Setelah tiga tahun menjalani latihan asas kepolisan sepanjang di USM, akhirnya saat yang dinantikan tiba dan proses untuk menantikan hari tersebut amat mencabar ketahanan mental dan fizikal.
Para pelatih yang akan ditauliahkan menjalani latihan kawad setiap hari tanpa hari berehat dan suasana yang dirasakan seolah-olah sedang menjalani latihan di PULAPOL.
USM terdiri daripada 12 lelaki dan 24 wanita (36 orang pelatih) beserta tiga pegawai dan kesemua jurulatih. Turut menghadiri majlis ini ialah DSP/KS Prof. Madya Dr. Sundramoorthy, Ajutan dan ASP/KS Ahmad Zulman Mohd Zain, Pegawai Latihan Akademik Kor SUKSIS USM.
Enam orang pelatih lelaki telah berjaya dipilih menyertai Kawalan Kehormatan manakala seorang pelatih lelaki dan seorang pelatih wanita terpilih untuk menjalani latihan sebagai pegawai detachment (pembawa pedang). Walaubagaimanapun, di peringkat akhir pemilihan, nasib tidak menyebelahi mereka berdua. Apapun, tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat, bertahan sehingga ke hari terakhir latihan.
25 Jun : tiba di UTM
26 Jun : berehat dan melawat sekitar JB
27 Jun - 8 Julai : Latihan kawad (kawalan kehormatan dan formasi detachment)
9 Julai : Raptai penuh
10 Julai : D-Day
Hari latihan (2 minggu)
Perbarisan Tamat Latihan (Padang kawad, UTM)
Penyampaian Sijil (Dewan Sultan Iskandar, UTM)
Tahniah untuk semua yang telah bergelar Inspektor/KS, setelah melalui susah payah dan cabaran menjalani latihan pentauliahan, inilah hasil yang layak diterima. Terima kasih kepada semua pegawai dan jurulatih sepanjang tiga tahun menjalani latihan di SUKSIS USM.
Selamat maju jaya kepada skuad Senior yang baru, semoga terus gigih menempuh tahun akhir latihan dan seterusnya menamatkan latihan di UNIMAS.
No comments:
Post a Comment