HUBUNGI KAMI

HUBUNGI KAMI
PEJABAT PENTADBIRAN KOR SUKARELAWAN POLIS SISWA/SISWI (SUKSIS) USM

Bangunan L09, Universiti Sains Malaysia,
11800, Minden, Pulau Pinang.

Tel/Fax : 04-6534436

E-mel : suksisusm@yahoo.com.my

Blog : suksisusm.blogspot.com

COMMUNITY POLICING CAMPAIGN

Saturday, October 31, 2009

Jenis-jenis Pistol Dalam PDRM

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam SUKSIS bersatu.

23 November 2009 merupakan tarikh yang ditunggu-tunggu semua pelatih SUKSIS USM kerana kita akan menjalani latihan menembak di Lapang Sasar Kulim, Kedah. Jadi, dalam mood peperiksaan ini apa kata kita menjenguk-jenguk pelbagai jenis pistol yang digunakan dalam pasukan PDRM termasuklah revolver .38 yang akan kita gunakan nanti.


REVOLVER SMITH & WESSON .38 M15

S&W M15 adalah model pertama dalam perolehan pertama PDRM dan masih digunakan hingga hari ini. terdapat beberapa jenis model dan kelongsong peluru. model dalam gambar ialah model 4 inci yang boleh diisi enam peluru dalam chambernya. terdapat juga model 3 inci dan 2 inci yang boleh memuatkan 5 peluru dalam chambernya.  



HK P9S


Dikeluarkan oleh firma Heckler & Koch pada tahun 1960. menggunakan kaliber .22 yang agak kecil kerana saiz pistol ini juga kecil, lebih kurang sebesar tapak tangan. kebiasaannya digunakan oleh pegawai/anggota Cawangan Khas (SB) kerana mudah disembunyikan. juga digunakan oleh pegawai wanita.


FK BROWNING HP MK2


Dikeluarkan oleh firma Browning dari Belgium. Ia merupakan antara pistol semi-auto pertama dalam perolehan PDRM. Pernah digunakan pada zaman komunis dan insugensi. Sekarang tidak lagi digunakan kerana masalah teknikal dan sedang dalam proses pelupusan.



VEKTOR SP1


Dikeluarkan oleh firma Vektor dari Afrika Selatan. PDRM memiliki dua model iaitu SP1 dan SP1 GANERAL (compact). Masih digunakan hingga sekarang.



SIG SAUER P226


----{ maklumat tidak dapat diperoleh}----



S&W5906


Dikeluarkan oleh firma Smith & Wesson. Diperoleh lebih kurang sama waktu dengan Vektor SP1. Masih digunakan hingga sekarang tetapi penggunaannya semakin berkurangan.


GLOCK 19

Dikeluarkan oleh firma Glock dari Austria.



STEYR M9


Dikeluarkan oleh firma Steyr dari Austria. Telah dihentikan penggunaannya pada 1999 kerana menghadapi masalah teknikal dan digantikan dengan model baru.



YAVUZ 16

Pistol pertama yang diperoleh dari Turki dan buatannya mirip kepada buatan Barreta dari Italy.



SIG SAUER SIG PRO SP/SPC 2022


Dikeluarkan oleh firma Sig Sauer. antara model perolehan terbaru PDRM SPC2022 tanpa kunci keselamatan. digunakan oleh kebanyakan pegawai PDRM.



WALTHER P99AS/P99QA/P99C


Dikeluarkan oleh firma Walther. Model terbaru perolehan PDRM. P99as dibekalkan kepada frontliner. P99QA dibekalkan kepada unit khas. P99C dibekalkan kepada pegawai penyiasat.



TERIMA KASIH kepada Pegawai Penyiasat Jenayah  IPD Sentul, Insp. Faizul kerana memberi kebenaran menerbitkan semula bahan-bahan daripada blognya faizuljournal.blogspot.com. Anda digalakkan melawati blog beliau sekiranya ingin mengetahui pelbagai maklumat mengenai dunia kepolisan.

Thursday, October 29, 2009

PENYELIDIK USM CIPTA MI KUNING ALTERNATIF



PULAU PINANG, 28 Okt – Para pengamal diet kesihatan yang berpantang dalam pengambilan mi kuning kini boleh menarik nafas lega kerana masih berpeluang merasai kenikmatan mi tersebut tanpa bimbang dengan risiko penyakit.

Ia berikutan kejayaan penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) mencipta mi kuning kering alternatif yang sihat dan tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan masyarakat khasnya kepada penghidap diabetis dan obesiti.

Selain itu, mi berkenaan juga diuji dapat membendung masalah kegemukan dan boleh menurunkan berat badan manusia kerana ia berupaya memberikan rasa kenyang yang berpanjangan dan memudahkan proses penyahtinjaan manusia.

Ketua penyelidik merangkap pensyarah Pusat Pengajian Teknologi Industri (PPTI), Prof Madya Azhar Mat Easa berkata, mi berkenaan yang dikenali sebagai neodles adalah produk mi pertama di Malaysia yang diuji secara klinikal untuk penentuan Index Glisemik (GI) in-vivo sebelum dikomersialkan.

Katanya, GI neodles juga satu-satunya mi kuning yang dihantar untuk ujian klinikal bagi menentukan GI dan neodles terbukti lebih rendah iaitu pada kadar 61 GI (tahap medium) berbanding mi kuning biasa, 85 GI (tinggi).

`` Semakin rendah kandungan GI di dalam sesuatu makanan memberi petunjuk bahawa ia satu produk yang lebih sihat dan tidak membahayakan kesihatan.

``Neodles juga melepaskan gula dengan kadar lebih perlahan berbanding mi biasa, justeru ia sangat sesuai kepada mereka yang mengalami masalah kegemukan dan sensitif terhadap kandungan gula dalam makanan.

Azhar turut berkata, produk itu direka menggunakan formulasi khas dan kaedah penyediaan yang menggalakkan pembentukan silang paut protein yang mampu memerangkap kanji dan ia dikuatkan lagi dengan penambahan campuran kanji rintang penghadaman.

``Kombinasi tersebut (silang paut protein + campuran kaji rintang) merupakan yang pertama diaplikasikan dalam dunia khasnya dalam penghasilan mi kuning.

``Sifat rintang-penghadaman membolehkan neodles bertahan lama dalam sistem penghadaman dan memberikan rasa kenyang yang lama kepada pengamal diet,’’katanya pada sidang media di USM di sini hari ini.

Turut hadir pada sidang media itu, Dekan PPTI, Profesor Rozman Din serta tiga lagi penyelidik bersama termasuk Saifullah Ramli, Yeoh Shin Yong dan Dr. Abbad F.M Alkarkhi.

Azhar turut berkata, produk yang dijalankan di bawah geran Innofund dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bernilai RM900,000 itu telah mula diusahakan sejak setahun yang lalu.

Katanya, produk yang dibuat 100 peratus daripada sayur-sayuran itu dijangka akan mula berada dalam pasaran selewat-lewatnya Februari tahun depan dengan harga RM2 hingga RM2.50 bagi setiap 200 gram.

Tambah beliau, USM pada ketika ini sedang dalam proses akhir perbincangan dengan beberapa pihak tertentu untuk tujuan pengkormesialan.

Mengulas mengenai rasa mi kuning alternatif itu, beliau berkata:``Rasanya hampir sama dengan mi biasa dan boleh dimasak mengikut citarasa pengguna. Ia juga boleh dihasilkan ke dalam bentuk yang lain termasuk bihun, kuew tiaw dan sebagainya.’’

Beliau berkata, neodles juga boleh dikeluarkan dalam bentuk tepung mentah dan ia amat sesuai untuk tujuan eksport ke luar negara sebelum dijadikan produk akhir oleh pengimport.


Keterangan gambar: Prof. Rozman (paling kiri) dan Prof. Madya Azhar (dua dari kiri) bersama penyelidik lain menunjukkan produk mi kuning kering yang siap dimasak pada sidang media di USM hari ini.



p/s: mi nih leh wat sarapan time tauliah kat um nnti..haha so xde lah dak2 yg sakit perut masa kawad nnti..haha
(sumber:laman web rasmi usm)