HUBUNGI KAMI

HUBUNGI KAMI
PEJABAT PENTADBIRAN KOR SUKARELAWAN POLIS SISWA/SISWI (SUKSIS) USM

Bangunan L09, Universiti Sains Malaysia,
11800, Minden, Pulau Pinang.

Tel/Fax : 04-6534436

E-mel : suksisusm@yahoo.com.my

Blog : suksisusm.blogspot.com

COMMUNITY POLICING CAMPAIGN

Monday, October 12, 2009

Majlis dialog dan jamuan aidilfitri bersama Ketua Polis Pulau Pinang..

    Pada hari jumaat yang lepas telah berlangsung majlis dialog dan jamuan aidilfitri bersama Ketua Polis Pulau Pinang iaitu DCP Dato' Wira Ayub b. Haji Yaakub.. majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran komandan kor suksis usm iaitu ACP/ks Prof Ahmad Shukri bin Mustafa Kamal, para kehormat, para pegawai dari IPK Penang, para jurulatih dan para pelatih yang terdiri dari suksis usm dan juga suksis uitm kampus permatang pauh. majlis yang bermula pada jam 3 petang itu diadakan bertujuan untuk berdialog bersama ketua polis penang dan membincangkan masalah dan cadangan yang berbangkit dari pihak jurulatih dan pelatih sendiri..

     Majlis telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh komandan kor suksis usm dan seterusnya ucapan dari Ketua polis Pulau pinang sendiri.. dalam ucapan nya beliau banyk memberi nasihat dan panduan kepada para pelatih agar lebih bersedia dan berdisiplin dalam menempuh hari yang mendatang.. beliau juga menyarankan beberapa perkara yang perlu diambil serius oleh para pelatih agar dapat memantapkan lagi kor suksis masing-masing...




  Selesai ucapan dari Dato' wira, telah berlangsung sesi berdialog antara pelatih dan beliau.. beberapa persoalan dan cadangan telah dibangkitkan oleh para pelatih usm dan uitm. antara pesoalan yang dibangkitkan seperti kad kuasa pelatih, hari kor suksis semalaysia, jam kredit pelatih, waktu latihan pelatih dan banyak lagi.. semua persoalan ini telah dijawab dan diambil perhatian untuk dibawa ke pihak yang berkenaan..




   Selesai majlis berdialog tersebut, pihak suksis usm mengadakan jamuan aidilfitri yang diadakan di perkarangan kafe indah kembara.. banyak juadah yang disediakan seperti nasi himpit, lemang, kuih raya, mee dan sebagainya disediakan.. para pelatih suksis usm dan uitm bersama-sama menjamu selera dan beramah mesra sesama mereka.. program yang sebegini bukan sahaja dpat mengeratkan silaturahim antara pelatih dari usm dan uitm, malah dapt berkongsi pandangan dan idea secara bersama..

         






p/s: majlis ni memang best terutama sesi dialog.. sedihnya masa tidak mencukupi untuk berdialog.. banyak lagi sebenarnya persoalan yang ingin dibangkitkan.heheeh tpi takpe..harap2 ada lagi majlis macam ni nnti.. tak lupa jutaan terima kasih kepada pegawai, jurulatih dan pelatih dari kor suksis uitm yang sudi datang ke usm.. senang2 datanglah lagi,.hehehe

No comments: