HUBUNGI KAMI

HUBUNGI KAMI
PEJABAT PENTADBIRAN KOR SUKARELAWAN POLIS SISWA/SISWI (SUKSIS) USM

Bangunan L09, Universiti Sains Malaysia,
11800, Minden, Pulau Pinang.

Tel/Fax : 04-6534436

E-mel : suksisusm@yahoo.com.my

Blog : suksisusm.blogspot.com

COMMUNITY POLICING CAMPAIGN

Sunday, February 28, 2010

Kursus dan latihan polis kini hanya tiga bulan-utusan malaysia.

Salam suksis bersatu...

      Mulai tahun ini, semua kursus dan latihan asas kepolisan yang wajib dilalui pelatih Polis Diraja Malaysia (PDRM) di pusat latihan polis (Pulapol) seluruh negara akan dipendekkan kepada tiga bulan. Ini disebabkan, tempoh kursus dan latihan yang memakan masa enam bulan sebelum ini akan dipercepatkan bagi menampung keperluan PDRM mencapai penambahan 60,000 anggota polis. Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan, Datuk Mortadza Nazarene berkata, langkah mempercepatkan tempoh latihan itu selaras dengan usaha PDRM menyokong agenda utama kerajaan dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).
     "PDRM melihat tidak timbul soal singkat atau pendek kerana kita akan memperkemaskan lagi kursus dan latihan sedia ada di seluruh Pulapol sepanjang tempoh tiga bulan itu. "Selain memantapkan pasukan, kaedah seperti 'bertugas dalam latihan' akan dipantau oleh para pegawai untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelatih berkhidmat secara tegas serta berhemah," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Konstabel Lelaki Siri 2/2009 di Pulapol Air Hitam di sini hari ini.

       Majlis berkenaan dirasmikan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Koh Hong Sun dan turut dihadiri Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd. Rodwan Mohd. Yusof, Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Manan Mohd. Hassan dan Komandan Pulapol berkenaan, Supritendan Mud Shukri Jusoh. Sementara itu, Hong Sun berkata, pihaknya berharap lebih banyak penyertaan golongan bukan Melayu terutama Cina dan India dalam bidang kepolisan yang dianggap turut amat diperlukan dalam membantu beberapa perkara terutama berkaitan isu komunikasi.

      "Sebagai contoh, di jabatan saya (JSJK), kita sememangnya mahu menambah bilangan anggota bagi memantapkan pengurusan dan hal ini telah dimaklumkan kepada Pulapol untuk tindakan selanjutnya," kata beliau.Pada sesi latihan kali ini, seramai 429 pelatih berjaya menamatkan latihan di pusat berkenaan yang bermula sejak Oktober lalu.

p/s: ini berita baik untuk kita semua..so kepada pelatih2 kor suksis yang berminat untuk menjadi pegawai polis boleh lah memohon sebab latihan dah disingkatkan..Alhamdulillah..memang terbaikk!!!! kita pun dah training 3tahun baru dapat I/SP..haha

sekian tegas adil dan berhemah

"saya anti rasuah"

1 comment:

Faizul83 said...

untuk yang dari kor suksis ada kebaikannya....
tapi kalau yang dari awam.. itu akan timbul masalah... paling kurang untuk membentuk jiwa seorang polis, perlukan 6 bulan..
itu pun kalau di ground disiplin tak macam orang orang lama polis..

apapun mintak2 ada medium lebih baik untuk latihan yang singkat ni...