HUBUNGI KAMI

HUBUNGI KAMI
PEJABAT PENTADBIRAN KOR SUKARELAWAN POLIS SISWA/SISWI (SUKSIS) USM

Bangunan L09, Universiti Sains Malaysia,
11800, Minden, Pulau Pinang.

Tel/Fax : 04-6534436

E-mel : suksisusm@yahoo.com.my

Blog : suksisusm.blogspot.com

COMMUNITY POLICING CAMPAIGN

Friday, September 11, 2009

Mesyuarat Antara Pengurusan Persatuan Bersama Wakil Senior dan Junior

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam SUKSIS Bersatu...

Satu Pertemuan telah diadakan antara Pengurusan Persatuan dan Wakil-wakil Skuad Senior dan Junior pada 10 Sept 2009 bertempat di Bilik Mesyuarat Desasiswa Aman Damai. Antara yang hadir ialah anggota Majlis Tertinggi Persatuan Kor SUKSIS, AJK Majlis Iftar Jama'i 2009, Wakil Senior, Fifi Safia Adnan, Juliah Omar dan Shahrul Hanafi manakala Skuad Junior diwakili oleh Penghulu dan Penghulunitanya, Zaki Omar dan Sukinah Saad. Turut diundang, Mariati Bachok selaku wakil Super Senior yang telah ditauliahkan.  

Tujuan Pertemuan diadakan bagi memberi penerangan mengenai Majlis Iftar yang akan diadakan di samping pembentangan bajet projek oleh Pengarah Projek, AinFikri Ngassri. Dalam pertemuan tersebut juga mereka yang hadir melakukan perbincangan secara terbuka mengenai beberapa masalah yang wujud sepanjang mengendalikan projek ini. Terdapat juga perdebatan hangat antara skuad mengenai isu kepimpinan persatuan dan konsep senioriti dalam unit beruniform. 
Walaubagaimanpun, kesemua yang hadir sepakat untuk menamatkan perselisihan dengan kata putus untuk menerima corak pengurusan persatuan yang berbeza apabila bertukar tampuk kepimpinan.
Seterusnya perbincangan antara wakil Skuad Inter dan Junior mengenai program dan aktiviti yang dirangka dan akan dilaksanakan pada masa akan datang. Walaupun hanya diperingkat cadangan oleh Timbalan Komandan, Prof Ishak Ramly, namun komitmen yang ditunjukkan oleh mereka yang bermesyuarat sangat baik dan mereka bersetuju untuk mewujudkan jawatankuasa pelaksana yang melibatkan semua skuad. 
Perjumpaan tamat kira-kira jam 12.30 tengah malam. Sekalung penghargaan kepada semua yang hadir pada malam tersebut. Terima kasih... 

4 comments:

suksisuitm said...

salam...
blog skuad 6 suksis uitm telah diwujudkan.
diharap dapat dilinkkan pada blog suksis USM..
tq...

Anonymous said...

harap2 perselisihan antara korg dengan senior dapat disattlekan dgn cpt...sebenarnya xda konflik diantara inter dan senior cuma kurang komunikasi diantara satu dgn yg lain...sy wakil senior nak minta maaf klu kmi ada wat ape2 kesilapan...kita 1 pasukan tpi berpuak2..harap xkan ada lagi masalah puak2 ni..kepada saudara aaziz sy harap jadilah seorg ketua yang adil dan tegas dalam semua aspek dan jgn biarkan anda dikawal oleh org bawahan anda...kerja bersama bkn berseorgan..try cari perubahan dalam persatuan ini lebih-lebih lagi dalam masalah komunikasi...jgn hampakan sy, sesungguhnya secara peribadi sy mmg syg pada persatuan ini...

FikRaH FiKIRaN said...

tahniah saudara aziz..
anda memang layak untuk mengetuai kami...
dan...untuk setiap program, kami dari akar umbi amat menyokong dan terus menyokong..
insyaAllah..SUKSIS USM akan terus maju..bersama kepimpinan baru..

dan biasalah..setiap perubahan akan membawa pengorbanan, tahap yang saudara letakkan sudah memadai dan melangkaui batu aras yang ditetapkan oleh pasukan senioriti kita, kita hanya meneruskan kesinambungan kecermelangan yang diletakkan oleh pasukan senior..dan kita doakan agar adik-adik pelatih junior lebih bagus dan terus melangkaui batasan prestasi sebenar..

jangan risau, anda bukannya dikawal oleh akar umbi (x elok gune frasa 'orang bawah') tapi anda sentiasa disokong oleh rakan saudara adik beradik ahli persatuan...teruskan..dan kami terus menyokong...cayaaalahh!!!!
insyaAllah

Anonymous said...

ku FiFi, n ku nk mntk maap bebyk la kpd yg berkenaan if teguran hari tu kasar kn..hee~ ku xberniat nk kutuk cuma tegur. btw, sblm ku mbuka mulut n mberi komen, ku kaji dlu ape yg jdk kt psatuan kte ni. ku dpt feedback yg -ve drp skuad wanita inter+snior. junior mmg ku xpnah tny laa..hee~ major komen yg pntdbiran psatuan hny tertumpu pd org atasan shj n ajk2 laen xtau ape yg jdk. dorg kta, "geng2 atasan je yg buat kputusan. kmi ni xtau pape pon. tau2 je ada tugas. tu pon bg last mnute". yg ini mmg ada org ngadu kt ku, bkn ku reka2 sndrik tau. so, ku smpaikn ajee..

btol kta FIKRAH FIKIRAN tu, aziz mmg lyk jdk YDP sbb tu dia dpilih. ahli2 SUKSIS yg bjak xkn maen plih je syg~ roger!