HUBUNGI KAMI

HUBUNGI KAMI
PEJABAT PENTADBIRAN KOR SUKARELAWAN POLIS SISWA/SISWI (SUKSIS) USM

Bangunan L09, Universiti Sains Malaysia,
11800, Minden, Pulau Pinang.

Tel/Fax : 04-6534436

E-mel : suksisusm@yahoo.com.my

Blog : suksisusm.blogspot.com

COMMUNITY POLICING CAMPAIGN

Friday, February 12, 2010

Polis Pulau Pinang bakal ada Facebook

PULAU PINANG 11 Feb. - Polis Pulau Pinang akan mewujudkan laman web sosialnya, di Facebook, dalam usaha menjalin hubungan dengan orang ramai bagi memerangi jenayah.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, laman web Facebook itu adalah langkah alternatif pihaknya dalam meningkatkan komunikasi dengan orang awam untuk membanteras jenayah.
"Orang awam memainkan peranan penting dalam memerangi jenayah dan kita seharusnya berkongsi tanggungjawab untuk memastikan keselamatan di kawasan sekeliling kita," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

      Terdahulu, beliau mempengerusikan mesyuarat dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Imigresen negeri dan agensi lain yang berkaitan. "Kami harap dengan adanya rangkaian sosial itu akan membolehkan lebih ramai yang tampil untuk menjadi mata dan telinga polis," katanya.
Ayub berkata, Pulau Pinang dikenal pasti sebagai satu daripada empat kawasan panas dan pihaknya mensasarkan untuk mengurangkan 20 peratus jenayah jalanan menjelang akhir tahun ini.

     "Sejak sebulan lepas, kami berjaya mencatat penurunan 15 peratus kadar jenayah berbanding Januari tahun lepas," katanya. Beliau berkata, kewujudan polis di bawah kempen 'Ops Payung' berhasil mengurangkan kadar jenayah dan kebimbangan orang awam terhadap kemungkinan berlakunya jenayah di kebanyakan daerah di negeri ini. - BERNAMA

p/s: pas ni kita semua leh add polis penang lam fb k...suksis akan jadi mata n telinga polis dlm banteras jenayah..

bersama memerangi jenayah!!

No comments: