HUBUNGI KAMI

HUBUNGI KAMI
PEJABAT PENTADBIRAN KOR SUKARELAWAN POLIS SISWA/SISWI (SUKSIS) USM

Bangunan L09, Universiti Sains Malaysia,
11800, Minden, Pulau Pinang.

Tel/Fax : 04-6534436

E-mel : suksisusm@yahoo.com.my

Blog : suksisusm.blogspot.com

COMMUNITY POLICING CAMPAIGN

Tuesday, February 23, 2010

Sang Saka Biru di Puncak Kinabalu

Enam anggota Kor SUKSIS USM telah dijemput untuk bersama-sama Persatuan Sains Fizik menyertai Ekspedisi ke Puncak Gunung Kinabalu pada 17-21 Februari 2010. 34 peserta telah menyertai program ini dan 28 daripadanya telah selamat sampai ke puncak Kinabalu.

Pendakian sejauh 8.5 KM dari kaki gunung hingga ke puncak perlu dilalui peserta mengikut masa sendiri. Pendakian ke puncak dilakukan secara berperingkat iaitu melalui dua fasa. Fasa pertama dimulakan pada jam 10.45 pagi dan peserta terakhir yang tiba di Penginapan Laban Rata pada ketinggian 3,322.2 M pada pukul 5.50 petang.   

Dari kiri: Fauzan, Aziz, Adibah, Hafiza, SM Johan (Batalion 14, PGA Briged Sabah) yang sempat kami kenali ketika sama-sama mendaki Kinabalu. 

Jam 2.00 pagi restoran Laban Rata sebelum memulakan pendakian fasa 2.

Fasa 2 pendakian bermula jam 2.40 pagi dan pada ketika itu suhu di Laban Rata 8  celcius. Pendakian fasa dua lebih mencabar kerana para peserta akan mendaki dalam keadaan gelap, suhu yang rendah, pergerakan yang terhad, kadar oksigen yang semakin berkurangan serta bentuk muka bumi yang curam dan berbatu-batu.

Para peserta akhirnya selamat tiba di puncak seawal jam 6.00 pagi dengan suhu 5 darjah celcius manakala peserta terakhir tiba pada jam 7.30 pagi. Suhu yang sangat sejuk memaksa kami untuk tidak berada terlalu lama di puncak. 
   
Saat matahari terbit...

Perjalanan menuruni gunung pula bukanlah mudah. Setelah berada di puncak untuk seketika kami turun kembali ke Laban Rata untuk berkemas, makan dan bersedia untuk turun ke kaki gunung. Kumpulan pertama yang menuruni gunung bergerak pada jam 10.30 pagi dan peserta terakhir yang selamat sampai pada jam 6.30 petang.

Berikut gambar-gambar sepanjang ekspedisi ke Kinabalu...







Kepada Sdri Salmah walaupun tidak berjaya sampai ke puncak atas faktor kesihatan, semangat dan usahanya untuk tiba di Laban Rata wajar diberi pujian.


Setelah semua peserta tiba di kaki gunung Kinabalu, sesi bergambar sudah menjadi kemestian...

Terima kasih kepada Persatuan Sains Fizik yang menjemput dan mengendalikan program ini dengan berjaya sekali. Tahniah kepada semua peserta yang berjaya tiba di puncak Kinabalu walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan rasa penat yang amat sangat tetapi dengan izin Allah dan keazamaan yang tinggi dapat juga menamatkan ekspedisi dengan tiba di puncak yang paling tinggi di Asia Tenggara.  


2 comments:

FikRaH FiKIRaN said...

alhamdulillah..tahniah semuanya....inilah bukti jati diri kalian..syabas.....semoga menjadi motivasi kepada insan lain......tahniah..

Syafika Ahmed Kamal said...

Ahmed Fauzan Ahmed Kamal, tahniah kerana berjaya menakluk Kinabalu.. Satu hari nanti kita g satu famili.. =)