Salam suksis bersatu..
Berita baik untuk kita semua!!! (sumber utusan malaysia)
SEPANG 2 Feb. – Kadar baru gaji dan elaun anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan diumumkan esok, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.Menurutnya, kadar baru itu diyakini akan meningkatkan taraf kehidupan anggota polis, sekali gus meningkatkan keupayaan pasukan berkenaan.Ia juga, katanya, adalah sebahagian daripada cadangan yang dirumuskan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan Dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Kadar baru ini yang akan saya umumkan esok adalah sebagai memenuhi janji yang saya berikan sewaktu saya mula menerajui KDN,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran pasport Malaysia versi Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini hari ini.
Laporan akhbar ini menyebut bahawa skim gaji dan elaun itu akan membolehkan pegawai polis berpangkat inspektor menerima gaji bulanan lebih RM3,000, manakala sarjan pula sehingga RM2,000 sebulan.Menerusi skim ini, inspektor baru berpeluang menikmati kenaikan terbesar dengan gaji permulaan sebanyak RM2,060 berbanding RM1,492 sebelum ini serta pertambahan beberapa elaun lain seperti perumahan dan sara hidup.
Bagi para pemegang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), mereka dibenarkan menyertai PDRM dengan pangkat sarjan dan akan menikmati gaji permulaan RM1,500 berbanding RM800 sebelum ini.
Semua kenaikan itu berkuat kuasa pada 1 Januari tahun lepas, sekali gus bermakna anggota dan pegawai terlibat bakal mendapat durian runtuh melalui bayaran tunggakan bermula tarikh tersebut. – Bernama
p/s: so, kepada anggota suksis sekalian..inilah peluang kita untuk menceburi bidang kepolisan..dengan tangga gaji baru diharap dpt menarik minat kita untuk berkhidmat sebagai anggota polis..
Tegas adil dan berhemah!!
No comments:
Post a Comment