HUBUNGI KAMI

HUBUNGI KAMI
PEJABAT PENTADBIRAN KOR SUKARELAWAN POLIS SISWA/SISWI (SUKSIS) USM

Bangunan L09, Universiti Sains Malaysia,
11800, Minden, Pulau Pinang.

Tel/Fax : 04-6534436

E-mel : suksisusm@yahoo.com.my

Blog : suksisusm.blogspot.com

COMMUNITY POLICING CAMPAIGN

Saturday, June 18, 2011

Kursus Asas Tugas Am dan Asas Trafik Skuad Senior 2010/2011

Selepas berakhirnya Kursus Asas Pertolongan Cemas (KAPC) di Markas Latihan Luar Pasukan Gerakan Am (PGA), Tupah, Kedah, Skuad Senior 2010/2011 meneruskan siri kursus seperti yang telah ditetapkan. Minggu seterusnya para pelatih dikehendaki mengikuti Kursus Asas Tugas Am dan Asas Trafik seperti butiran berikut. 

Tarikh : 30 Mei - 3 Jun 2011
Tempat : Pusat Rancangan Kokurikulum, USM
Bil. Pelatih : 43 orang
.
Kursus ini dimulakan dengan siri ceramah daripada para pegawai PDRM yang dijemput dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang dan Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut. Antara ceramah yang telah disampaikan ialah: 
1. Ceramah Narkotik - ASP Cheng Guan Ching (JSJN IPK PP)
2. Ceramah Kepimpinan dan Kendiri - Supt. Che Hamzah Che Ismail (BAKA IPK PP)
3. Ceramah Asas Penguatkuasaan Undang-undang jalan raya - Sarjan Shuhaimi Mahmud (Caw. Trafik IPD Timur Laut)
4. Ceramah Pelaksanaan Waran Tangkap - Insp. Najib Zulkifli (Caw. Trafik IPD Timur Laut) 

Kursus diteruskan dengan siri praktikal kawalan lalu lintas dan sekatan jalan raya. Praktikal diadakan di persimpangan lampu isyarat pintu masuk USM, Bukit Gambir. Setiap pelatih perlu mengawal lalulintas di persimpangan dengan diawasi dan dibantu anggota trafik dari Cawangan Trafik IPD Timur Laut. 

Seterusnya sekatan jalan raya dilakukan 100 meter dari persimpangan lampu isyarat tersebut. Para pelatih berpeluang membantu pasukan trafik IPD Timur Laut menjalankan tugasan menahan, memeriksa dan mengesan kesalahan pemandu. 

Dalam tugasan ini, sebanyak 29 saman telah dikeluarkan merangkumi pelbagai kesalahan jalan raya yang telah dilakukan para pengguna jalan raya.










Majlis Perasmian Penutup disempurnakan oleh Komandan Kor SUKSIS USM, ACP/KS Prof. Ahmad Shukri Mustapa Kamal. Jutaan terima kasih kepada pegawai-pegawai dari IPK Pulau Pinang dan pegawai serta anggota dari Cawangan Trafik IPD Timur Laut yang telah menjayakan kursus ini. 

 

Kursus Asas Pertolongan Cemas Skuad Senior 2010/2011

Skuad Senior 2011 telah menghadiri Kursus Asas Pertolongan Cemas (KAPC) seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 23-27 Mei 2011
Tempat : Markas Latihan Luar
Pasukan Gerakan Am (PGA)
Tupah, Kedah
Bil. Pelatih : 17 lelaki
29 wanita

KAPC telah dikendalikan oleh kumpulan jurulatih Pertolongan Cemas yang dijemput dari Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Muar, Johor diketuai oleh SM Mohd Yusof Talkin.

Antara silibus latihan yang diajar sepanjang KAPC adalah:
1. Jenis-jenis kecederaan
2. Etika dan cabaran seorang penyelamat
3. Teknik balutan dan anduh
4. Teknik mengusung
5. Teknik bantuan pernafasan (CPR)
6. Praktikal bantuan kecemasan

Dalam sesi praktikal, para pelatih diberikan situasi kemalangan dan jenis-jenis kecederaan yang perlu diberikan bantuan. Pelatih dibahagikan kepada tujuh kumpulan dan setiap kumpulan perlu menyelamatkan kesemua mangsa yang terlibat dalam situasi kemalangan.

Kesemua pelatih dinilai dan diberikan komen berdasarkan tindakan yang mereka lakukan bagi menyelamat dan berhadapan dengan situasi cemas.










Terima kasih kepada semua jurulatih yang sanggup membantu dan menjayakan KAPC walaupun didatangkan dari jauh, PULAPOL Muar, Johor.