Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam SUKSIS bersatu.
Untuk pengetahuan semua satu program akan diadakan melibatkan gabungan anggota SUKSIS USM dan UiTM Pulau Pinang iaitu Sesi Dialog dan Jamuan Aidilfitri Bersama Ketua Polis dan Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang seperti ketetapan berikut.
Tarikh : 9 Oktober 2009 (Jumaat)
Masa : 2.45 petang
Tempat : Dewan Kembara II
Pakaian : Uniform penuh
(Pelatih Junior : Formal)
--------------------------------------------------------------------------
Aturcara Majlis
2.45 pm : Ketibaan SUKSIS Uitm dan semua pelatih SUKSIS mengambil tempat
3.00 pm : Ketibaan VIP
3.15 pm : Ketibaan Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang
3.30 pm : Ketibaan Ketua Polis Pulau Pinang
- ucapan alu-aluan
- lapor
- bacaan doa
- nyanyian lagu Negaraku
- Ucapan Komandan SUKSIS USM
- Ucapan Ketua Polis Pulau Pinang
4.00 pm : Sesi dialog bermula
4.50 pm : Sesi dialog dihentikan
- penyampaian cenderahati
- lapor
- nyanyian lagu Polis Sedia Berkhidmat
5.00 pm : Jamuan Aidilfitri di Cafe Kembara
-------------------------------------------------------------------------------
Senarai Jemputan
SESI DIALOG
1) Ketua Polis Pulau Pinang
2) Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang
3) Ketua Jabatan Pengurusan PDRM
4) Pegawai Turus Pentadbiran
5) Ketua Cawangan Pembantu
6) Ketua Polis Daerah Timur Laut
7) Para Pegawai Kehormat SUKSIS USM
8) ASP Hal Ehwal Awam PDRM
9) Pengarah Pusat Ko-kurikulum
10) Pegawai Kehormat SUKSIS UiTM Pulau Pinang
11) Pegawai Penyelaras UiTM Pulau Pinang
JAMUAN AIDILFITRI
12) Naib Canselor USM
13) Timbalan Naib Canselor BHEPP USM
14) Pegawai PALAPES DARAT
15) ASP Normah Dun (Bekas Pegawai Penyelaras SUKSIS USM)
16) Pegawai Turus Latihan IPK Pulau Pinang
17) Staff Ko-Kurikulum
18) Pengarah Jabatan Keselamatan
19) Pengarah Jabatan Pembangunan
20) Pengarah PTPM
21) Penggawa Aman Damai
22) Penggawa Indah Kembara
Surat permohonan pelepasan kelas akan diberikan. Para pelatih dikehendaki hadir tepat pada waktu yang telah ditetapkan dan memberikan kerjasama sepenuhnya dalam melancarkan majlis ini. Sila jaga imej dan nama baik SUKSIS dan Universiti Sains Malaysia.
Harap Maklum.
No comments:
Post a Comment