Selepas berakhirnya Kursus Asas Pertolongan Cemas (KAPC) di Markas Latihan Luar Pasukan Gerakan Am (PGA), Tupah, Kedah, Skuad Senior 2010/2011 meneruskan siri kursus seperti yang telah ditetapkan. Minggu seterusnya para pelatih dikehendaki mengikuti Kursus Asas Tugas Am dan Asas Trafik seperti butiran berikut.
Tarikh : 30 Mei - 3 Jun 2011
Tempat : Pusat Rancangan Kokurikulum, USM
Bil. Pelatih : 43 orang
.
.
Kursus ini dimulakan dengan siri ceramah daripada para pegawai PDRM yang dijemput dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang dan Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut. Antara ceramah yang telah disampaikan ialah:
1. Ceramah Narkotik - ASP Cheng Guan Ching (JSJN IPK PP)
2. Ceramah Kepimpinan dan Kendiri - Supt. Che Hamzah Che Ismail (BAKA IPK PP)
3. Ceramah Asas Penguatkuasaan Undang-undang jalan raya - Sarjan Shuhaimi Mahmud (Caw. Trafik IPD Timur Laut)
4. Ceramah Pelaksanaan Waran Tangkap - Insp. Najib Zulkifli (Caw. Trafik IPD Timur Laut)
Kursus diteruskan dengan siri praktikal kawalan lalu lintas dan sekatan jalan raya. Praktikal diadakan di persimpangan lampu isyarat pintu masuk USM, Bukit Gambir. Setiap pelatih perlu mengawal lalulintas di persimpangan dengan diawasi dan dibantu anggota trafik dari Cawangan Trafik IPD Timur Laut.
Seterusnya sekatan jalan raya dilakukan 100 meter dari persimpangan lampu isyarat tersebut. Para pelatih berpeluang membantu pasukan trafik IPD Timur Laut menjalankan tugasan menahan, memeriksa dan mengesan kesalahan pemandu.
Dalam tugasan ini, sebanyak 29 saman telah dikeluarkan merangkumi pelbagai kesalahan jalan raya yang telah dilakukan para pengguna jalan raya.
Majlis Perasmian Penutup disempurnakan oleh Komandan Kor SUKSIS USM, ACP/KS Prof. Ahmad Shukri Mustapa Kamal. Jutaan terima kasih kepada pegawai-pegawai dari IPK Pulau Pinang dan pegawai serta anggota dari Cawangan Trafik IPD Timur Laut yang telah menjayakan kursus ini.
No comments:
Post a Comment