HUBUNGI KAMI

HUBUNGI KAMI
PEJABAT PENTADBIRAN KOR SUKARELAWAN POLIS SISWA/SISWI (SUKSIS) USM

Bangunan L09, Universiti Sains Malaysia,
11800, Minden, Pulau Pinang.

Tel/Fax : 04-6534436

E-mel : suksisusm@yahoo.com.my

Blog : suksisusm.blogspot.com

COMMUNITY POLICING CAMPAIGN

Friday, March 5, 2010

PDRM, USM tangani jenayah

Salam suksis bersatu..

PULAU PINANG 4 Mac - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalin kerjasama dengan Universiti Sains Malaysia (USM) mengenai penyelidikan bagi menangani kegiatan jenayah sekali gus memperbaiki persepsi masyarakat terhadap pasukan itu. Kerjasama itu dimeterai melalui satu memorandum persefahaman (MoU) di antara kedua-dua pihak yang ditandatangani oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Naib Canselor USM, Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak di sini hari ini.

       Musa berkata, kerjasama dalam membuat kajian berkaitan trend jenayah di antara polis dan pihak akademik adalah penting memandangkan isu membabitkan perkara itu sering menjadi perhatian masyarakat.
Menurut beliau, terdapat segelintir pihak di negara ini yang suka menggunakan persepsi sebagai satu produk supaya orang ramai tidak mempunyai keyakinan terhadap polis dan usaha seumpama itu diharap mampu mengurangkan persepsi sedemikian.''Masih ada lagi di kalangan masyarakat yang tidak mempunyai keyakinan dengan polis, sebagai contoh bila kita umum statistik jenayah menurun mereka masih kata ia masih meningkat.''Jadi, dengan kerjasama pihak akademik mereka akan membuat kajian bukan sahaja dari segi statistik tetapi meliputi pelbagai aspek pada masa sama dapat turunkan kadar jenayah," katanya kepada pemberita selepas majlis berkenaan.

      Musa berkata, perjanjian lima tahun dengan laporan pertama dikeluarkan dalam tempoh enam bulan itu juga untuk memperkukuhkan kerjasama di antara kedua-dua pihak bagi meningkatkan pencapaian negara dalam aspek keselamatan. Terdahulu, dalam ucapannya, beliau berkata, dengan kerjasama itu juga segala statistik dikeluarkan polis akan dianalisis oleh pihak universiti sebelum pengumuman mengenainya dibuat.
''Kita juga bercadang untuk pihak ketiga iaitu universiti ini atau ada pihak lain yang akan membuat pengumuman berhubung perkara itu supaya tiada lagi mana-mana pihak mempersoalkannya," ujar beliau.

p/s: ni satu pengiktirafan kepada universiti kita..baguslah..kita sebagai anggota suksis berbangga dengan agenda ini...teruskan usaha membenteras jenayah!!

Jenayah Membawa Padah!!

No comments: