HUBUNGI KAMI

HUBUNGI KAMI
PEJABAT PENTADBIRAN KOR SUKARELAWAN POLIS SISWA/SISWI (SUKSIS) USM

Bangunan L09, Universiti Sains Malaysia,
11800, Minden, Pulau Pinang.

Tel/Fax : 04-6534436

E-mel : suksisusm@yahoo.com.my

Blog : suksisusm.blogspot.com

COMMUNITY POLICING CAMPAIGN

Wednesday, April 18, 2012

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT KOR SUKSIS USM

Program Khidmat Masyarakat Kor Suksis USM  telah berlangsung dengan jayanya pada 10-14 April 2012 yang lepas bertempat di Kg Pengkalan Baharu, Pantai Remis, Perak. Program ini disertai seramai 59 orang pelatih Kor Suksis USM.Perjalanan kami ke Perak bermula pada jam 10.30pagi, setelah menerima taklimat ringkas daripada Penasihat Kor Suksis  dan diikuti oleh bacaan doa. Sebanyak 2 buah bas digunakan untuk program ini. Setelah hampir 2 jam perjalanan, kami tiba ke destinasi yang ditetapkan.  

Kami tiba di Kg Pengkalan Baharu, Pantai Remis pada jam 12.00 tengahari dan disambut meriah .Majlis perasmian program diadakan pada jam 3 petang dan seterusnya pelatih diserahkan kepada keluarga masing-masing. Aktiviti pertama yang kami jalankan ialah gotong royong membersihkan dewan, masjid dan tanah perkuburan. Pada petangnya kami mengadakan mini karnival yang terdiri daripada sukaneka, pemeriksaan kesihatan dan pameran.Khidmat bakti kami diteruskan lagi pada hari kedua, dimana 2 program utama iaitu program bimbingan pelajar pada sebelah siang dan pada malamnya bacaan Yassin dan tahlil di Masjid Al-Nawawi Kg Pengkalan Baharu. Pada keesokan harinya kami mengadakan kunjungan Mesra dan Lawatan rumah ke rumah untuk menyampai sumbangan kepada warga kampong yang memerlukan. Pada malamnya pelatih dan penduduk kampong telah berkumpul di dataran arena Square untuk mendengar ceramah keibubapaan.

Program anak angkat dan khidmat bakti ini berakhir dengan majlis perasmian penutup program  dan penyerahan anak angkat. Majlis ini telah disempurnakan oleh, ACP/KS Prof. Ahmad Shukri Mustapa Kamal. ,Komandan Kor Suksis USM. Setelah itu, kami dijamu dengan makanan yang disediakan oleh wakil penduduk dan sesi bergambar pun diadakan. Kami pulang kira-kira jam 12.00 tengahari  diiringi dengan tangisan pelatih dan ibu bapa angkatSesungguhnya, program Khidmat Masyarakat  kali ini dilihat mempunyai banyak manfaatnya. Selain dapat menyemai khidmat bakti kepada penduduk kampung dan  bertukar idea dan maklumat dengan pelajar USM, program ini juga dilihat sebagai mekanisme terbaik untuk mengeratkan ukhuwah antara pelatih bersama masyarakat. . Semoga segala manfaat dan kebaikan yang diperoleh sepanjang program dapat diguna pakai di masa depan. InsyaAllah..


penyerahan pelatih kepada keluarga angkat 
gotong royong 



aktiviti bersama pelajar tadika 



pertandingan mewarna 















1 comment:

Mohd Faizul Bin Mat Isa said...

hehehehhe rajin rajin.....