

    Naib Canselor USM, Prof Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak berkata ini adalah sebahagian dari usaha universiti itu bagi mempromosi sukan di kampus. “Ini adalah saat cukup bersejarah dan kami mempunyai rekod bahawa kami adalah IPTA pertama bertanding dalam liga dan mengadakan ‘home game’ di universiti juga,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan pemain Kelab Bola Sepak USM (USM FC), semalam.

   Beliau berkata pasukan itu sudah membuat persiapan bagi pertandingan itu, dijadual bermula Isnin depan, sejak hujung tahun lalu lagi dengan sebilangan pemain dari pelbagai pasukan seperti Kedah, Pulau Pinang, Kelantan yang telah bermain di Liga Super dan dilatih oleh bekas ketua jurulatih Pulau Pinang, S Veloo. 


p/s: jom sama2 kita memenuhi stadium usm pada hari isnin depan(11jan) pada pukul 8:45pm untuk menyaksikan perlawanan pertama liga perdana antara usm fc vs pos malaysia fc.. mari kita skong team usm kita!! yeah..

No comments: